GOLD SAMPAI KE TARGET | BERIKUT PLAN SETERUSNYA
Gold akhirnya turun ke 1900.00. Penurunan bulan ini sudah terlebih awal dijangka sebelum ini. Angka genap adalah pilihan terbaik kerana psikologi disebaliknya. Reason untuk selling bulan ini sudah saya dedahkan pada artikel saya bertarikh 02hb Jun di sini.
Kepentingan utama untuk faham candlestick dan pengaruhnya dalam arah pasaran adalah anda boleh memprediksi arah hanya dengan memahami pattern-pattern tertentu dalam pasaran.
Selling bulan ini sudah dijangka lebih awal sebab candle bulan lepas yang memberikan clue selling. Pelajar-pelajar yang mengikuti teknik saya di sini pasti sudah dapat meneka arah gold bulan ini. Jika anda berminat bolehlah daftar dan download ebook percuma.
Untuk update, saya akan postkan di group telegram(klik banner di bawah untuk join);
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Gold ketika ini…
Angka 1900.00 adalah angka terbaik untuk menjadi strong SNR buat masa ini. Jika trend lebih kuat untuk selling, gold tidak akan ada masalah untuk tembusi(breakout) support level ini. Namun untuk waktu ini kita akan melihat sedikit reversal akibat dari pengambilan untung(profit taking).
Candle terakhir adalah bullish dan kini di last week low. Ia bertindak sebagai resistance untuk menghalang price dari naik. Namun ia akan menjadi bear trap kepada seller jika ia terus naik semula di atas weekly low ini.
Apa seterusnya untuk Gold?
Jika dilihat pada D1, gold kini di area demand iaitu order block buy. Ada possible ia akan naik dan clue awal adalah jika ia terus membentuk bear trap kepada seller.
Namun zon ini dikira ‘swap zone’ jika ia terus break low. Swap zon ini bermaksud ia akan menjadi SBR berdasarkan rule SNR(fakta SNR). Oleh itu kita akan melihat lebih banyak selling di bawah ini.
Jika anda tertanya-tanya apakah entry waktu ini? Jawapan saya adalah no entry lagi kerana trade sell sebelum ini sudah exit di 1900.00. Saya akan sambung sell jika candle break bawah 1900.00 namun ia mungkin hanya akan dibuat pada isnin hadapan jika candle esok(jumaat) closed sebagai bearish.
Entry scalping hanya sesuai jika ia pullback semula di bawah weekly low yg kini masih SBR area untuk selling. Tapi entry sell ini ada risiko untuk hit SL dan price akan naik lagi mungkin ke 1918.90.
XAUUSD Monthly
Dengan berbaki 1 hari lagi untuk bulan ini, adalah penting untuk candle monthly ini closed sebagai bearish untuk kekal downtrend lagi.
Oleh itu amatlah penting untuk ia closed lower di bawah 1900.00. Oleh sebab itulah saya katakan lebih baik tunggu sahaja candle D1 closed bearish maka confirm-lah candle monthly ini closed sebagai bearish.
Jika closed sebagai candle bearish, maka next month nanti of course, kita akan selling lagi. 🙂
Akhir kata
Esok adalah hari terakhir sebelum candle monthly siap/lengkap. Ia adalah situasi yang berisiko tinggi samada ia akan terus bearish atau akan reversal naik. Market ini cepat berubah dan diluar jangkaan.
Sekarang ni kita dalam market 50/50, oleh itu ada baiknya playsafe dengan no trade. No trade penting untuk lindungi akaun dan keuntungan dari sebarang risiko.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini semoga apa yang disampaikan akan menjadi bermanfaat buat pembaca sekalian.
Sehingga berjumpa lagi.
ADMIN
29/06/23
p.s: selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua pembaca yang budiman.
credit: tradingview, google images