
ANALISA GOLD JULAI 2026 MINGGU KE-3
Gold masih bergerak ikut apa yang dirancang cuma pergerakan dalam structure ini agak slow dan memakan masa. Anda boleh bandingkan pergerakan awal bulan julai ini hingga kini untuk lihat price bergerak dalam structure yang ditandakan. Ia memberi maksud marking adalah tepat dan berkebarangkalian tinggi.
Untuk analisa sebelum ini sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-julai-2026-minggu-ke-2/
Anda boleh ambil peluang untuk pelajari kaedah atau teknik yang diajarkan dan bandingkan dengan analisa secara langsung yang saya berikan setiap minggu. Semoga ia menambah-baik skill anda dalam berdagang dan membaca arah pasaran.
Tanpa membuang masa, kita teruskan ke analisa minggu hadapan.
XAUUSD
Seperti yang saya nyatakan di atas, gold bergerak dalam marking yang ditandakan. Saya tak buang marking itu kerana trend masih dalam marking itu menandakan ia valid dan sesuai untuk dijadikan panduan entry dan memahami pergerakan pasaran.

Kita mulakan dari Daily. Di Daily kita dapat lihat pergerakan keseluruhan trend iaitu masih downtrend. Minggu lepas price turun selepas tidak membuat new high di marking 4190.64.
Price turun dan testing area 4071.59 namun rejected pada sesi penutup Jumaat lepas.
Berdasarkan situasi ini, trend bergerak sideways dan masih dalam downtrend lagi kerana masih terdapat resistance minggu lepas yang gagal ditembusi iaitu di 4190.64. Untuk uptrend, price perlu break kawasan ini dan pullback di atasnya.
Namun jika gagal, ia akan turun semula tak kira apapun pandangan anda.
Jika ia turun, area 4071.59 mungkin akan diuji semula. Break bawah area ini bermakna strong downtrend memandangkan overall trend masih downtrend lagi.
PLAN MINGGU HADAPAN
Menilai price action terakhir jumaat lepas iaitu rejection atas 4071.59, trend buat masa ini atau sentiment buat masa ini adalah bullish atau uptrend short term. Ada kemungkinan akan uji semula 4190.64.
Oleh itu isnin saya akan mencari buy selagi tak break bawah 4071.59 ini. Target utama adalah high minggu lepas iaitu di 4190.64.
Break atas area ini saya akan fokus buy sahaja dan target pula di 4355.19. Untuk rekod, pada analisa minggu-minggu sebelum ini, area ini adalah area kuat selling. Oleh itu ia akan diuji semula di masa akan datang jika trend kembali uptrend.
ALTENATIF
Saya melihat potensi sell di bawah 4071.59 jika break pada isnin atau selasa ataupun pada hari-hari lain. Selain itu saya akan bagi perhatian pada resistance 4190.64 ini memandangkan minggu lepas price gagal break dan seterusnya reverse di bawah level ini.
Akhir kata
Terima kasih kerana terus mengikuti analisis mingguan saya mengenai gold ini dan menyertai live trade serta berhubung dengan saya secara terus di telegram personal. Saya hargai usaha anda untuk memperbaiki dan meningkatkan skill trading anda.
Bagi anda yang mahu belajar teknik market structure ini bolehlah daftar percuma dengan klik banner di bawah ini.
Sekian dahulu buat masa ini, update akan saya berikan di telegram nanti.
ADMIN
12/07/26


