XERO MARKET | LAGI SATU BROKER TEMPATAN SEDANG LINGKUP
Kecoh dalam bulan ini di laman sosial facebook mengenai satu broker tempatan yang bernama XeroMarkets(https://xeromarkets.com/) kerana dikatakan tidak membayar withdrawal client. Tak bayar withdraw ni adalah masalah sensitif dan sekiranya ia memakan masa lebih dari 24jam, ada kemungkinan broker yang digunakan bermasalah.
Sebelum ini saya ada menulis mengenai broker MFM Securities yang bankrap dan ownernya dikatakan sudah melarikan diri ke Australia. Anda boleh ke pautan ini untuk ke artikel tersebut >> https://pullbackforextrading.com/mfm-securities-broker-tempatan-yang-sudah-gulung-tikar/
Broker Xeromarkets ini menawarkan akaun trading dengan modal serendah USD10. Selain trading sendiri, trader juga boleh copy-trade trader lain selain trading akaun funded sehingga 100K USD dengan minima deposit USD1,000 sahaja tanpa yuran bulanan.
Sebelum lanjutkan, silakan join Telegram kami untuk update dan signal trading:
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Banyak sebenarnya broker-broker tempatan buatan Malaysia ini sudah melingkup dan menyebabkan kerugian jutaan ringgit namun di masa akan datang ia akan muncul lagi dan akan merugikan lagi. Yang tak wajarnya, mangsa itu adakalanya yang sudah pernah terkena sebelum ini.
Tips-tips sudah saya kongsikan dan antaranya adalah mengenai lesen dan masalah withdrawal. Hasil semakan saya, broker ini adalah broker yang didaftarkan di St Vincent & the Grenadines(SVG). Sama macam MFM Securities, broker ini juga berdaftar di entiti yang sama iaitu SVG.
Carian di Who.Is pula mendapati broker ini didaftarkan pada 2018 dan akan tamat pada januari 2024.
Fanpage broker ini juga sudah ditutup. Link https://www.facebook.com/XeroMarketsOfficial
Setakat ini hanya youtube, dan twitter sahaja masih belum di privatekan. Akaun IG dan tiktok juga sudah dijadikan private.
WikiFX
Hasil carian di WikiFX, saya mendapati bahawa broker ini mempunyai rating yang sangat rendah dan tidak mempunyai lesen!
Rating yang diberikan hanyalah 1.93 sahaja!
Contoh rating yang terbaik adalah seperti broker pilihan saya, iaitu XM.
Broker XM sangat serius dalam perlesenan dan mendapat rating tinggi menunjukkan ia sangat trusted dan selamat untuk anda. Klik sini untuk mendaftar akaun anda.
Menutup Operasi
Menurut FB Ridzuan Rahman, yang juga merupakan IB dan CFM(certified fund manager) di broker ini, broker ini bakal menutup operasi dan staff akan diberhentikan.
Dari post FB beliau, aset broker khabarnya akan dicairkan dan akan digunakan untuk langsaikan withdrawal client.
Program Certified Fund Manager(CFM) XEROMARKETS
CFM ni program fund managing tanpa yuran ala seperti Prop trading. Cuma pelaksanaan berbeza. Broker ini dikatakan menyediakan dana USD5 Juta untuk trader dagangkan. 2 fasa yang perlu dilalui dan lulus oleh trader sebelum menjadi CFM broker.
Untuk prop trading, biasanya ada yuran bulanan yang perlu dibayar untuk trade akaun yang mempunyai modal besar contohnya yuran USD500 untuk akaun prop bermodalkan USD100K. Ini bermaksud akan tidak perlukan wang USD100K sebaliknya ‘sewa’ sahaja akaun bersaiz besar ini kemudian akan ada profit sharing/split antara pemilik prop account dengan anda sebagai trader.
Berbeza dengan akaun prop di atas, di Xeromarkets, trader hanya perlu deposit antara $100, $500 dan $1000 untuk 3 jenis akaun fund manager. Wang ini boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja.
Video mengenai beliau menjelaskan mengenai CFM di youtube asal broker boleh tonton di bawah:
Cikgu Ridzuan Rahman adalah antara yang mempromosikan program CFM ni, jadi tak hairanlah kena menjawab pasal withdrawal.
Program ini memang untuk tujuan scam?
Seorang trader mengakui mempunyai akaun funded bermodalkan $250K untuk program ini tetapi dikhabarkan ia adalah cuma suatu bentuk program lama yang kecundang yang pernah dilakukan oleh broker lain. Salah-satunya MFM securities yang sudah pun bankrap tahun ini.
Komen terhadap posting tersebut:
Untuk ke posting tersebut bolehlah ke sini.
Program CFM ni untuk scam?
Saya berpendapat program CFM ini mungkin bertujuan untuk scam iaitu kumpul duit sebanyak mungkin kemudian tutup operasi. Disebabkan ia tiada yuran bulanan dan hanya perlu deposit wang sahaja, maka ada kemungkinan ia suatu program funded yang sangat dicari ramai. Namun disebabkan juga ramai yang masih belum mendapat funded account mereka, maka ini sedikit sebanyak mencurigakan tentang dana 5 juta yang disediakan oleh broker.
Mungkin semua yang dipaparkan cumalah akaun dummy tetapi bukan akaun dengan wang sebenar. Oleh itu broker pasti akan mempunyai masalah untuk membayar withdraw yang dibuat kemudian.
Semenjak program CFM ini berlaku dalam waktu terdekat broker nak tutup operasi jadi saya buat kesimpulannya ia mungkin untuk tujuan scam. Ia bukanlah scam hanya jika wang dibayar semula.
CFM vs eMAM
Pernah berlaku di Essensefx suatu masa dahulu, dana dikumpul sebanyak mungkin untuk fund managing program eMAM oleh seorang trader bernama J.K. Akhirnya program tersebut dihentikan kononnya broker nak tutup operasi di Asia. Akhirnya broker tutup operasi dan tidak membayar withdraw. Trader bernama J.K. itu pula menyalahkan broker dan kononnya tidak terlibat.
Bezanya di sini, ini bukan funded account tetapi hanyalah copytrading. Pelabur perlu membuka akaun, membuat deposit dan hanya perlu copy akaun milik manager sahaja. Kalau CFM, trader perlu deposit dan trade sendiri akaun prop yang disediakan broker.
Plan eMAM
Wang pulangan pelaburan ini kononnya adalah profit sharing dari pelabur dan trader seperti copy-tradinglah kiranya. Saya sendiri melihat performance yang ditunjukan dengan pulangan stabil setiap bulan sebanyak 4% lebih.
eMAM lebih mudah berbanding CFM, tak hairanlah ia melibatkan kerugian puluhan juta ringgit.
Scam bermula
Berdasarkan timing yang berlaku, saya andaikan broker itu adalah milik trader bernama J.K ini dan scam semua itu adalah rancangannya. Tidak lama kemudian tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa dan dari sidang media yang diadakan pada waktu tersebut, dikatakan pelaburan tersebut tidak wujud. Jadi dari sini saya andaikan semua tu adalah permainan individu bernama J.K tersebut. Jadi kesimpulannya apa yang dilihat hanyalah akaun dummy, dan wang dibayar hanyalah wang skim ponzi.
Pada waktu itu broker emailkan kepada client kononnya nak tutup operasi di asia. Wang-wang pelabur eMAM tak dibayar lagi selepas itu. Oleh itu saya andaikan wang yang banyak itu sudah sampai masanya untuk di scam.
Sampai hari ini broker tersebut sudah hilang dari radar. Nampak sesuatu tak di situ?
Aku suspek trader J.K ini launder duit melalui syarikat produksi
Trader J.K ini mempunyai syarikat produksi, oleh itu boleh saja cuci wang yang ada untuk tujuan lain seterusnya apabila ia menghasilkan keuntungan, maka wang haram itu pun dicuci jadi bersih. Ala, sama macam wang 1MDB yang dicuci untuk buat filem Wolf Of Wallstreet tu.
Akan tetapi ini cuma andaian saya sahaja dan tidak disokong dengan bukti kukuh.
Rumusan mengenai broker ini
Broker ini masih belum menutup operasi sepenuhnya. Oleh itu masih awal untuk katakan ia sebagai scam. Untuk setakat ini hanya laman sosial yang ditutup dan self-claim bankrap sahaja. Jika proses deposit masih boleh dibuat pula ada kemungkinan ia akan digunakan untuk skim piramid untuk membayar withdraw terdahulu dengan syarat withdrawal baharu masih sangkut.
Self-claim bankrap
Seorang trader bernama Farhan Ali memuat-naik status di FB beliau satu gambar perbualan whatsapp dengan seorang staff yang mengatakan broker ini sudah bankrap. Nampaknya ini suatu usaha untuk lepas tangan dari broker untuk tidak membayar withdraw.
Sedikit sebanyak ia menampakan broker ini seakan hendak scam client mereka.
Kesimpulan
Apa-apapun broker ini masih belum boleh dikatakan sebagai scam, oleh itu owner broker ini silalah tunaikan tanggungjawab dengan membayar wang client anda.
Jika anda tidak melunaskannya hinggalah website sudah tidak dapat diakses dan owner hilang sepenuhnya dari laman sosial atau apa-apa jua cara untuk hubunginya, maka kesimpulannya anda adalah scammer.
ADMIN
05/02/23