BAGAIMANA TEKNIK MOVING AVERAGE MENJADIKAN ANDA TRADER YANG SABAR DAN BERDISIPLIN

Sekiranya anda masih baru dalam dunia trading ini dan masih tercari-cari teknik yang sesuai juga jika anda adalah trader lama tetapi masih struggle untuk menjadi trader berdisiplin dan penyabar, mungkin artikel ini anda patut baca dan fahami betul-betul. Sabar dan Disiplin dalam trading adalah perkara yang sering diabaikan terutama bagi trader-trader baru.

Join telegram kami! –Klik Sini

Jika anda mahu bertahan lebih lama lagi dalam trading, anda wajib explore dan fahami 2 perkara ini kenapa memainkan peranan yang sangat penting bagi seseorang trader.

Apa lagi yang kurang?

Ramai trader baru yang sangat mementingkan profitabiliti dan konsistensi dalam trading namun setiap kali live trading selalu pula ‘ke laut’ dan kerugian. Konsisten pula tu. Tidakkah anda merasa pelik dan hairan apakah lagi yang terkurang atau terlebih?

Disiplin dan Sabar

Sudahkah anda rasa anda cukup memiliki segala yang diperlukan untuk menjadi seorang trader forex yang berdisiplin dan penyabar dalam menunggu peluang entry? Untuk memahami apa itu entry anda harus mengambil point-point penting di bawah.

Fakta penting yang anda perlu mengenai entry adalah;

  1. Jarang berlaku
  2. Tidak semua entry itu profitable
  3. Setiap kali anda membuat entry bermakna setiap kali itulah anda terdedah risiko kerugian
  4. 95% trader cenderung untuk kerugian berbanding keuntungan

Anda tidak boleh lari dari risiko tetapi anda boleh minimakan risiko anda dengan hanya menumpukan entry yang betul-betul memberikan high reward dan juga minimum risk.

Seterusnya anda hanya perlu ulang proses ini. Tetapi untuk berjaya, anda perlukan disiplin. Disiplin boleh dikukuhkan dan dikuasai melalui peraturan entry di mana anda hanya akan membuat entry jika syarat itu dipenuhi.

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan 3 sebab bagaimana dengan kaedah yang sangat ringkas dapat membantu anda menjadi trader forex yang berdisiplin dan penyabar.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Dalam entry sebelum ini, saya sudah kongsikan bagaimana untuk menggunakan EMA 50 dan 100 untuk mendapatkan entry.

Post sebelum ini : http://pullbackforextrading.com/teknik-pullback-untuk-part-time-dan-santai/

Pada post kali ini saya akan mengupas lebih lanjut bagaimana teknik itu boleh menjadikan anda trader yang berdisiplin serta penyabar.

Akan tetapi perlu diingat, proses pembelajaran ini hanya akan berjaya dengan syarat anda mestilah mengikuti proses ini 100%, tidak mencampur-aduk dengan kaedah/teknik lain selain mengambil masa 3-6 bulan untuk berlatih.

Anda akan gagal

Anda dijamin 100% gagal dan tidak akan ke mana-mana jika anda sendiri tidak mematuhi peraturan malah secara terang-terangan melompat-lompat teknik anda. Percayalah, saya sudah jumpa terlalu ramai trader yang ‘sangkut’ dengan masalah seperti ini berulang-ulang selama bertahun-tahun lamanya hinggalah mereka sedar kesilapan ini selepas sudah kerugian puluhan dan ratusan ribu.

Anda tidak mahu jadi seperti mereka atau mengikuti jejak mereka, itu terpulang pada anda.

3 sebab Bagaimana teknik moving average membantu anda menjadi trader yang berdisiplin dan penyabar

#1. Entry rule yang jelas

Entry rule yang jelas boleh membantu anda berdisiplin dan sabar kerana mempunyai panduan. Jika tiada, sudah pasti sukar untuk anda melatih diri anda menjadi sabar dan disiplin.

Tanda-tanda trader yang tidak punyai entry rule yang jelas adalah trader yang mencampur-aduk teknik dan sering terikut-ikut trader lain.

Entry rule teknik ini adalah mudah, buy jika price dalam uptrend, retrace kemudian pullback di atas salah-satu EMA50 ataupun EMA100.

Begitu juga sebaliknya iaitu untuk sell, entry sell jika price dalam downtrend, retrace ke EMA50 ataupun 100 kemudian pullback.

Berikut adalah satu contoh entry point dari teknik ini.

Penjelasan…

Anda hanya perlu entry hanya jika syarat entry sudah dipenuhi iaitu hanya entry jika trend membuat pergerakan ke salah-satu EMA kemudian closed sebagai candle entry. Dalam contoh di atas, trend adalah uptrend. Oleh itu untuk trading, anda perlulah membuat entry buy.

Anda hanya akan sukses jika anda membuat entry buy low sell high dan bukannya buy high sell low. EMA 50 dan 100 akan menjadi panduan anda memasuki pasaran iaitu buy jika price turun ke EMA kemudian closed sebagai bullish candle. Peraturan entry ini sudah diterangkan di sini.

Apabila price membuat penurunan, ini bermakna harga sedang berada di paras rendah. Inilah waktu anda memasuki pasaran. Anda seterusnya hanya perlu menutup trade itu pada harga tinggi untuk membuat keuntungan.

Bagaimana sabar dan disiplin memainkan peranan dalam situasi ini?

Dalam mendapatkan entry, anda perlu menunggu dan bersabar dalam proses ini. Anda perlu biasakan diri untuk menunggu atau menanti peluang. Elakkan membuat entry jika tidak perlu. Jika anda berjaya elakkan diri anda dari membuat entry yang tidak perlu, ini bermakna anda sudah melatih diri anda untuk berdisiplin. Disiplin di sini bukan sahaja untuk mematuhi peraturan tetapi juga menahan diri dari melanggar peraturan itu. Trader yang merasakan hendak entry sesuka hati adalah trader yang sudah awal-awal lagi gagal dan biasanya tidak akan ambil masa lama untuk kerugian.

Proses melatih diri untuk sabar dan berdisiplin ini akan mengambil sedikit masa tetapi apabila anda sudah biasa, ia akan jadi lebih mudah.

Tips penting! – elakkan berforum dan bertanyakan signal dari trader lain. Elakkan juga menukar-nukar timeframe anda hanya sebab anda belum membuat entry.

Tiada disiplin dan tidak penyabar, kegagalan adalah milik anda..

Jika syarat entry tidak dipenuhi, anda wajib untuk no trade. Jika anda degil juga maka anda akan gagal.

Kedegilan anda itu tidak lain hanya akan membuatkan anda melanggar rule anda. Apabila langgar rule, kerugian akan menanti anda.

Hanya sebab pair yang anda trade sedang trending, itu tidak bermakna ia akan terus trending. Oleh itu anda sebagai trader perlu mengikuti sepenuhnya trading rule yang ditetapkan. Jika anda ikuti rule ini betul-betul maka mustahilah anda entry pada waktu yang tidak sesuai.

Anda tidak perlu ‘paksa’ semua keadaan menjadi seperti yang anda mahu. Anda perlu ingat, tiada keperluan untuk anda menjana keuntungan sepantas mungkin kerana trading ini adalah perniagaan dan bukannya perlumbaan. Seseorang trader itu dikira berjaya apabila boleh menghasilkan keuntungan jangka panjang dan bukannya jangka pendek dan terpantas.

Belum ada entry setup maksudnya trend mungkin masih mahu naik lagi dan mungkin juga petanda ia mahu reversal. Inilah punca kenapa trader yang tiada panduan jelas entry/exit biasanya masuk pada waktu tidak sesuai dan sering kita lihat entry buy high tapi price turun dan sell low tapi price naik.

Melalui entry rule yang jelas, anda hanya perlu sabar menunggu peluang dan berdisiplin mengikuti rule yang sudah ditetapkan. Entry rule teknik ini juga membantu anda menetapkan timing yang sesuai untuk memasuki pasaran secara sistematik dan kemas. Tiada lagilah istilah kejar-kejar market dan beli mahal, jual murah.

#2. Peluang akan datang lagi(..dan sentiasa datang..)

Terlepas peluang? Jangan risau. Market berjalan 24jam sehari, 5 hari dalam seminggu. Jika terlepas peluang hari isnin, hari selasa masih ada. Jika terlepas hari jumaat, minggu hadapan masih ada. Market ini tidak akan berhenti kecuali dunia sudah berhenti menggunakan wang kertas dan tiada lagi perdagangan antara matawang negara.

Trader yang tidak sabar biasanya entry melulu kerana beranggapan mungkin inilah masanya untuk masuk sebelum market gerak lebih jauh. Ini adalah silap sama sekali. Ini kerana adakalanya market cenderung untuk sideways selain ia mungkin petanda mahu bertukar arah. Pada waktu ini entry tergesa-gesa tadi mungkin sudah tersilap.

Rahsia Market sideways, false breakout dan Breakout

Sideways, ranging ataupun range bound adalah situasi di mana market tidak bergerak trending. Ini biasanya memberi petanda market bakal berlaku breakout. Selepas breakout itulah arah pasaran. Anda hanya perlu tunggu sahaja dan entry selepas breakout itu.

Situasi sideways ini adalah sangat merugikan kerana anda tetap salah walaupun buy dan sell. Jika anda hedging sekalipun, anda tidak akan membuat apa-apa keuntungan. Oleh itu anda perlu sedikit bersabar dan hanya masuk pasaran bila syarat entry sudah dipenuhi. Entry pada syarat yang sudah lengkap adalah disiplin yang anda wajib kuasai.

Apabila anda berada dalam situasi ini, anda perlu bertenang dan jangan ada sedikit pun emosi marah ataupun merasakan di’tipu’ dengan market. Ini adalah sifat semula jadi market ini iaitu ia akan sideways dan bakal breakout. Apa yang anda perlu buat adalah cutloss ataupun elakkan entry sehinggalah market sudah breakout iaitu price melepasi harga tertinggi ataupun terendah dalam sideways tersebut.

Apabila breakout sudah berlaku, anda jangan tergesa-gesa untuk entry. Sila kembali ke entry rule iaitu nantikan price retrace semula ke EMA 50 ataupun 100 dan lihat peluang entry jika ia terbentuk. No trade jika market breakout kedua-dua EMA tersebut.

Trade ini mempunyai risk sebanyak -35 pips dengan reward sebanyak +70 pips profit pada resistance terdekat. Anda hanya akan mendapat peluang ini dengan syarat menunggu peluang dan entry jika ia betul-betul sudah terbentuk. Jika anda perasan, entry point tidak jauh dari point breakout. Ini bermakna jika anda masuk instant seleaps breakout, anda bukan sahaja tiada exit point jelas, malah mungkin anda terpaksa exit pada profit rendah apabila price turun semula ke entry point anda.

Peluang akan sentiasa ada dan hanya trader yang sabar dan berdisiplin sahaja akan mendapat peluang ini sementara trader yang tidak sabar dan berdisiplin akan kerugian masa dan wang kerana tiada trading rule yang menjadi panduan entry.

Jika tiadanya trend jelas, cara terbaik untuk berdepan dengan market seperti ini adalah menunggu dan menunggu sahaja. Gambar di atas menunjukkan situasi false breakout di mana market seakan hendak menjadi downtrend tetapi jika anda sabar, anda pasti membuat entry buy dan bukannya sell. Ini kerana berdasarkan rule EMA, ia masih uptrend dan apabila price kembali uptrend di atas EMA, anda hanya perlu tunggu ia membuat pattern signal semula dan entry apabila sudah cukup syarat.

Dengan cara ini anda sudah memasuki market tepat pada waktunya selain terlepas dari market false signal.

#3. Reward Risk yang terbaik sebagai sebab utama anda perlu menggunakan teknik ini

Jika teknik yang anda gunakan hanya berikan peluang profit sedikit seperti 5 atau 10 pips, anda hanya perlukan 1 atau 2 kesilapan sahaja maka semua profit anda boleh jadi lesap sekelip-mata.

Lebih teruk, modal dan wang simpanan pun lesap dibuat deposit.

Menjadi trader forex berdisiplin dan penyabar tidak lengkap jika teknik yang anda gunakan hanya berikan potensi profit yang sedikit. Anda perlukan teknik yang boleh bagi reward besar berbanding kerugian barulah berbaloi usaha anda menjadi trader yang sabar dan berdisiplin. Inilah cara sebenar untuk terus survive dalam pasaran yang volatile dan berisiko tinggi ini. Jika anda sudah menguasai kesabaran dan disiplin, ia tidak berbaloi jika akhir usaha anda itu, 1 kesilapan sahaja anda terus kehilangan semua keuntungan anda.

Join telegram kami! –Klik Sini

Akan tetapi tidak dinafikan. anda masih boleh berjaya dengan teknik scalping kecil-kecilan ini tetapi dengan syarat ia mestilah sesuai dengan personaliti anda dan anda tahu bila anda dalam advantage dan tidak adavantage dalam market. Untuk mempunyai skill scalping seperti ini anda mungkin perlu berlatih lebih lama dan mungkin mengambil masa sehingga 3-5 tahun sebelum anda betul-betul konsisten dengan cara ini.

Bagi anda yang masih baru ataupun trader yang dalam proses keluar dari masalah trading, saya sarankan tradinglah low risk dan high reward untuk membantu anda keluar dari zon kerugian dan menjadi trader yang profitable. Teknik ini boleh membantu anda kerana ia memberikan potensi reward yang tinggi berbanding risk. Selain itu juga, anda hanya perlu lebih berdisiplin dalam membuat entry dan sabar menunggu entry tersebut.

Teknik ini sangat efektif ketika trending. Pada waktu ini peluang winning rate adalah sangat tinggi selain risk kecil dengan reward yang tinggi. Dalam gambar di atas 4 winning berbanding 1 loss. Itu pun loss pada minimum berdasarkan trading rule.

Jika anda ikuti betul-betul entry rule, bukan sahaja kerugian pada kadar minimum, malah jika market hendak reverse, adakalanya ia tidak membentuk false signal. Oleh itu anda boleh elakkan entry yang salah.

Apabila signal itu betul-betul menjadi pula, ia memberikan potensi reward yang tinggi berbanding risiko.

Inilah yang anda perlukan untuk menjadi trader profitable!

Apa yang anda perlu buat adalah, bersabar menunggu peluang dan berdisiplin iaitu entry hanya jika syarat dipenuhi.

Akhir kata..

Buat backtest dan sediakan waktu yang cukup untuk anda praktis teknik ini. Dalam sepanjang proses tersebut pula, elakkan dari berforum untuk menukar-nukar idea mahupun mencari signal entry. Ia tidak akan membantu apa-apa kecuali menganggu proses pembelajaran anda sahaja.

Untuk menjadi trader yang sabar dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi bukanlah mudah tetapi ia boleh dicapai. Ia adalah keperluan bagi trader yang mahu kekal dalam masa yang lama dalam dunia trading ini dan dalam masa yang sama mestilah profitable kerana di luar sana ramai sahaja trader yang sudah lebih 10 tahun dalam pasaran tapi masih tidak profitable.

Semoga artikel ini dapat membantu anda menjadi trader yang profitable, penyabar dan berdisiplin.!

Membership CSPRO 20% OFF

ADMIN
05/12/20

Print Friendly, PDF & Email

Comments

Translate »