
ANALISA GOLD MINGGU KE-3 MAY 2025
Gold minggu lepas membuat kenaikan dan menjejak semula 3400.00. Namun di akhir sesi penutupan minggu lepas, price ditutup di bawah paras ini semula. Secara tidak langsung ia memberi gambaran trend dalam sideways.
Candle terakhir minggu lepas ditutup sebagai bullish namun tidak melepasi top sebelumnya. Di timeframe Daily nampak pattern double top.
Berikut ulasan dan plan minggu hadapan.
XAUUSD D1
Kedudukan harga pada waktu ini adalah di antara resistance 3348.15 dan support 3287.59. Ini adalah zone sideways dan hanya sesuai untuk scalping sahaja.
Untuk jangka panjang, adalah lebih baik break dulu 3287.59 ini dan harga akan turun testing Weekly low dan area neckline 3200.00. Jika break area neckline ini, maka pattern double top dikira ‘confirmed’ dan fokus utama adalah sell.
Akan tetapi jika break pula di atas 3348.15, harga akan naik ke 3400.00 dan jika break, fokus utama adalah buy. Weekly high 3435.05 dan historical high 3500.00 adalah sasaran terbaik TP untuk entry buy.

Analisis berdasarkan candlestick D1:
- Candle terakhir adalah inside bar, menandakan keadaan indecision/sideways.
- Pattern seperti ini adalah pattern breakout. Tunggu break untuk confirmed arah seterusnya.
- Jika break low 3300.00, maka trend lebih bias kepada bearish/downtrend.
Seterusnya kita lihat H4 pula.
XAUUSD H4
Di H4 nampak rejection pada candle terakhir yang nampak agak struggle untuk break area 3348.15. Akhirnya ia ditutup bearish menandakan rejection berlaku di situ.

Area 3287.59 nampak sebagai area support kuat. Jika ia ditembusi maka area ini akan jadi area penting untuk selling. Minggu lepas area ini diuji sebanyak dua kali namun gagal. Akhirnya harga naik semula namun selepas itu tiada lagi volum buying yang kuat untuk terus naik.
Saya akan tunggu dahulu harga breakout resistance atau support sebelum membuat entry, kerana selagi tiada breakout jelas, maksudnya hanya akan terperangkap dalam sideways di mana buy dan sell lebih berisiko untuk loss dalam zon ini sekiranya tidak mendapat entry yang betul.
TRADING PLAN
Trading plan kali ini lebih kepada menunggu confirmation breakout dahulu. Oleh itu dua-dua plan buy dan sell adalah seperti berikut;
BUY
Syarat buy adalah:
- Break atas 3348.15
- Pullback atas 3348.15
TP adalah di:
- 3400.00
- Weekly high 3435.05
- All time high(ATH) 3500.00
SELL
Syarat sell adalah berikut:
- Break bawah 3287.59
- Pullback bawah harga ini
TP adalah:
- Weekly low 3238.29
- 3200.00
- 3151.33
Akhir kata
Seperti biasa, update akan diberikan dalam group telegram berdasarkan situasi semasa dan apa yang sedang berlaku dalam pasaran. Panduan TP dan SL juga diberikan agar dapat berikan pendedahan pembelajaran pasaran sebenar dan risiko yang terlibat.
Break neckline adalah petanda penting trend akan pergi jauh, oleh itu perhatikan area neckline ini. Ia akan confirmkan pattern double top. Pattern reversal ini menadakan berakhirnya trend dan bermulanya trend baharu dan anda mungkin berada di permulaan sesuatu perubahan awal trend lebih besar.
Bagi yang mahu belajar teknik dan strategi, bolehlah ke halaman ini.
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
11/05/25