TOP 5 DAYTRADER YANG MENDERITA AKIBAT KEBODOHAN DAN KECUAIAN SENDIRI

Print Friendly, PDF & Email

Artikel ini adalah mengenai 5 trader yang menderita margin call kerana tindakan sendiri yang nampak bodoh dan tak wajar. Semoga artikel ini menjadi pengajaran penting buat kita semua tentang betapa tingginya risiko pasaran ini serta mudahnya kehilangan wang berbanding menghasilkannya.

Adakalanya lebih cepat dari kelipan mata sendiri.

Antara faktor-faktor kerugian pastinya tidak lain dan tidak bukan kerana tak pasang stoploss dan juga tidak mempunyai kawalan risiko yang wajar. Paling penting, tidak meletakkan modal yang sanggup rugi. Jika anda abaikan stoploss dan risk management tetapi meletakkan wang sanggup rugi pastinya kerugian tu nanti bukanlah penderitaan besar bagi anda. Setuju tak?

Jom lihat senarai tersebut.

NO.5 – Chancey 1979. LOSS -$1,500

Trader malang ini melihat potensi buy apabila berlakunya breakout dan persilangan antara Candle dan MA. Akhirnya berlaku breakout support dan price pun jatuh menjunam bebas lalu menyebabkan beliau menderita kerugian yang besar.

Jauhnya jatuh. Akibatnya habis lesap -$1,500 dalam sekelip mata sahaja. Pasti sakit hati yang terdalam kan? hehehe…

No.4 – Jack Wong. LOSS -$20K

Pada permulaan video beliau menjelaskan mengenai kepentingan utama trading iaitu segalanya ‘bam-bam berlaku dengan pantas..’ Beliau juga menjelaskan kenapa beliau mengambil risiko dan membuat posisi buy dengan pertaruhan besar sebanyak $20k shares kerana datuk beliau memberi nasihat jika mahu menghasilkan wang, adakalanya kita perlu mengambil risiko, dan datuknya itu tidak pernah kerugian.

Skrin komputer tiba-tiba terpadam…dan akhirnya, berlaku kejatuhan mendadak. Ya, benarlah, ‘bam-bam segalanya berlaku pantas.’

Beliau terlalu teruja dan tidak meletakkan stoploss. Paling teruk, modal yang digunakan adalah wang pinjaman dari bapa beliau untuk kegunaan sekolahnya.

Baca >>  DISKAUN ADALAH SEGALANYA

Sah-sah ini kerja GILA.

NO.3 – Metraman 09. LOSS -$40K

Dalam video ini hanya ada paparan saham apple(AAPL) yang dibeli dalam kuantiti yang agak besar. Namun tidak lama kemudian nilainya terus jatuh dan daytrader ini kerugian lebih -$40k dalam masa yang sangat singkat.

Lihat betapa tensionnya beliau kerana melihat wang yang semakin kering disedut terus oleh pasaran. Banyaknya loss tu!

NO.2 – 2minutesport. UNKNOWN LOSS DARI MODAL $10K

Daytrader kali ini menyatakan dalam video bahawa wang modal yang digunakan kali ini adalah wang isteri beliau kerana berpendapat kali ini pasti beliau dapat melakukannya memandangkan sebelum ini sudah kerugian teruk dan hilang semua modal.

Menurut beliau, wang tersebut adalah duit pinjaman.

Kejatuhan demi kejatuhan bermula dari berberapa percent dan akhirnya turun hingga 32% dalam sehari. Tiada cutloss dibuat kerana beliau hanya berpandukan artikel yang dibaca kononnya saham yang dibeli akan naik.

Penting: Jangan pinjam wang untuk trade ya. Bahaya kalau margin call.

NO.1 – AverageTrader. LOSS -$81,600

Mengungguli di tempat pertama adalah trader bertopeng yang kerugian -$81K dalam masa sehari akibat membuat pembelian saham Apple(AAPL). Seseram-seram topeng tersebut, lagi seram kerugiannya.

Beliau mula histeria dan menjerit-jerit apabila berlaku pergerakan berlawanan arah dari yang didagangkan.

Beliau mungkin menjangkakan akan menghasilkan untung sebanyak 14k jika trade ini menjadi. Pada awalnya kelihatan hijau tapi malangnya, dalam sekelip-mata saja ia bertukar menjadi mimpi ngeri.

Menjerit, menangis, muntah.. dahsyat! Tapi sempat pula tu nak edit jangkaan profit kepada $140k jika berhasil? wow.. masih berharap nampaknya.

VIDEO

Jom tonton kesemua kompilasi 5 trader ini di bawah;

P.S: Janganlah menjadi seperti daytrader di atas. Sayangi modal anda, ingatlah masa depan tersayang.

Baca >>  STRATEGI TEKNIK ENTRY PIRAMID

P.S.S: Trading saham, komoditi, forex dan prodak berleverage adalah berisiko tinggi. Sila buat research dan dapatkan nasihat dari pakar berlesen untuk panduan anda buat keputusan. Segala yang dipaparkan adalah untuk hiburan dan pembelajaran semata-mata.

ADMIN
20/06/22

Kredit: JP Media, Google Images

Text-+=
Translate »