
ANALISA GOLD JUN 2026 MINGGU PERTAMA
Tahun ini bakal memasuki bulan Jun iaitu bulan ke-6 atau pertengahan tahun untuk tahun ini. Apa khabar trading anda? Harapnya sudah mula konsisten dan matang(tidak lagi meneka-neka arah mahupun masih bergelut dengan emosi). Gold agak banyak false movement dalam sepanjang Q1 dan Q2 tahun ini. Last pada minggu lepas ia ditutup sedikit positif dengan kenaikan semula di atas paras 4500.00.
Secara teknikalnya ia bullish. Oleh itu fokus minggu hadapan adalah buy sahaja kecuali price jatuh semula ke bawah paras 4440.00 maka kita mungkin dalam bearish atau sideways lagi. Tiada keperluan untuk bias dalam situasi pasaran sekarang kerana apabila kita bias bullish, tetiba market tukar ke downtrend pula. Jika kita masih bias bearish pula market sedang uptrend sekarang.
Oleh itu lebih baik neutral dan follow sahaja ke mana arah pasaran ini hendak pergi. Cutloss jika perlu dan hold selagi anda dalam posisi winning.
Untuk analisa minggu lepas boleh ke sini https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-mei-2026-minggu-ke-4/ Anda boleh gunakan analisa- analisa saya untuk kajian dan ujikaji teknik yang diajarkan dalam blog ini dan seterusnya meningkatkan kefahaman anda tentang pasaran.
XAUUSD D1
Kita mulakan di D1. Untuk buat masa ini, trend adalah uptrend dan fokus adalah buy. Namun overall masih downtrend lagi, jadi kita kena bersedia andaikata structure bertukar kepada downtrend, oleh itu kita kena berhenti buying untuk trend asal dan fokus kepada perubahan trend yang baharu pula.
Untuk elak kekeliruan, disarankan abaikan pasaran hinggalah anda punyai edge atau advantage terhadap pasaran ini.

Price kembali ke atas 4500.00, oleh itu fokus adalah buy buat masa ini. Buy low atau diskaun adalah apabila price turun semula ke 4500.00 kemudian rejected. Anda boleh entry buy di sini dan SL akan berada di bawah paras 4490.00- 4440.00.
Pada saya, strong uptrend adalah jika price boleh mendaki, retest/reject atas 4623.16. Area ini penting kerana ia adalah area strong SNR berdasarkan history lalu. Jika dapat melepasi area ini, saya nilaikannya sebagai strong uptrend.
So jika terlepas entry low di area 4500.00, saya akan lihat potensi buy di atas 4623.16 ini. Strong uptrend, tiada masalah untuk terus naik. Oleh itu tak perlu risau FOMO atau terlepas peluang kerana peluang lain pasti ada lagi. Jika anda mahu belajar percuma teknik ini, silalah ke sini untuk download.
Altenatif
Sell jika price jatuh semula di bawah 4500.00 dan 4440.00. Ini adalah kawasan major support penting, jika ditembusi, ada kemungkinan trend berubah lagi walaupun asalnya nampak bullish. Faktor utama adalah konflik Iran-AS dan juga faktor ekonomi semasa Amerika yang terkesan dengan konflik Iran-AS.
Okeylah, sampai sini dahulu. Update seperti biasa akan menyusul di group telegram kami.
ADMIN
30/05/26

