Forex Timing PART 1 – 5 sebab kenapa anda perlu trade sebelah malam sahaja

shutterstock_58821409

Pernahkah anda rasa risau dan takut terlepas peluang trade sebelah siang? Rasa tak tenteram dan fokus ‘lari’ sepanjang waktu kerja lantaran bimbang kalau-kalau waktu siang ini akan berlaku pergerakan besar-besar sehingga beratus-ratus pips di mana anda fikir itulah peluang untuk menjana ribuan USD sekelip mata?? Jika itu anda fikirkan maka anda sudah SILAP BESAR!

Tahukah anda sebenarnya tidak ada kewajipan dan keperluan untuk trade waktu siang ini. Mahu tahu kenapa? Berikut 5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU TRADE SEBELAH MALAM SAHAJA!

Sebab #1.

– Signal yang lebih jelas.
Anda trading menggunakan indikator teknikal? Maka waktu malam ini sesuai untuk kamu. Tujuan utama kenapa ia sangat sesuai untuk trader yang menggunakan indikator adalah kerana sebelah malam ini adalah waktu bagi US Session untuk aktif. Market kini telah bertukar dari London open kepada US open. Trader pada sebelah malam akan membuat kesimpulan analisis dan trade berdasarkan apa yang telah berlaku pada dua sesi terawal sebelum itu. Dua sesi awal sebelum itu iaitu Asian dan London akan mempengaruhi trader pada US open untuk trade mengikuti trend yang telah ‘dibentuk’ maka sebarang indikator teknikal yang sangat sesuai untuk trending market akan berfungsi dengan baikpada ketika ini. Sebagai contoh, jika sepanjang siang hari(Asia dan London open) trending, maka ia akan diteruskan pada sebelah malamnya pula(waktu Malaysia).

Sebab #2.

– Market lebih aktif┬áberbanding siang
Trading pada market yang kurang aktif akan membawakan banyak false break dan false signal kepada trader terutamanya pada sesi awal pagi waktu Malaysia. Kebiasaannya pula waktu pagi ini market agak ranging, maka risiko untuk loss itu sangat tinggi jika anda kurang berhati-hati pada waktu ini. Trader yang mahir scalping akan memanfaatkan pada sesi ini untuk ‘curi-curi pips’ atau bahasa lainnya ‘Hit n Run.’ Akan tetapi adakalanya bermain pada situasi market kurang aktif ini mempunyai risiko yang sangat-sangat tinggi dan kemungkinan untuk anda ‘berkepit’ menghadap chart akan lebih tinggi dan membuang masa. Fokus anda untuk urusan lain juga akan terganggu.

Sebab #3.

– Konsistensi pergerakan market
Anda merasakan anda tidak konsisten dalam trading? Cuba perhatikan bila anda masuk trade. Adakah anda masuk trade setiap masa yang boleh atau cuma masuk pada waktu-waktu tertentu seperti petang untuk trade pair GBP atau malam untuk trade pair USD? Setiap pair ini ada waktu aktifnya dan ia tidak berlaku sepanjang masa. Dalam bahasa lainnya, ia tidak konsisten. Bagaimana anda hendak konsisten dengan market yang sememangnya tidak konsisten ini?? akan tetapi akan ada waktu di mana ia akan konsisten memberikan peluang keuntungan tinggi lebih kerap berbanding risiko rugi. Waktu yang dimaksudkan adalah pada sebelah malam! Berapa kerap anda perasan pair GBP akan berlaku breakout pada sebelah petang dan ranging sebelum sesinya? teknik ini dipanggil london breakout. Jika anda tidak boleh trade sebelah petang untuk pair GBP ini, cubalah trade untuk USD breakout sebelah malamnya.

Sebab #4.

– Lebih fokus pada kerja/urusan sebelah siang
Yang ni agak off-topik tapi percayalah ia memang berkaitan walaupun ia bukan trading. Lupakan untuk struggle trading sebelah siang hingga menganggu fokus anda untuk benda lain. Anda tidak perlu untuk habiskan sepanjang masa untuk trading kerana ia boleh dibuat part time iaitu sebelah malam sahaja. Fokus kerja boleh terganggu jika anda trading siang hari terutamanya apabila ‘tersangkut’ pada ranging market atau salah entry dan floating loss. Produktiviti kerja anda juga pasti akan terganggu.

Sebab #5.

– Trading waktu malam membolehkan anda fokus kepada trade dengan fikiran yang lebih tenang dan emosi yang lebih stabil
Anda tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan fikiran serabut. Forex adalah bisnes yang lebih kepada perperangan psikologi trader dengan dirinya sendiri. Trading bukan sahaja melibatkan membuat keputusan untuk entry dan exit, tetapi juga bila hendak berada dalam market dan bila untuk tidak berada dalam market. Untuk menentukan perlukah trade ataupun tidak ini, anda sangat perlukan fokus dan fikiran yang lebih tenang atau lapang. Emosi juga perlu stabil agar tidak membuat keputusan terburu-buru berdasarkan perasaan marah atau tamak. Jika anda dalam keadaan fikiran yang serabut akibat floating loss atau cutloss yang bersusun-susun banyaknya, tidak mustahil anda akan menambah lagi senarai kerugian anda yang berikutnya.

Demikian 5 sebab mengapa anda perlu trading sebelah malam. Trading sebelah malam akan membantu anda fokus dan masuk pada signal yang jelas dan profitable. Selain itu ia juga membantu anda untuk kurangkan trading anda kepada kurang aktif. Semakin aktif anda trade, semakin tinggi risiko kerugian anda. Jadi dengan hanya memfokuskan sebelah malam sahaja, anda bukan sahaja dapat menumpukan hal lain tetapi juga menyelamatkan wang anda dari risiko kerugian yang berlaku pada siang hari jika anda tersalah trade.

Selain trade part time sebelah malam, kemahiran menggunakan TF D1 dan H4 juga akan membantu anda untuk masuk pada waktu sesuai sahaja. Pelajari teknik 821 sekarang untuk mengetahui bagaimana ia dilakukan.

ARTIKEL BERIKUTNYA : FOREX TRADING TIMING PART 2

Sekian,
admin

Comments