PULLBACK FOREX TRADING

FAKTA SNR INI WAJIB ANDA PELAJARI JIKA MAHU SUKSES DALAM PRICE ACTION

Fakta penting SNR yang anda wajib tahu

  • Fakta Support

  • Fakta Resistance

  • Fakta pertukaran fungsi SNR(SBR dan RBS)

  • SNR dan Reversal

  • Dinamik SNR

Apa itu fakta SNR?

Fungsi SNR dalam trading adalah penting dalam kita menentukan enty, exit, trending dan reversal.

Tak faham apa-apa? jangan risau.

Bagi anda yang baru dalam trading atau baru mempelajari mengenai SNR, sedikit info ringkas untuk anda.

SNR di lukis dengan cara menandakan atau membuat marking price secara meletakkan horizontal line pada candlestick.

Contoh marking SNR;

Belajar lanjut di sini > http://pullbackforextrading.com/part-2-snr/

Entry berdasarkan SNR

Entry buy boleh ditentukan melalui support, manakala entry sell boleh ditentukan melalui resistance. Entry di SNR, Exit juga di SNR. Buy di support, exit di resistance. Begitu jugalah apabila sell di resistance, exit di support.

Trend pula boleh diketahui melalui breakout pada sesuatu SNR juga boleh ditentukan apabila kegagalan penembusan SNR(reversal).

Buy di support, exit di resistance. Begitu jugalah apabila sell di resistance, exit di support.

credit : babypips.com

Fakta Support

Menyokong kepada Uptrend dan menghalang kepada downtrend. Buyers akan masuk ke dalam pasaran untuk menaikkan price apabila price sampai ke support level.

Fakta Resistance

Menyokong kepada Downtrend dan menghalang kepada uptrend. Sellers akan masuk ke dalam pasaran untuk menjatuhkan price apabila sudah sampai ke resistance level

PENTING:

  • Jika anda trading di dalam uptrend, fokus buy sahaja danperhatikan di mana level support pada trend tersebut.
  • Jika anda trading dalam downtrend, fokus sell sahaja dan perhatikan resistance level pair yang anda trade.
  • Trading dalam trending ini juga dikenali sebagai trading continuation trend.



Level SNR yang kuat?

Kawasan support atau resistance yang price kerap rejected atau reverse adalah kawasan atau level SNR yang kuat. Di SNR ini ada potensi berlaku repeating history atau berlakunya pengulangan pergerakan.

BACA : CONTOH PENGULANGAN  SEJARAH PERGERAKAN

Fakta Pertukaran Fungsi SNR

Apabila price menembusi(breakout) sesuatu SNR, maka SNR itu akan berubah fungsi. Pertukaran fungsi ini juga adalah petanda kepada kekuatan trend pada waktu itu. Ia juga boleh membawa maksud reversal dan continuation trend. Selepas berlaku breakout ini, SNR yang asalnya. sebagai contoh, menyokong kepada uptrend, kini akan menyokong pula kepada downtrend. Oleh itu ia akan dijadikan panduan untuk entry sell anda berdasarkan kekuatan pergerakan pada waktu itu.

Begitu jugalah jika anda dalam trading downtrend dan berfokuskan resistance untuk sell anda dan jika breakout, anda akan buy pada resistance itu yang kini dikenali sebagai support.

Situasi pertukaran fungsi ini dikenali sebagai Resistance become Support(RBS) dan Support become Resistance(SBR).

SNR, Continuation trend dan Reversal trend

CONTINUATION TREND

Jika dalam uptrend, maka fokus anda adalah buy. Oleh itu anda akan menumpukan pada support level untuk buy anda. Akan tetapi jika price naik dan menembusi price tertinggi yang terdekat, maka kekuatan price adalah untuk lebih trending lagi. Jika gagal, maka price akan kemungkinan untuk reversal.

REVERSAL TREND

Untuk memudahkan pemahaman, kita akan merujuk pada perubahan arah di timeframe yang lebih besar. Contohnya Monthly, Weekly dan Daily. Dalam masa yang sama juga ia akan membentuk chart pattern seperti double top dan bottom juga tripple top dan bottom.

Reversal trend pada timeframe besar ini penting bagi anda yang mahukan ketepatan dalam trading anda terutamanya untuk jangka panjang.

Dengan memahami SNR sahaja sebenarnya ia dah cukup untuk bantu anda profitable kepada saya. Mahu lebih advance? Anda boleh kaitkan dengan candlestick pattern.

Dinamik SNR

Moving average adalah antara indikator yang boleh berfungsi sebagai SNR. Antara MA popular adalah MA20, M30, MA50, MA100 dan MA200.

Dua pilihan MA yang popular pula adalah;

  1. Exponential MA
  2. Simple MA

RINGKASAN

Saya tunjukkan live trade saya di bawah agar dapat membantu pemahaman anda secara ringkas.

Sell GBPAUD di buat berdasakan trend menurun(downtrend) di bawah EMA20. EMA ini bertindak sebagai dinamik SNR.


Buy GBPUSD di atas support @ RBS kerana trend adalah menaik(uptrend).

 Buy USDCAD apabila price bounce di atas support level.

Sell USDCHF dengan sebab bahawa price break support, kini support itu adalah resistance yang menyokong kepada sell.

Akhir kata

Saya sarankan lebih banyak membuat backtest untuk memahami fakta SNR ini terutamanya pada bahagian SBR dan RBS. Memahami SNR ini akan jadi kelebihan kepada anda dalam professional trading terutamanya dalam mengenal-pasti trend, entry dan exit. Paling penting adalah anda boleh trade tanpa indikator atau minimum indikator.

Bagi yang inginkan pembelajaran dan bimbingan secara live market bolehlah sertai membership hari ini pada harga diskaun.

JADI MEMBER HARI INI!

ADMIN
17/01/18

Comments

Exit mobile version