Tips kawalan risiko menggunakan volume

Tips kawalan risiko menggunakan volume per-trade

risk

Salam traders!

Pernahkah anda mengambil tahu berapa risk setiap kali anda melakukan trade?

Pernahkah anda ambil tahu apa akan jadi jika trading anda tidak menjadi dan apakah kesannya kepada akaun anda?

Tahniah jika anda mengambil-berat mengenainya namun bad news jika anda tidak peduli mengenainya.

Apakah kepentingan kawalan risiko?

Ia sangat penting kerana ia akan menentukan jangka hayat akaun anda. Adakah akaun itu akan bertahan atau mungkin akan berhenti di tengah jalan kerana telah margin call!

Bagaimana menentukan risk untuk setiap trade?

Saya lebih suka menggunakan peranan support resistance untuk mengetahui berapa besar atau kecil risiko trading saya.

Untuk penjelasan mudah, saya bagi contoh price jatuh 50 pips dari harga terakhir tertinggi kemarin yang juga merupakan resistance untuk hari ini dan saya ingin mengambil posisi sell berdasarkan situasi tersebut.

TAWARAN TERHAD! Ketahuinya sini.

Maka dari sana risiko kita dapat tahu risk saya adalah 50 pips dan jika trading itu gagal maka risiko saya tetaplah 50 pips sahaja dan tidak akan lebih dari itu.

Akan tetapi itu masih tidak cukup untuk mengawal kerugian, jadi langkah seterusnya untuk mengawal risiko tersebut adalah dengan menggunakan risk yang kecil berdasarkan volume untuk 1 pips yang di trade itu.

Katalah sebagai contoh saya menggunakan akaun sebesar usd100. Jika saya hanya menggunakan 1% dari modal tersebut maka risk adalah bersamaan 1 usd. Risk 1 usd ini seterusnya di bahagikan dengan 50 pips tadi, maka nilai 1 pips tadi adalah 0.02 cent. Untuk reward pula, saya akan take profit juga sebanyak 50 pips(1:1 reward ratio).

0.02 cent X 50 pips = 1usd, bersamaan 1% risk daripada 100usd.

Jadi sekarang kita sudah tahu bahawa jika trade gagal kita akan kerugian 1%, dan jika untung, kita akan jana 1%.

Jika trade tadi mengalami kerugian, akaun masih lagi berbaki 99 usd dan masih boleh bertahan untuk trading berikutnya.

Untuk akaun tersebut margin call pula, ia perlukan 99 trade yang gagal untuk ia kehabisan modal.

Berdasarkan tulisan tadi kita sudah pelajari bagaimana mengawal risk guna volume kecil.

Berikut pula saya akan jelaskan kepada anda bagaimana volume yang besar boleh memusnahkan akaun anda dengan hanya 1 trade sahaja.

Berdasarkan setup tadi, entry sell dan risk adalah 50 pips, modal pula usd 100.

Akaun tadi akan margin call jika,

1 pips diniagakan pada nilai 2usd, 2$ x 50 = $100!!

Sesorang trader yang tamak dan tidak sabar untuk menggandakan akaun, biasanya akan menggunakan volume yang besar dengan harapan dapat pulangan yang besar dalam masa yang singkat.

Related post : Teknik Fibonacci S&R

Anda tidak digalakkan melakukan demikian kerana ia sudah sama seperti berjudi dan perjudian selalunya berakhir dengan kekalahan. Pada peringkat ini jangan pula kata forex itu tipu yer.

**Ini adalah contoh dari USD100, ia tak jauh beza jika anda gunakan usd1,00, usd10,000 atau tak kira berapa pun modal anda.

Akhir kata dari saya

Trade dengan bijak dan ia tak perlukan pun anda untuk mengetahui setiap ilmu yang ada di dunia ini berkaitan forex.

Anda hanya perlu mahir mengetahui risk trading anda dan kawalnya melalui volume bagi setiap pips yang digunakan.

Ia sangat mudah dan praktikal. Diharapkan dengan perkongsian ini ia dapat membantu anda menaik-taraf skill trading anda dan seterusnya menuju matlamat mencapai kebebasan kewangan melalui forex!

Sekian dulu dari admin,

Salam kejayaan!

P.s: jangan lupa sharekan kepada rakan-rakan agar kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.

www.bb.pullbackforextrading.com

Comments