
ANALISA GOLD SEPTEMBER 2026 MINGGU KE-2
Gold minggu lepas bergerak seakan roller coaster, turun menjunam kemudian naik tinggi kemudian jatuh semula. Akhirnya selepas NFP, harga naik semula hinggalah sesi penutup Jumaat.
Price masih bergerak dalam structure yang ditandakan sebelum ini, menandakan analisa SNR itu valid dan masih sesuai digunakan untuk panduan entry. Untuk analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-september-2026-minggu-pertama/
Kita mulakan analisa dengan USD index dahulu.
USD INDEX
Kita lihat pada index dollar D1 dahulu.

Di D1 ada candle bounce, breakout keluar dari bounce itu kemudian retest naik dan rejected semula. Ini memberikan petunjuk bahawa dollar dan bearish. Jika trend ini berlanjutan, 97.98 adalah target support untuk price pergi. Ini juga petanda bahawa major pair seperti GBPUSD, EURUSD dan GOLD akan bullish minggu hadapan. Oleh itu plan utama atau strategi untuk gold adalah buy pada minggu hadapan.
XAUUSD D1
Pada timeframe daily, candle terakhir jumaat walaupun bearish namun dari shadow candle kelihatan rejection setelah retest area support. Pada minggu hadapan kita expect akan retest semula low ini dan jika rejected, kita akan entry buy.

Area support tersebut adalah:
- 4417.33
- 4386.08

Plan utama adalah buy oleh itu, tunggu ia turun dahulu dan perhatikan reaksi pada kawasan itu untuk menentukan entry anda. Bagi anda yang mahu entry berdasarkan kaedah SMC pula, anda boleh tunggu break of structure di atas high 4448.91 kemudian ikuti teknik sepenuhnya.
Kaedah SMC akan saya update dalam group telegram seperti biasa.
Sekian dahulu buat artikel kali ini.
ADMIN
06/09/26
