WANG MENGHASILKAN WANG VS WANG UNTUK MENGGANDAKAN WANG

Print Friendly, PDF & Email

Dari tajuk yang anda lihat ini ia nampak sedikit mengelirukan, nampak serupa tapi mempunyai maksud yang berbeza sebenarnya. Dalam forex trading, sudah tentulah wang diperlukan sebagai modal untuk menghasilkan wang melalui keuntungan jual beli dalam trading itu. Akan tetapi di sini saya ingin mengupas lebih lanjut mengenai perbezaan antara menghasilkan wang dan juga menggandakan wang. Ia sebenarnya berbeza.

Secara umumnya pasti ramai yang berfikir wang untuk menggandakan wang iaitu dari modal $100 kepada $200 dan seterusnya. Ini lebih kepada sasaran 100% kepada 1000% pulangan.

Dari sudut lain, jika anda manage wang yang besar, anda hanya perlu sasaran rendah antara 1% hinggalah 10% sahaja dalam tempoh yang panjang. Inilah dinamakan menggunakan wang untuk menggandakan wang.

Topik ini kurang popular di kalangan trader amatur(selagi belum loss besar..)

Artikel kali ini akan membincangkan mengenai risk management dalam trading. Topik yang boring dan kurang popular tetapi inilah missing chapter yang anda akan cari selepas 10 tahun dalam trading. Jangan percaya bulat-bulat tapi jika anda masih struggle mencari teknik holy grail tapi masih tak jumpa-jumpa, wang pun sudah habis puluhan ribu untuk trade dan kelas tapi masih belum berhasil, mungkin bukan teknik yang perlu dicari tetapi risk management-lah yang perlu dikuasai.

Masalah utama trader hari ini..

Terlalu ramai yang berminat dengan high risk high return trading dan tidak realistik dalam sasaran – inilah punca kenapa lebih ramai kerugian wang cepat dan berakhir dengan kerugian besar berderet-deret dan konsisten.

Secara tidak langsung, ia membuka ruang kepada scammer-scammer berleluasa samada menjual kelas ribuan ringgit ataupun peluang pelaburan skim cepat kaya yang akhirnya akan diisi dan dilariskan oleh pencari jalan mudah untuk kaya dalam forex ini.

Kenapa artikel ini penting bagi anda?

Untuk merungkai perbezaan kedua-dua kaedah ini agar memberikan gambaran secara ‘transparent’ kepada anda yang masih tercari-cari jawapan atau mencari jawapan tahap anda dalam trading ini.

Trading ini mudah sahaja tapi membuat profit konsisten itulah yang sukar.

Anda perlukan wang untuk menghasilkan wang. Tetapi kaedah apakah yang sesuai dengan personaliti anda? Adakah yang laju dan perlahan?

Jom bongkarkan!

NAVIGASI MENU :

WANG JANA WANG VS. WANG MENGGANDAKAN WANG

Kepentingan untuk memahami dua perbezaan ini…

Penting untuk memahami perbezaan ini agar memudahkan anda merancang porfolio yang anda bakal uruskan 6-12 bulan akan datang agar lebih professional dan sistematik. Tidaklah menjadi seperti penjudi tegar yang hanya mahu mencuba nasib tapi akhirnya kecundang.

Kepentingan lain juga adalah agar anda keluar dari zon newbie dan masuk ke peringkat seterusnya. Mungkin anda belum merasa lagi kepentingan semua ini tapi jika anda sudah merasa loss terlalu banyak dan juga sudah menghabiskan lebih 10 tahun dalam dunia trading, maka anda tahulah kenapa pentingnya semua ini dan tidaklah lagi mahu membuang duit dan masa untuk sesuatu yang tidak berhasil.

WANG MENJANA WANG

Wang untuk jana wang adalah proses di mana anda menggunakan wang atau modal kemudian menghasilkan profit. Anda akan deposit dalam jumlah tertentu kemudian mencuba untuk hasilkan wang dari modal tersebut.

Anda akan mempunyai matlamat atau sasaran tertentu seperti menghasilkan 50 USD sehari dari modal 200 USD. Dalam masa 4 hari sahaja anda sudah menghasilkan pulangan anda sebanyak 100%, iaitu 200 USD meningkat kepada 400 USD dalam masa seminggu sahaja.

Saya telah sediakan ebook mengenai kaedah money management untuk menjana pulangan percent tinggi dari modal kecil

This image has an empty alt attribute; its file name is ebook%2BMM.png

Sila download ebook di sini.

KELEMAHAN ‘KAEDAH WANG MENJANA WANG

Apabila anda menggunakan kaedah ini untuk trading anda iaitu wang untuk menjana wang, anda akan berdepan sedikit kesukaran iaitu anda perlukan trading sistem yang mempunyai ketepatan tinggi selain terdedah risiko yang lebih kerap.

Bayangkan jika anda selalu terdedah dengan risiko secara kerap, lambat-laun risiko itu akan ‘memakan’ akaun anda akhirnya.

Ia akan ketara jelas apabila market sudah mula sideways dan tidak menjadi seperti yang anda harapkan, situlah anda akan kerugian banyak dan berderet-deret panjangnya.

KELEBIHAN ‘KAEDAH WANG MENJANA WANG’

Tidak dinafikan ia ada juga kelebihan tersendiri. Antaranya;

  1. Modal kecil
  2. Risiko kecil berdasarkan modal kecil
  3. Pulangan yang tinggi dan jangka singkat

3 poin di atas sudah cukup menarik ramai trader baru terjun ke dunia trading hanya dengan berbekalkan keyakinan dan harapan. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal.

Kejayaan adalah subjektif bergantung pengalaman dan kemahiran individu tersebut. Ini menjadikan sebab kenapa ada yang berjaya walaupun kaedah ini berisiko tinggi.

SIAPA YANG SESUAI DENGAN KAEDAH INI?

Anda yang mahir mengambil risk. Sukakan pulangan yang tinggi dan pantas dalam masa singkat. Anda berupaya In dan Out dalam masa singkat serta tahu tahap anda.

Baca >>  TEKNIK ENTRY LAYER MINACHI

Jika anda seorang penakut dan mudah emosi, jangan sekali-kali menggunakan kaedah ini. Jika anda masih struggle dengan trading anda, sila berhenti serta-merta.

WANG UNTUK MENGANDAKAN WANG

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, anda menggunakan wang untuk menghasilkan pulangan rendah dalam tempoh yang lama. Mungkin sasaran sebulan anda cuma sekitar 1-2% sahaja. Bahkan dalam setahun mungkin cuma sekitar 8-12% dari modal anda.

Kebanyakan professional traders ataupun hedge fund biasanya hanya mensasarkan pulangan seperti ini dan jika tertanya kenapa, ini adalah kerana berbeza dengan menggunakan wang untuk menjana wang sebelum ini, fund manager professional adalah pengurus kepada dana wang ratusan juta hinggalah billion dollar.

1-5% dari ratusan juta ini sudah cukup besar. Oleh itu sasaran mereka memadai untuk percent kecil sahaja.

Sumber : klik sini

KELEMAHAN ‘KAEDAH WANG MENGGANDAKAN WANG’

Kelemahan utama kaedah ini tidak lainnya adalah MODAL. Tidak semua orang boleh sediakan modal besar. Kita tidak bercakap modal ratusan dan billion dollar tetapi ribuan hinggalah puluhan ribu juga belum tentu.

Untuk menggandakan wang, anda perlukan modal besar seperti menabung atau bahasa popularnya, compounding. Jika anda menggunakan modal kecil, gandaan wang anda juga kecil. Bayangkan jika anda menggunakan 100 USD dengan sasaran 5% sebulan. Ia adalah bersamaan 5 USD sebulan. Selepas 12 bulan akaun anda akan berganda ke 160 USD iaitu peningkatan 60% modal anda.

Ia cukup besar dari segi percent tetapi realitinya masih sedikit untuk anda merasa ‘kaya’ dari pulangan tersebut.

Kecuali jika anda menggunakan modal sebesar 10K USD, maka 60% setahun itu bersamaan 6,000 USD ataupun dalam lingkungan RM24K setahun.

Jika anda sasarkan 1% sebulan untuk pulangan lebih rendah, maka pulangan setahun anda adalah 1,200 USD atau RM4,800.

**Pengiraan di atas adalah dengan tukaran 1USD = RM4 sahaja. Nilai semasa adalah berubah-ubah.

KELEBIHAN ‘KAEDAH WANG MENGGANDAKAN WANG’

Berita baiknya di sini, walaupun modal ribuan dollar, anda masih boleh menghasilkan keuntungan besar tapi dengan syaratnya sasaran anda mestilah 3-5 tahun. Ini lebih realistik dan inilah cara fund manager lakukan. Mereka tidak menyasarkan pulangan billion dollar sebulan ataupun seminggu. Sasaran mereka adalah secara tahunan dan bertahun-tahun lamanya.

Yelah, siapa yang nak bekerja untuk sebulan atau dua bulan. Pasti ada yang mahu bekerja sampai pencen kan. So kiranya bertahun-tahunlah jawabnya.

Baca >>  Trading berdasarkan Check-List

Jadi, dalam trading juga adalah sama. Pasti kita mahu trading dan beri pulangan konsisten bertahun-tahun juga. Cara terbaik untuk dapatkan pulangan seperti ini adalah dengan cara trading modal besar dan minimakan risk melalui pulangan yang rendah.

SIAPA YANG SESUAI DENGAN KAEDAH INI?

Kaedah ini memerlukan seseorang trader itu mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta bukan risk taking trader.

Jika anda seorang yang penyabar, berdisiplin serta kurang beremosi, maka anda sesuai untuk trading seperti fund manager ini.

Jika anda seorang yang tidak realistik, mahukan entry dan profit hari-hari serta beremosi pula bila loss, lupakan sahajalah.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

RUMUSAN

Risk Management adalah penting bagi trader. Dalam artikel kali ini saya membahaskan dua bahagian dari risk management iaitu high risk dan low risk.

High risk adalah dari kaedah menggunakan wang untuk menjana wang. Sasaran utama adalah high gain dalam masa singkat. Kaedah ini sangat popular kerana wang singkat dan banyak yang boleh dihasilkan dalam masa singkat dengan modal yang kecil.

Low risk pula merujuk kepada kaedah menggunakan wang untuk menggandakan wang secara sedikit demi sedikit untuk jangka masa panjang. Modal besar diperlukan agar pulangan wang berbaloi dengan masa dan tenaga yang dilaburkan.

Kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing namun terpulang kepada anda untuk memilihnya samada salah-satu atau kedua-duanya.

Apa saranan admin?

Try-lah untuk menjadi fund manager professional yang menggunakan wang untuk menggandakan wang. Walaupun anda cuma trading modal yang kecil tetapi cuba tetapkan tempoh masa 1 atau 2 tahun dan jangan ambil risiko tinggi. Biarkan ia berganda sedikit demi sedikit.

Jika anda mampu menguasai tahap disiplin yang tinggi serta kesabaran yang tinggi, manage modal besar akan mudah untuk anda. InsyaAllah.

10% OFF untuk ahli baru Pullback bulan ini

ADMIN
10/10/21

Leave a Reply

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Text-+=
Translate »