TEKNIK FIBO TP | BELAJAR EXIT MARKET DENGAN BETUL MENGGUNAKAN FIBO EXTENSION
Fibonacci retracement adalah antara topik yang paling popular dalam blog ini. Ramai pembaca bukan sahaja dari dalam negara bahkan dari luar negara juga telah membaca dan memanfaatkan ilmu fibonacci retracement yang disampaikan dalam blog ini.
Akan tetapi masih ada satu lagi topik fibonacci yang kurang saya ketengahkan iaitu fibonacci take profit ataupun ‘fibo TP.’
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Fibonacci retracement
Fibonacci retracement adalah kaedah yang diguna-pakai oleh trader untuk mendapatkan entry level. Cara menyambungkannya ada dua iaitu kiri ke kanan dan juga kanan ke kiri. Ia agak subjektif dan tiada cara yang paling sesuai untuk dikatakan penggunaan yang tepat kerana ia digunakan secara kreatif bersesuaian dengan seseorang pengguna itu. Oleh itu terpulanglah hendak sambungkan dari bawah ke atas untuk uptrend mahupun dari atas ke bawah untuk uptrend.
BACA : FIBO KREATIF
Apa yang penting adalah kedudukan fibo level tersebut akan menjadi panduan entry anda.
Kesimpulannya, Fibo retracement adalah untuk entry sahaja.
Fibonacci Extension
Jika fibo retracement adalah entry, maka fibo extension adalah untuk TP. Fibo extension mempunyai berberapa level untuk menjadi panduan Take Profit(TP) atau exit point anda.
Level-level Extension fibo;
- 127.2
- 138.2
- 161.8
- 200.0
- 261.8
- 423.6
Exit trade biasanya akan dibuat apabila price menyentuh salah-satu level fibonacci ini.
Mengenai teknik gabungan fibo retrace dengan fibo extend bolehlah ke halaman ini https://pullbackforextrading.com/menggabungkan-fibonacci-retracement-dan-expansion-multiple-fibo-strategy/
Panduan memilih TP level
Terdapat banyak level fibo namun mana satukah yang paling sesuai untuk TP? adakah 127.2? atau adakah 261.8? Tapi bagaimana jika setkan TP di situ tapi price tak sampai pula ke situ?.. Haaa ada banyak persoalan timbul. Oleh itu mari kita rungkaikan satu persatu.
Setiap level fibo ini mempunyai maksud tersendiri. Dan apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah ia mewakili situasi market itu sendiri samada market aktif, neutral mahupun market slow. Dalam waktu tertentu, level fibo juga bermaksud reversal trend. Reversal trend ini mempunyai hint-hint tertentu berdasarkan reaksi price pada fibonacci retracement. Topik ini saya kupas lebih lanjut dalam member area CSPRO.
Oklah, berikut senarai yang perlu anda catatkan dalam nota anda berdasarkan fibo default;
- Market aktif : 78.6, 61.8
- Market neutral : 50.0
- Market slow : 23.6, 0.0
Panduan exit:
Jika entry anda pada 78.6, 61.8 maka TP anda adalah di 161.8, 200.0 dan 261.8
Jika entry anda pada 50.0 maka TP anda adalah di 138.2, atau 161.8
Jika entry anda pada 23.6, 0.0 maka TP anda adalah di 100.0 atau, 127.2
NOTE : Market slow biasanya akan stuck di 100.0 dan 127.2 manakala market aktif biasanya boleh sampai ke 261.8.
Kepentingan mempunyai TP yang sesuai
Memilih TP yang tepat dan sesuai dengan situasi market membolehkan matlamat anda dapat dicapai dan seterusnya mengurangkan risiko entry anda hit breakeven(BE) dan mengelakkan anda exit manually kerana terdapat reversal signal sebelum price hit TP anda.
Tersasar dari apa yang ditetapkan adalah sesuatu yang boleh membuatkan trader stress dan merasa marah. Dalam keadaan di atas, trade terpaksa berdepan dua pilihan, close manual, atau hit BE. Itupun jika ada BE lah. Jika cuma ada SL atau tiada SL mungkin berdepan dengan loss.
3 Golden ratio
3 Golden ratio utama adalah 38.2, 50.0 dan 61.8. Kebiasaannya jika entry pada salah-satu dari level ini, price akan ke 161.8.
Namun masih saya tegaskan di sini, ia adalah tertakluk pada keadaan semasa juga. 3 Golden ratio ini sentiasa menjadi panduan utama trader untuk memasuki pasaran, oleh itu trader yang memfokuskan 3 level ini biasanya hanya menunggu price ke salah-satunya, kemudian membuat entry berdasarkan confirmation candle di level tersebut.
Jika anda masih baru dalam penggunaan fibonacci, anda bolehlah fokuskan tiga level di atas sebagai panduan entry anda. Setkan TP anda pada 161.8 sahaja dan exit manual jika perlu.
Strategi wajib Fibo TP anda
Formula kepada strategi ini adalah terletak pada sambungan fibonacci tersebut.
Berberapa kriteria akan dilihat seperti entry level anda pada retracement dan juga situasi market pada waktu itu. Untuk ulangan, situasi market terbahagi kepada 3 iaitu aktif, neutral dan slow.
Berdasarkan perenggan sebelum ini saya juga sudah terangkan TP level untuk ketiga-tiga market ini.
Sekarang saya kongsikan bagaimana pula untuk menetapkan fibonacci anda agar TP tersebut boleh dicapai.
Untuk perhatian, fibo TP adalah fibonacci kedua yang anda perlu lukis untuk dapatkan panduan TP anda berdasarkan situasi market dan extension level yang dikenalpasti sebelum ini. Oleh yang demikian, ia bermaksud anda akan mempunyai dua fibonacci dalam satu masa(multiple fibo).
- Fibonacci pertama untuk dapatkan entry level anda pada retracement
- Fibonacci kedua adalah untuk exit anda
Sambungan anda adalah pada swing high dan swing low paling dekat dengan entry anda. Boleh dibuat pada timeframe yang anda gunakan untuk mendapatkan entry. Jika anda entry di H4 maka sambungan mestilah di H4, jika di H1 maka fibo juga mestilah di H1. Anda juga boleh gunakan di M30, M15 dan M5 jika membuat entry di situ.
Bagaimana jika menggunakan satu fibo sahaja?
Anda boleh gunakan 1 fibo sahaja iaitu jika price sudah mula trending(breaking 100.0 fibo TP) ataupun anda sudah membuat entry dan juga meletakkan SL anda. Seterusnya anda hanya perlu pantau pergerakan price samada perlu close manual atau biarkan ke TP atau SL anda.
Dua cara yang anda boleh lakukan;
1). Ubah sambungan fibo 0.0 anda kepada SNR terdekat berdasarkan rule sambungan fibo TP.
2). Delete Fibo retracement asal kemudian lukis sambungan fibo baru ikut rule sambungan fibo TP.
Cara no.1 adalah lebih mudah. Jika anda di tahap permulaan untuk belajar, bolehlah ikut kaedah no.2.
Artikel dicadangkan : Fibo Adjustment[untuk sharp entry]
Formula menetapkan fibonacci
Panduan sambungan fibo adalah seperti berikut;
PANDUAN EXIT BUY
Panduan untuk mendapatkan kedudukan price untuk TP adalah melalui sambungan dari resistance kepada support.
Resistance dan support ini mestilah yang paling dekat dengan entry.
Cara sambungan fibo untuk dapatkan TP level adalah dari resistance kepada support.
TP level adalah berbeza-beza ikut keadaan market. Ini tidak bermaksud setiap kali entry maka TP anda tetap di 161.8 ataupun 261.8. Jika market slow, maka TP anda adalah di 127 dan 138. Jika market neutral dan aktif, anda boleh setkan TP dari 161.8 hinggalah 261.8.
Dalam keadaan tertentu, TP juga boleh disetkan hingga 423.6!
Step #1 – Tentukan area rejection/entry anda berdasarkan fibo level. Berdasarkan gambar di atas, area entry adalah di 61.8. Area ini pula adalah area di mana market ditafsirkan sebagai market aktif. Langkah seterusnya adalah melukis fibo kedua untuk mendapatkan level TP. Sambungan adalah pada resistance ke support paling dekat dengan entry.
Berdasarkan gambar di atas trend adalah uptrend dan plan utama adalah buy berdasarkan breakout pada TLB diikuti candle pin bar sebagai signal pullback(entry buy).
Step #2 – Sambungkan fibo kedua anda dari resistance kepada support untuk dapatkan TP level anda.
Dalam chart anda pastikan mempunyai dua fibonacci atau, anda boleh padam fibo pertama dan biarkan hanya fibo kedua sahaja pada chart anda.
Market yang aktif biasanya akan bergerak ke extension 161.8 dan juga 261.8. Oleh itu dua-dua level ini sebagai TP area anda.
Hasilnya, TP 1 dan TP 2 sukses!
Berdasarkan gambar di atas, hanya satu fibo digunakan iaitu fibo TP. Fibo retrace sudah dipadam untuk mengekalkan chart yang kemas dan bersih. Jika anda mahu biarkan fibo retrace dan fibo TP dalam satu chart yang sama juga tiada masalah.
PANDUAN EXIT SELL
Panduan untuk mendapatkan kedudukan price untuk TP adalah melalui sambungan dari support kepada resistance.
Support dan resistance ini mestilah yang paling dekat dengan entry.
Sambungan fibo anda adalah dari atas ke bawah untuk dapatkan kedudukan extension level untuk TP anda. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kedudukan TP ini mestilah dipilih selepas menentukan trend yang anda trade, adakah ia aktif ataupun slow.
Strategi TLB adalah teknik yang paling saya gemar gunakan dalam market trending. Hanya perlu draw trendline, kemudian tunggu ia break, kemudian tunggu price retrace dan selebih entry ikut logik price action.
Step #1 – Menentukan situasi market – Berdasarkan gambar di atas, retracement berlaku sekitar 61.8 dan juga 50.0. Tetapi berdasarkan closing body candle, ianya closed di bawah 61.8. Oleh itu rejection ini berlaku di 61.8 iaitu petanda kepada market aktif.
Step #2 – Lukis fibo TP dan pantau entry. Seperti biasa, SNR terdekat sahaja.
TP 1 dan TP 2 sukses kerana trading pada market aktif. Jika trading pada market slow, biasanya ia tidak pergi jauh dari 161.8.
Market Slow
Trading market slow biasanya TP ke 161.8 jarang mengena. Biasanya market slow ini boleh dilihat dari keadaan semasa market yang sideways menantikan big move ataupun breakout.
Berdasarkan situasi di atas, rejection berlaku di 23.6. Oleh itu market dalam kategori slow dan TP sesuai adalah 127.2.
Market hit 127.2 secara tepat menggunakan kaedah fibo TP ini. Jika dilihat pada fibo asal, TP tersebut tidak mengena.
Hanya berberapa pips sahaja lagi untuk kena. Namun jika anda gunakan kaedah fibo TP, sasaran tersebut akan mengena dengan tepat sesuai dengan keadaan market. Inilah kelebihan teknik fibo TP yang anda perlu kuasai untuk tahun ini!
Akhir kata
Kaedah fibo TP ini pasti akan banyak membantu anda dalam live trading anda untuk sepanjang tahun ini. Jadikan ini sebagai titik tolak perjalanan anda ke arah trading yang lebih baik dan profitable, insyaAllah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Jangan lupa share bersama rakan anda ataupun download dalam bentuk ebook pdf untuk bacaan anda. Jika anda berminat untuk belajar lebih lanjut lagi, silakan join membership CSPRO melalui pautan ini.
Semoga anda berjaya!
ADMIN
12/01/22