3 FAKTOR UTAMA KENAPA ANDA PERLU MASUK PASARAN SEMASA PRICE MEMBUAT RETEST
Retest adalah merujuk kepada pengulangan price(harga) ke sesuatu area yang untuk menguji area tersebut samada ia valid atau respected atau bakal ditembusi(breakout). Keadaan retest ini memberi peluang kepada trader atau pedagang untuk membuat entry(memasuki pasaran) dan menghasilkan profit dari situasi itu.
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan kenapa anda dan saya perlu memanfaatkan situasi ini dan kenapa ia akan menjadi suatu kelebihan buat kita sebagai pedagang.
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk update serta promosi terkini dari kami. Klik sini untuk menyertai!
Berikut saya senaraikan 3 faktor utama penting kenapa anda perlu memasuki pasaran semasa price membuat retest.
APA ITU RETEST DALAM TREND PASARAN
Retest dalam pasaran sering kali berlaku dalam situasi tertentu seperti double top/bottom atau triple top/bottom, yang merupakan corak harga popular dalam analisis teknikal. Corak ini mencerminkan psikologi pasaran dan bagaimana harga “menguji” sempadan penting sebelum membuat pergerakan besar. Berikut adalah penjelasan dan contoh untuk setiap situasi:
1. Double Top/Bottom
Double Top (Bearish Reversal)
- Definisi: Harga naik ke tahap resistance tertentu dua kali tetapi gagal untuk menembusinya.
- Retest: Selepas harga memecahkan neckline (garisan sokongan di antara dua puncak), pasaran biasanya akan membuat retest ke neckline sebelum meneruskan pergerakan menurun.
- Psikologi:
- Seller cuba menguasai selepas gagal breakout.
- Retest memastikan bahawa neckline kini berfungsi sebagai resistance yang sah.
- Strategi Entry:
- Entry sell semasa retest ke neckline.
- Confirmation: Candlestick pattern seperti bearish engulfing atau pin bar.
- Letakkan stop-loss di atas resistance puncak kedua.
Double Bottom (Bullish Reversal)
- Definisi: Harga turun ke tahap support tertentu dua kali tetapi gagal untuk menembusinya.
- Retest: Selepas harga memecahkan neckline (garisan rintangan di antara dua lembah), harga biasanya akan melakukan retest ke neckline sebelum meneruskan pergerakan menaik.
- Psikologi:
- Buyer cuba menguasai selepas gagal breakout.
- Retest mengesahkan bahawa neckline kini menjadi support.
- Strategi Entry:
- Entry buy semasa retest ke neckline.
- Confirmation: Candlestick pattern seperti bullish engulfing atau hammer.
- Letakkan stop-loss di bawah support lembah kedua.
2. Triple Top/Bottom
Triple Top (Bearish Reversal)
- Definisi: Harga menguji tahap resistance tiga kali tanpa berjaya menembusinya.
- Retest: Selepas harga memecahkan neckline (garisan sokongan di antara tiga puncak), pasaran biasanya membuat retest ke neckline sebelum meneruskan pergerakan menurun.
- Psikologi:
- Tiga kali kegagalan menembusi resistance menunjukkan kelemahan buyer.
- Seller mengambil alih selepas neckline pecah dan bertindak sebagai resistance.
- Strategi Entry:
- Entry sell semasa retest ke neckline.
- Confirmation: Sama seperti double top (candlestick pattern).
Triple Bottom (Bullish Reversal)
- Definisi: Harga menguji tahap support tiga kali tanpa berjaya menembusinya.
- Retest: Selepas harga memecahkan neckline (garisan rintangan di antara tiga lembah), pasaran biasanya akan membuat retest ke neckline sebelum meneruskan pergerakan menaik.
- Psikologi:
- Tiga kali kegagalan menembusi support menunjukkan kekuatan buyer.
- Buyer mengambil alih selepas neckline pecah dan bertindak sebagai support.
- Strategi Entry:
- Entry buy semasa retest ke neckline.
- Confirmation: Sama seperti double bottom (candlestick pattern).
ENTRY STRATEGY
Anda boleh membuat entry buy ataupun sell sesuai keadaan pada waktu tersebut, pada retest yang akan berlaku. Contohnya price membuat top atau resistance kemudian retest berlaku dalam waktu terdekat pada kawasan top atau resistance tersebut. Anda membuat sell apabila price menyentuh semula kawasan tersebut dengan anggapan ia akan gagal menembusinya.
Anda juga boleh membuat entry berdasarkan candle pattern(bullish atau bearish) atau candlestick reversal signal(pin bar, hammer dll.) setelah menyentuh kawasan tersebut.
FAKTOR #1 – PENGESAHAN SESUATU TREND ATAU TRADE SETUP
Retest adalah tanda bahawa pasaran menghormati kawasan SNR tersebut.Jika harga melonjak selepas retest, ia mengesahkan bahawa kawasan itu adalah valid sebagai support atau resistance.Ini membantu mengelakkan entry terlalu awal atau berdasarkan signal palsu.
1. Menilai Validiti Kawasan SNR
- Harga Melonjak (Pantulan) Selepas Retest:
Ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut dihormati oleh pasaran, sama ada sebagai support (untuk buy) atau resistance (untuk sell). - Harga Menembusi Kawasan SNR:
Jika harga menembusi kawasan tersebut dengan kuat selepas retest, ia memberi isyarat bahawa kawasan itu gagal bertahan dan pasaran mungkin berubah arah.
2. Mengurangkan Risiko Entry Terlalu Awal
- Tanpa retest, terdapat risiko false breakout, di mana harga hanya menembusi kawasan SNR untuk sementara waktu sebelum kembali ke arah bertentangan.
- Retest membantu mengelakkan entry pada pergerakan palsu dengan menunggu pasaran menunjukkan reaksi jelas terhadap kawasan SNR.
3. Mendapatkan Entry Berkualiti
Retest Membolehkan Entry Dekat dengan Kawasan SNR:
Ini memberikan risk-to-reward ratio (RRR) yang lebih baik kerana anda boleh meletakkan stop-loss lebih dekat (contohnya di bawah support atau di atas resistance).
- Confirmation Signal:
Retest sering disertai dengan price action seperti candlestick patterns (contoh: pin bar, engulfing), yang mengesahkan arah pasaran.
Contoh Praktikal:
- Uptrend:
- Harga memecahkan resistance dan naik lebih tinggi.
- Kemudian harga turun semula (retest) ke resistance yang kini menjadi support.
- Selepas pantulan kuat, ini mengesahkan kawasan tersebut sebagai valid support untuk entry buy.
- Downtrend:
- Harga memecahkan support dan turun lebih rendah.
- Kemudian harga naik semula (retest) ke support yang kini menjadi resistance.
- Selepas pantulan kuat, ini mengesahkan kawasan tersebut sebagai valid resistance untuk entry sell.
FAKTOR #2 – ENTRY LEBIH BAIK
Semasa retest, harga biasanya bergerak lebih hampir kepada SNR, memberikan peluang untuk entry pada harga yang lebih rendah (untuk buy) atau lebih tinggi (untuk sell). Ini mengurangkan keperluan untuk stop-loss yang besar, menjadikan risk-to-reward ratio lebih baik.
Apabila anda entry secara retest price, anda sebenarnya entry secara sniper kerana anda berpandukan pada chart pattern seperti double atau triple setup.
Risk Reward Ratio
Dari segi RRR ini, ia memberikan anda potensi lebih dari 1:2 ratio. Ini bermaksud, untuk setiap stoploss anda, anda boleh gandakan potensi pulangan dagangan anda lebih banyak berbanding risiko yang diletakkan. Ini bermaksud untuk setiap keuntungan anda, kerugian anda tidak akan merosakkan akaun anda, bahkan untuk jangka panjang, anda kekal menjana wang walaupun anda berdepan kekalahan yang banyak. Ini adalah kerana apabila anda loss, keuntungan anda masih banyak lagi.
FAKTOR #3 – PSIKOLOGI MARKET DAN ORDER FLOW
Jika ada pantulan kuat, itu menunjukkan pihak dominan menguasai pasaran.Retest berlaku kerana buyers atau sellers di kawasan SNR cuba mempertahankan kedudukan mereka.
Reaksi harga di SNR memberikan gambaran tentang supply and demand serta kekuatan pihak yang mendominasi (buyers vs sellers).
Tingkatkan Probabiliti Kejayaan
Trading adalah permainan probabiliti, dan entry semasa retest meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya kerana ia mengambil kira reaksi harga sebenar di kawasan penting.
Ini lebih baik berbanding entry berdasarkan ramalan semata-mata.
PENUTUP
Dengan menggunakan retest sebagai pengesahan, anda dapat meningkatkan kebarangkalian entry yang berjaya sambil mengurangkan risiko signal palsu. Ini menjadikan strategi anda lebih konsisten dan berdisiplin dalam mengikuti arah pasaran.
Selain membantu anda mengesan entry yang berkualiti, ia juga membantu anda mengurangkan Risiko Entry Terlalu Awal. Retest membantu mengelakkan entry pada pergerakan palsu dengan menunggu pasaran menunjukkan reaksi jelas terhadap kawasan SNR.
Tanpa retest, terdapat risiko false breakout, di mana harga hanya menembusi kawasan SNR untuk sementara waktu sebelum kembali ke arah bertentangan.
Risk Reward Ratio anda juga berbaloi dan dapat membantu anda konsisten dan profitable untuk jangka masa panjang selama anda menjadi pedagang!
ADMIN
29/11/24
Credit foto: finschool/5paisa, xs.com