RETEST DAN PULLBACK

Adakah anda sudah berada lama dalam trading dan mahu upgrade skill entry anda? -Mungkin artikel ini akan membantu anda.

Tahukah anda salah-satu sifat price ini adalah ia suka membuat retest di sesuatu broken SNR level?

Untuk naik, price perlu turun. Untuk turun price perlu naik. Penurunan adalah untuk kenaikan dan kenaikan adalah untuk penurunan. Mengelirukan bukan? Tetapi inilah hakikatnya. teruskan pembacaan anda.

Perkara yang anda perlu bagi perhatian adalah dua point berikut;

  1. SNR breakout
  2. Chart pattern breakout

Apa itu ‘retest’?

Retest adalah keadaan di mana berlaku retracement ke point breakout price. Price berpatah-balik ke breakout tersebut dan jika ia gagal berlaku false break, ia akan meneruskan trend breakout terdahulu.

False break bermaksud trend tidak akan pullback dan anda tidak perlu entry mengikuti trend breakout tersebut.

Elakkan trade jika false break berlaku. Menunggu confirmation akan membantu anda kenal-pasti peluang entry dan juga mengelakkan dari memasuki signal yang salah(false signal/false break).

SNR Breakout

Berikut dua SNR yang anda boleh jadikan panduan utama;

  1. Price level
  2. Trendline

Sesuatu SNR yang baru ditembusi biasanya akan berlaku retest sebelum ia teruskan perjalanan.

Jarak atau tempoh waktu juga mempunyai peranan penting untuk anda melihat peluang entry selepas retest berlaku.

Selain itu ia juga menceritakan keadaan semasa pasaran untuk anda mengetahui sesuatu market itu sangat aktif ataupun normal market. Market yang aktif biasanya akan membuat retest dan pullback dalam masa hari yang sama contoh breakout berlaku pada asian session, retest berlaku pada waktu asian itu kemudian pullback berlaku pada sebelah malam waktu Amerika.

Sesuatu SNR yang ditembusi, kebiasaannya akan berlaku retest. Ini adalah peluang terbaik untuk memasuki pasaran sesuai dengan arah breakout tersebut.

Ia diguna-pakai untuk kaedah trendline breakout juga.

Chart pattern breakout

Terdapat berberapa jenis chart pattern. Chart pattern breakout biasanya lebih ‘kuat’ berbanding SNR breakout.

Ini kerana secara psikologinya, pengulangan pattern adalah terbentuk dari tabiat dan sifat manusia(trader) yang didorong oleh fear and greed.

Peluang terbaik anda untuk memasuki pasaran adalah apabila price membuat retest semula ke broken trendline yang anda gunakan untuk menyambungkan point-point hi-low untuk chart pattern.

Chart pattern kerap muncul ketika reversal atau trend changing dan juga continuation pattern. Beza dengan price leve(SNR) dan trendline adalah ia bergerak dalam sideways lalu membentuk pattern pattern tertentu.

Anda boleh gunakan trendline untuk menyambungkan titik high dan low price ini untuk mengenal-pasti apakah pattern yang terbentuk. Selanjutnya, nantikan breakout berlaku dan perhatikan jika retest berlaku. Entry akan dibuat jika ia berlaku(retest).

Apakah Faedah atau kelebihan entry retest?

Jawapan paling tepat adalah anda mempunyai risiko stoploss yang kecil dan juga akan masuk pada waktu yang tepat serta kurang floating negatif/loss.

Entry pertama berdepan floating loss/negatif yang agak besar sedangkan entry kedua hanya floating sekejap sahaja sebelum ia menjadi floating profit.

Entry kedua merupakan entry yang paling disukai oleh trader full margin.

Buat live trading retest dan pullback tanpa risiko!

Tuntut modal percuma anda hari ini! Anda hanya perlu verify akaun anda kemudian tuntut modal percuma tanpa deposit dan mulakan live trading anda hari ini juga.

Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker

Apa perlu dibuat jika tiada retest dan pullback?

Elakkan entry adalah cara terbaik kerana anda pasti tidak mahu membuang masa untuk sesuatu yang tidak memberikan kelebihan kepada anda.

Dalam trading, anda perlukan sesuatu yang dipanggil sebagai ‘edge’. Trader yang konsisten profit mempunyai edge masing-masing dan mereka secara konsisten membuat entry pada keadaan di mana mereka mempunyai kelebihan atau advantage iaitu membuat entry pada harga murah untuk beli/buy dan mahal ketika menjual/selling.

Ia hanya boleh dilakukan semasa market membuat retracement ataupun retest selepas breakout!

Akhir kata..

Semoga artikel ini akan membantu meningkatkan pemahaman anda mengenai sifat market ini dan membantu anda menjadi trader yang hebat dalam mencari entry anda seterusnya mempunyai edge atau advantage anda yang tersendiri.

Apa yang anda perlu lakukan selepas ini adalah memantapkan lagi latihan anda dengan modal kecil mahupun modal percuma.

Apa pendapat anda artikel kali ini? Sila tinggalkan komen anda di bawah.

ADMIN
05/07/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.