
ANALISA GOLD OGOS 2026 MINGGU KE-4
Gold minggu lepas ditutup tinggi pada hari berita FOMC dikeluarkan. Setakat ini belum lagi ada tanda-tanda penurunan. Entry buy dibuat apabila syarat dipenuhi pada jumaat lepas.
Setakat ini bias masih bullish dan strategy masih buy lagi berdasarkan teknik yang saya kongsikan di sini.
Untuk analisa minggu lepas sila ke sini https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-ogos-2026-minggu-ke-3/
XAUUSD H4
Disebabkan trend sangat strong uptrend dan sedang rally, buy on dip adalah strategy terbaik untuk manfaatkan situasi ini. Melawan arah pulak bukanlah idea yang baik walaupun kadang kita fikir harga dah terlalu mahal dan mungkin akan jatuh. Ingat, trade apa yang dilihat dan bukan difikir.
Apa yang muncul dalam fikiran boleh jadi cara kita defend diri akibat kerugian-kerugian lalu. Kita cenderung lawan arah gara-gara pengalaman pahit lalu ketika kita buy, harga pula jatuh. Apabila trend naik, kita buy ia jatuh pula.
Apabila sudah agak trauma, kita akan cenderung bertindak mengikut hati dan perasaan ataupun emosi.
Kembali ke analisa teknikal, secara jelas, harga sudah tembus 4600.00 selepas break 4500.00. Jika ada harga murah sekalipun minggu hadapan, 4500.00 adalah harga terbaik dan terdekat untuk mencari potensi buy dip.
XAUUSD M30
Jumaat lepas kita sempat entry buy berdasarkan price action. Bagi yang masih hold pastikan sudah BE. Bagi yang terlepas, abaikan dan tunggu peluang isnin nanti.
Untuk minggu hadapan, saya akan followup entry ini. Jika ada potensi reentry lagi saya akan maklumkan dalam group telegram. Teruskan pembelajaran dan mencatat jurnal harian anda.
Melalui jurnal ini anda kaan kesan apa kekuatan dan kelemahan anda. Yang kuat kekalkan. Yang lemah perbaiki.
Untuk minggu hadapan, kita kekal bullish sehinggalah berlaku kejatuhan dan trend changing nanti.
Sekian dahulu dari saya.
ADMIN
23/08/26



