FOKUS UTAMA BULAN OKTOBER

Fokus untuk bulan ini ada dua pair iaitu GBPUSD untuk update bulan lepas dan juga USDJPY. Menariknya untuk kedua-dua pair ini adalah satu dalam downtrend dan satu lagi uptrend. GBPUSD mencukupi syarat untuk downtrend manakala USDJPY pula dalam permulaan uptrend.

Untuk analisa bulan lepas, sila ke halaman berikut :

https://pullbackforextrading.com/fokus-utama-bulan-september/

Entry kurang risk, kurang masa depan chart, tapi banyak untung

Untuk entry yang berkualiti, saya sarankan gunakan timeframe H4. Anda boleh gunakan kaedah overbought dan oversold untuk mencari potensi setup. Untuk sukses entry di H4, anda perlu fokuskan jangka panjang bukan sahaja bulan ini tapi bulan-bulan mendatang juga.

Teknik reversal OB/OS – Klik Sini

Seperti biasa, kita perlu lihat analisa secara TOP-DOWN untuk lihat gambaran keseluruhan trend. Okeylah, jom ke analisa dua pair dalam fokus untuk bulan ini.

GBPUSD MONTHLY

Pair GBPUSD telahpun menunjukan petanda reversal trend pada bulan lepas setelah gagal menembusi dua key resistance penting iaitu 1.3900 dan 1.4000.

Seterusnya ia tembusi pula major support fibo 78.6 yang memberikan tafsiran kepada selling. Sila ke update penghujung bulan lepas pada pautan ini >> https://pullbackforextrading.com/gbpusd-gagal/

Untuk teknikal indikator, saya akan menggunakan MACD dan juga Bollinger Bands. Anda boleh ke halaman ini untuk belajar secara percuma >> https://pullbackforextrading.com/category/indicator/

Kembali ke chart teknikal, bulan lepas closed sebagai bearish candle di bawah fibo 78.6, secara tidak langsung level fibo ini menjadi SBR untuk entry selling. Pada awal bulan ini sahaja price sudah pun retrace ke level ini. Jika rejected pada NFP jumaat ini, kita akan melihat ia turun retest ke 1.3400 pula. Jika break, ia akan turun lagi.

Baca >>  GBPUSD 10.12.13

Pada area 1.3400 ini juga terdapatnya middle band. MACD pula masih di atas sifar, ini memberikan hint market masih uptrend kecuali ia break middle band dan juga 1.3400. MACD akan berikan signal sell melalui crossover MACD signal line dengan bar histogram.

Seterusnya kita beralih ke Weekly chart pula.

GBPUSD WEEKLY

Pada timeframe Weekly, kita melihat pada MACD sebagai elemen utama melihat trend, bar histogram sudahpun terbentuk di bawah paras sifar. Ini petanda downtrend sudah bermula ataupun confirm selaras dengan breakout level 78.6 di Monthly chart.

Petanda kegagalan downtrend adalah kegagalan untuk break 1.3400, oleh itu beri perhatian jika histogram MACD kembali close di atas sifar, oleh itu sebaran selling perlu di-cutloss. Strong downtrend adalah jika candle Weekly terus break dan closed bearish di bawah 1.3400 dan dalam masa yang sama bar histogram kekal di bawah sifar.

Lihat pula timeframe Daily/D1

GBPUSD D1

Candle hari rabu telah closed sebagai bearish, ini petanda seller sudah mula memasuki pasaran.

MACD masih kekal di bawah sifar dan candle close sebagai bearish. Jika anda mahu entry sell pada swing setup ini, SL anda mestilah di atas candle bearish ataupun di atas middle band. 1.3700 sebagai area spesific.

TRADING PLAN

Plan utama adalah sell.

Stoploss 1.3700
Target 1.34000

Altenatif :

Buy GBPUSD jika break atas 1.3700 kemudian pullback atasnya.
Buy GBPUSD jika rejected di atas 1.34000

USDJPY MONTHLY

USDJPY agak sideways sebelum ia mula menunjukan petanda kenaikan pada penutupan bulan lepas. Histogram MACD pada timeframe Monthly juga sudah berada di atas sifar.

Adakah USDJPY bakal naik lagi bulan ini? Jom ke timeframe Weekly pula.

Baca >>  Analisa Teknikal GBPUSD

USDJPY WEEKLY

Minggu lepas closed sebagai pin bar namun ia adalah bullish pin bar. Ia terbentuk di area resistance, signal kepada selling. Akan tetapi disebabkan body candle adalah bullish, oleh itu ia ada kemungkinan untuk terus naik juga.

Entry diskaun adalah di area 110.17.

Jika price turun membuat diskaun, ia adalah entry terbaik untuk swing buy pair ini.

USDJPY D1

Pada timeframe D1, candle rabu closed sebagai rejection. Ini seakan berikan petunjukan ia mungkin retest area diskaun 110.17

Jika price naik dan break high 112.000, ia mungkin akan naik lebih tinggi. Oleh itu elakkan selling.

TRADING PLAN

Plan utama adalah buy. Anda boleh tunggu price buat low untuk buy low ataupun tunggu price break high, buat new high kemudian entry buy jika price mencari semula resistance yang menjadi support(RBS). Area RBS adalah area high yang ditembusi. Ia akan menjadi support level untuk buy.

Altenatif :

Altenatif adalah sell jika price gagal meneruskan uptrend. Area utama untuk lihat reversal trend adalah di;

  1. 110.00
  2. 109.00

[TAWARAN MENARIK] MODAL PERCUMA $50 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX – TAK PERLU BUANG DUIT MELABUR!!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $50 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $50 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 1000:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

AKHIR KATA

Tahun ini semakin menghampiri tirai penutupnya. Oleh itu risk akan semakin meningkat dan jika anda masih struggle pada tahun ini, mungkin sewajarnya anda fokuskan pada low risk trading dan swing trading. Dua setup yang saya kongsikan melalui blog ini adalah swing trading. Jadi, disarankan anda banyakkan membaca blog post lepas dalam blog ini dan buatlah kajian anda.

Baca >>  EURUSD 08.01.13

Jika anda berminat untuk mengikuti update secara live trade dan analisa mingguan bolehlah sertai membership pullback hari ini.

ADMIN
07/10/21

Translate »