GOLD AKHIRNYA TEMBUSI 1700 APA SETERUSNYA?

Tahun ini kita dapat saksikan pasaran bearish untuk gold dan major pair lain, yen masih melemah dan dollar menjadi ‘king of currency.’ Persoalan kini adalah, apakah arah seterusnya bagi gold(XAUUSD).

Untuk menjawab persoalan ini, kita rujuk semula kepada chart teknikal. Sebelum itu bagi yang belum subscribe, silakan join group telegram pullback di bawah;

Kita bermula terus pada timeframe Daily.

Daily Chart

Timeframe Daily akan berikan detail SNR yang akan menjadi major SNR. Pada TF weekly, trend adalah bearish dan detail major SNR ini tidak berapa kelihatan. Oleh itu kita akan melihat TF D1 sebagai trend utama.

Berdasarkan TF D1 kita dapat lihat clean break apabila breakout 1700.00 diikuti trend rally terus ke bawah. Bounce berlaku seketika sebelum meneruskan rally pada hari jumaat dan isnin.

Dari gambaran di atas juga kita dapat lihat price/candle semakin menghampiri 1600.00. Oleh itu area price ini akan menjadi arah seterusnya bagi trend gold ini.

Selanjutnya lihat minor SNR di H4 pula. Ini bagi mengelakkan anda entry sell low atau buy high kemudian trend reverse. Gunakan minor SNR ini untuk entry anda berdasarkan rule SNR.

4H Chart

Saya telah tandakan 4 SNR berwarna hijau di atas di mana Resistance pertama di 1654.20 adalah major SNR berdasarkan TF D1. Pada H4 pula minor resistance adalah di 1639.38 dan 1646.44 manakala minor support adalah di 1622.19.

Elakkan sell jika price di minor support H4 dan hanya akan sell jika sudah breakout dan area support tersebut menjadi resistance. Breakout pada minor support ini adalah petanda kemungkinan besar price akan ke 1600.00. Jika berlaku retest naik, area resistance minor 1639.38 dan 1648.44 adalah area snr terdekat yang anda perlu pantau untuk entry sell. Jika break pula, major 1654.20 adalah area penting(key resistance) yang wajib anda pantau.

Baca >>  Analisa eurusd - update

Ingat, fokus utama adalah sell sahaja. Ia akan memudahkan anda mendapatkan entry sell high kerana anda hanya utamakan area resistance untuk mencari entry.

Baca: Marking SNR

Akhir kata

Bulan september semakin menuju penghujungnya. Ini mungkin bermakna ada kemungkinan price terus ke 1600.00 jika sentiment bearish masih kuat. Di area 1600.00 pula mungkin akan ada spike naik jika profit taking berlaku di sini. Oleh itu sebaiknya elakkan sell di area support ini jika anda tidak mahu kelihatan seperti trader bodoh yang bakal menderita dengan kebodohan sendiri.

Ok hingga jumpa di post akan datang!

ADMIN
28/09/22

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com