tips menghadapi loss trade

Tips menghadapi loss trade

1. Berhenti trade dulu, sambung kemudian

Cara terbaik untukĀ  berdepan dengan loss trade tidak lain tidak bukan adalah dengan berhenti dulu. Adakalanya ‘memaksa’ diri untuk terus trade itu tidak akan membantu untuk selesaikan masalah loss trade terdahulu. Ingat, setiap orang buat kesilapan. Tapi orang yang tak berhenti-henti buat kesilapan itu memang adalah masalah besar!

2. Kurangkan bilangan pair

Adakah anda trade terlalu banyak pair? Maka kurangkannya. Ada masanya semua pair-pair ini mendatangkan hasil, dan ada juga masanya tidak. Setiap pair itu ada risk tersendiri. Makin banyak pair, makin banyak risk. Pasti tidak berbaloi margin call akaun kerana pair-pair ini semua. Matlamat kita adalah untuk buat profit, bukan untuk buat loss.

3. Kosongkan chart, analisis semula

Mungkin chart agak serabut dan semak sebab nak mencuba semua indikator atau system yang dijumpai di internet TAPI disebabkannya jugalah akaun rugi teruk. Oleh itu kosongkan semula chart anda dan nilaikan sesuatu trend itu hanya dengan candlestick dan chart yang bersih kemas. Anda pasti nampak arah di situ.

4. Tenangkan fikiran

Sedangkan super-hero juga kecundang! inikan pula kita cuma trader biasa. Jadi jika sudah asyik loss dan sukar mengikuti arah market ini sebaiknya tenangkanlah fikiran. Fikiran yang serabut hanya akan menambah lagi kesukaran untuk membaca market dan seterusnya untuk mendapatkan profitable trade. Penting!!! market ini tak tutup minggu ini atau bulan ni. Ia pasti ada lagi pada minggu depan, bulan depan malah tahun depan. Jadi relax, tiada ruginya jika tiada trade hanya untuk fikiran yang tenang.

5. Check balik apa punca kesilapan

Yang ini berkait terus dengan point #4 iaitu tenangkan fikiran. Dah cooldown barulah check balik apa punca kerugian sebelum ni. Waktu fikiran serabut adalah sukar untuk kenal-pasti apa punca tetapi bila jiwa dah tenang, pasti senang nak kesan punca kesilapan lepas seperti chart serabut, atau terikut-ikut signal orang lain atau sebab trade ikut emosi.

Kesimpulan..

Demikian 5 tips berhadapan dengan loss trade. Diharapkan pembaca dapat mempelajari sesuatu agar di masa akan datang dapatlah menghadapi dengan tenang kerugian-kerugian dalam trading. Ingat, 95% trader adalah kerugian, maka adalah penting untuk berhadapan dengan kerugian ini secara positif agar kita sama-sama dapat menjadi antara 5% trader yang profitable.

Sekian

admin pullback

Comments