
ANALISA GOLD JULAI 2026 MINGGU KE-2
Gold minggu lepas ditutup bullish dan menuju ke marking line untuk panduan buy dan sell. Price tak break, oleh itu buy tak confirmed namun sell jika tiada confirmation di area itu. Akan tetapi pergerakan bullish tersebut sedikit sebanyak meninggalkan jejak entry jika gagal ditembusi. Saya akan ulas lebih lanjut di bawah.
Analisa minggu lepas sila rujuk sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-julai-2026-minggu-pertama/
XAUUSD D1
Kita mulakan dari TF D1 untuk lihat trend jangka pendek.

Minggu lepas bear trap terbentuk apabila price gagal meneruskan downtrend. Pada Khamis NFP dikeluatkan dan price bergerak bullish. Trend diteruskan pada Jumaat namun tiada new high terbentuk.
Berdasarkan overall trend, trend masih downtrend. Oleh itu plan sell masih valid jika price rejected di area berikut;
- 4190.64
- 4226.71
Key support penting untuk lihat potensi buy pula adalah di;
- 4071.59
- 4027.54
Untuk minggu hadapan saya tidak bias untuk buying sahaja atau sell sahaja. Saya akan pantau 2 area penting SNR ini jika break atau rejected.
Scalping akan lebih sesuai memandangkan price berada di antara resistance dan support. Namun strong buy adalah jika break resistance yang sepatutnya menjadi panduan selling iaitu di 4190.64.
Oleh itu area ini adalah area kritikal dan utama untuk dipantau minggu hadapan.
Sekian dahulu analisa buat masa ini. Jumpa di telegram untuk update harian!
ADMIN
05/07/26

