
Tarif Trump terhadap China: Apa Kesannya ke atas Pasaran Global?
ergerakan pasaran sering dipengaruhi oleh isu-isu semasa global. Salah satu peristiwa yang sedang hangat diperkatakan kini adalah tindakan Presiden Donald Trump yang mengenakan tarif sebanyak 245% terhadap import dari China pada April 2025. Langkah drastik ini menimbulkan pelbagai reaksi dari pasaran kewangan global — daripada ketidaktentuan pasaran saham sehinggalah kebimbangan terhadap inflasi dunia.
Dalam artikel ini kita akan pelajari:
- Apakah Tarif Trump terhadap China?
- Apakah Kesan Tarif Trump Terhadap Pasaran Global?
- Bagaimana Ingin Manfaatkan Pasaran yang Volatile?
Apakah Tarif Trump terhadap China?
Pada awal April 2025, Presiden Trump memperkenalkan tarif baharu ke atas barangan dari China, bermula dengan tambahan 34% yang dikenali sebagai ‘reciprocal tariff’. Tidak lama kemudian, tarif ini dinaikkan lagi dengan tambahan 50%, dan terkini jumlah keseluruhan 245% tarif dikenakan ke atas import dari China.
Tindakan ini merupakan sebahagian daripada strategi pentadbiran Trump untuk menangani isu ketidakseimbangan perdagangan dan melindungi industri negara daripada pengaruh ekonomi China.
Apakah Kesan Tarif Trump Terhadap Pasaran Global?
Langkah ini mencetuskan tindak balas segera dari China, yang mengenakan 125% tarif balas terhadap barangan dari Amerika Syarikat. China juga mengetatkan kawalan eksport terhadap logam nadir yang penting untuk sektor teknologi.
Tindakan ini telah memberi kesan ketara terhadap pasaran global seperti:
- Pasaran Saham Menjunam
Indeks Nasdaq jatuh sebanyak 5.82% manakala Dow Jones susut 5.50% dalam tempoh dua hari selepas menaikan 84% tarif — antara kejatuhan terbesar dalam sejarah pasaran AS. - Lonjakan Harga Barangan Pengguna
Syarikat popular seperti Shein dan Temu mengumumkan bahawa harga barangan mereka akan meningkat, memberi kesan kepada pengguna global termasuk di Malaysia. - Amaran Inflasi oleh IMF
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa pertikaian tarif ini mampu melemahkan pertumbuhan ekonomi global dan meningkatkan tekanan inflasi.
Bagaimana Anda Dapat Manfaatkan Pasaran yang Volatile Ini?
Ketidaktentuan pasaran seperti ini sebenarnya membuka ruang kepada peluang dagangan yang lebih luas. Pergerakan harga yang besar dalam tempoh singkat boleh memberi keuntungan kepada pedagang yang peka dan bersedia.
Beberapa langkah yang boleh anda ambil:
- Gunakan strategi dagangan jangka pendek seperti scalping atau day trading
- Pantau berita semasa dan data ekonomi global secara aktif
- Guna analisis teknikal dan asas untuk menentukan titik masuk dan keluar dagangan
- Kekalkan pengurusan risiko yang berdisiplin
Namun, ada cara yang lebih bijak untuk ambil peluang ini, iaitu dengan menyertai Promosi Hari Raya – Everybody Wins dari XM!
Promosi Hari Raya XM: Everybody Wins!
Bayangkan anda boleh berdagang dan menang hadiah yang memang sudah terjamin jika anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Ya, kali ini, semua ada peluang untuk menang! Hadiah keseluruhan kali ini adalah sebanyak USD 90,000.
- Tempoh Promosi: 2 April – 2 Mei 2025
- Terbuka kepada: Klien dari Malaysia & Brunei
- Syarat Penyertaan: Minimum baki akaun USD 200
Manfaatkan pergerakan pasaran ini dan dagangakan 4 lot standard (FX, GOLD, SILVER) untuk 1 tiket, dan terima 1 tiket tambahan untuk setiap 2 lot tambahan seterusnya. Lebih banyak anda berdagang, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah yang menarik!
Kesimpulan
Tarif 245% oleh Trump terhadap China bukan sekadar isu geopolitik, tetapi turut memberi kesan langsung kepada ekonomi global. Pasaran kini lebih aktif dan volatile — satu peluang keemasan untuk berdagang.
Dengan adanya Promosi Hari Raya daripada XM, inilah masanya untuk anda berdagang secara lebih aktif sambil berpeluang memenangi hadiah lumayan!
Jadi tunggu apa lagi?
Jom luangkan 3 minit untuk DAFTAR AKAUN XM sekarang!
#XM #XMMalaysia #HariRayaPromo #EverybodyWins #TrumpTariff #VolitileMarket