3 TIPS TRADING TANPA EMOSI YANG WAJIB UNTUK ANDA!

Print Friendly, PDF & Email

Manusia adalah pedagang yang teruk. Ini adalah hakikat yang perlu ditelan oleh semua trader. Manusia yang mempunyai emosi pasti lambat-laun akan ‘terkena’ dengan emosinya. Masalah emosi ini akan bertambah parah apabila berdepan dengan losing streak iaitu kerugian berturut-turut hingga apa sahaja yang dibuat serba tak menjadi dan semuanya salah.

Berdasarkan pengalaman saya 10 tahun dalam trading, emosi adalah akar kepada semua masalah dalam trading. Melalui emosi inilah datang lagi lebih banyak masalah-masalah lain termasuklah masalah kesihatan dan juga simpanan wang berkurang gara-gara membuat deposit lagi dan mahu membalas dendam terhadap market yang tidak mempunyai jasad dan akal fikiran ini. haha..!

Dalam posting kali ini saya akan kongsikan 3 tips penting trading tanpa emosi. Artikel ini saya ambil dari website lain, saya olah semula dan saya kongsikan kepada pembaca blog pullback agar kita sama-sama mendapat manfaat dari artikel ini.

Jangan mengambil lebih banyak risiko daripada yang anda sanggup terima

Trading lot besar kemudian tidak sanggup loss dan tidak sanggup juga kalau salah pilihan – ini puncanya kenapa anda cepat-cepat close bila untung dan simpan lama-lama bila loss pula.

Teknik harapan seterusnya mengambil-alih dagangan anda di mana anda sangat berharap untuk betul pada pergerakan berikutnya dan cuba teka apa yang berlaku? -akaun margin call lebih cepat dari kerlipan mata anda.

Penyelesaian –

Anda boleh mengubahnya dengan menurunkan jumlah risiko yang anda ambil. Melalui cara ini emosi anda akan lebih stabil dan sudah bersedia untuk kegagalan yang mungkin anda hadapi jika anda salah dan dalam masa yang sama juga keterujaan anda lebih terkawal dan seterusnya anda boleh ‘hold’ position profit anda ke tahap maksima tanpa jiwa kacau. 😀

Baca >>  TRADE SEPERTI SNIPER DAN BUKAN SEPERTI MACHINE GUN

Pada pautan ini saya kongsikan bagaimana untuk menggunakan MM yang betul untuk manage akaun besar.

Walau bagaimanapun, anda masih dapat memaksimakan keuntungan anda melalui teknik piramid yang saya kongsikan di sini – anda hanya perlu menambah entry apabila anda berada dalam posisi yang betul dan tutup posisi anda apabila sudah mencapai matlamat tersebut.

Ubah fokus Profit dan Loss anda

Pips VS Dollar – Anda tidak akan nilaikan trading anda berjaya jika hanya mendapat 1 @ 2 pips kerana ia sedikit. Namun jika anda nilainya dengan dollar, maka mulalah anda mahu meletakkan lot dollar besar supaya nilai 1 @ 2 pips itu besar. Bayangkan jika anda trade standard lot 1 @ 2 pips itu bernilai 10 dollar ataupun 20 dollar.. Dengan hanya mensasarkan 5 atau 10 pips anda sudah menjana 50 dollar dan juga 100 dollar!

Itulah masalahnya – fokus nak dapatkan dollar sahaja. Bagaimana pula jika gagal, berapa dollar pula yang anda akan kerugian? Jawapannya adalah banyak! sangat banyak. Bayangkan jika price reverse 20 @ 30 pips sahaja, anda sudah kerugian -$200 dan -$300 sekelip mata. Rugi ataupun merisikokan 300 dollar untuk pulangan 30 dollar? Fikirkan, apa jenis bisneskah macam ni?

Penyelesaian –

Jika fokus anda sebelum ini adalah kepada dollar, ubahkannya kepada pips pula!

Akan tetapi jika anda sasarkan target anda kepada pips, anda pasti mahukan trade anda mempunyai keuntungan puluhan pips hingga ratusan pips barulah anda rasakan trade itu sukses.

Dari segi risk pula, jika anda mensasarkan pips loss, sudah pastilah anda mahu angka loss itu lebih kecil berbanding target yang anda mahukan. Secara automatik anda akan fikirkan angka kerugian kecil seperti -30 atau -50 pips itu sebenarnya adalah bersesuaian untuk sasaran profit +70 ataupun +100 pips.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Baca >>  PERLUKAH MENCAMPUR-ADUKKAN PELBAGAI TEKNIK DALAM SATU MASA

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Tuliskan rancangan dan jual beli anda

Emosi perdagangan boleh menyebabkan gangguan mental. Semasa menjalankan perdagangan, emosi dapat menyebabkan anda tersasar dari peraturan perdagangan anda. Mempunyai rancangan bertulis untuk dirujuk semula semasa kebingungan akan membantu anda terus berada di landasan yang betul.

Bila emosi terganggu dan trade huru-hara, anda serupa seperti manusia hilang pedoman. Inilah masanya anda perlu back to basic.

Penyelesaiannya –

Buat trading journal anda.

Rancangannya tidak harus lama atau canggih pun. Yang penting anda dapat faham ia sudah cukup baik. Saya tidak fikir bahawa rancangan perdagangan harus lebih daripada satu halaman pun. Di dalamnya, anda harus mempunyai peraturan untuk entry pengurusan risiko/money management, dan exit strategies. Harus ada juga proses tinjauan sehingga Anda berusaha memperbaiki peraturan dan pelaksanaannya.

Melalui cara ini anda juga boleh catatkan sekali event-event penting yang berlaku dalam proses itu agar menjadi bacaan anda di masa akan datang kerana samada anda percaya atau tidak, sejarah pasti akan sentiasa berulang!

ADMIN
12/07/21

Sumber asal di sini..
Wallpaper header klik sini..

Comments

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.