ANALISA GOLD MINGGU KE-2 OGOS 2024 | MASIH BULLISH
Gold minggu lepas masih rejected di atas 2400.00 selepas 3x retest di bawah paras ini. Gold kembali naik selepas price atau candle break 2400.00 semula.
Keadaan ini sedikit mengelirukan dan boleh menyebabkan kerugian terutama bagi trader yang berdagang terburu-buru, membalas dendam dan emosi(FOMO) semasa membuat keputusan entry.
3X rejection berlaku di atas Weekly low walaupun price break 2400.00 menandakan Weekly low bertindak sebagai support kuat. Hal ini juga boleh berlaku pada Weekly high pada waktu yang lain semasa trend belum bersedia untuk bertukar arah.
1 candle break berlaku di EMA21 dan dalam masa yang sama close pula di atas 2400.00 sebagai petanda trend sideways dan masih kekal bullish. Trader yang kekalkan plan buy sahaja, pasti dapat harga bottom buy pada minggu lepas. 🙂
Oleh itu plan minggu hadapan masih lagi buy seperti minggu lepas.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD WEEKLY
Berdasarkan analisa candle di Weekly, trend masih bullish memandangkan price masih closing melebihi 50% candle sebelumnya. Dalam masa yang sama juga masih kekal di atas 2400.00.
Secara keseluruhannya trend masih uptrend dan situasi yang berlaku pada minggu lepas masih menandakan price boleh naik lagi.
Area 2400.00 secara tak langsung bertindak sebagai RBS di mana candle yang ditandakan sebagai candle arah adalah candle break manakala candle minggu lepas pula adalah candle retestdan reject.
Untuk mencari entry, bolehlah membuka timeframe lebih rendah untuk dapatkan entry timing yang sesuai.
XAUUSD H1
Untuk entry buy low, fokus utama adalah price yang membuat low dahulu untuk membeli harga termurah. Area 50.0% dan 61.8% yang bertindih dengan 2400.00 menjadi area penting utama.
Untuk kaedah entry lain boleh juga merujuk kepada kaedah EMA21 breakout ini. Sila ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/strategy-ema-21-entry-exit-dan-risk-management/
Target
Untuk target, berikut adalah TP:
- Weekly high 2458.86
- 2500.00
Cara lain untuk menetapkan TP juga adalah melalui kaedah FIBO TP. Sila ke halaman ini untuk pelajarinya >> https://pullbackforextrading.com/teknik-wajib-fibo-tahun-2022-cara-take-profit-ini-tidak-ramai-yang-tahu/
Akhir kata
Gold ada potensi untuk naik lagi namun adalah penting untuk menjaga risk anda kerana untuk keselamatan akaun, adalah lebih baik menjaga risk di tahap yang optimum untuk tidak terlalu cepat menjana untung kerana secepat mana ia datang, secepat itu juga ia akan pergi.
Biarkan slow dan steady sahaja, inshaAllah akan beruntung dalam jangka panjang.
ADMIN
11/08/24