
ANALISA GOLD OKTOBER 2026 MINGGU KE-5
Plan sell gold minggu lepas sukses apabila price retest dan rejected di area upper channel. Price terus trending menurun hinggalah ke 4,000.00.
Analisa minggu lepas >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-oktober-2026-minggu-ke-4/
Untuk minggu ini kita akan lihat adakah trend akan terus turun atau reversal berdasarkan teknikal chart.
XAUUSD H4
Untuk minggu ini paras harga 4K akan menjadi strong support. Jika ia ditembusi dan menjadi resistance, oleh itu kita akan selling lagi. Untuk waktu terdekat kita akan menjangkakan price naik sedikit menuju resistance 4083.22 atau 4114.29 yang terletak berdekatan dengan upper channel.
Untuk seller, sebaiknya fokus sahaja harga tinggi untuk selling. Untuk buyers, boleh ambil risk buying atas 4K.

Gambar: Gold h4
Trend masih respected lagi channel downtrend ini, oleh itu selagi ia ‘bermain’ dalam channel ini, fokus utama adalah sell sahaja. Samada tunggu price/candle ke SBR atau sentuh upper channel sahaja, selagi itu elakkan buying kecuali channel ini ditembusi.
- Untuk buying, last swing low adalah stoploss.
- Untuk seller, last swing high sebelum reversal adalah stoploss anda.
Strong sell adalah jika area 4K ini ditembusi. Oleh itu sila berhati-hari buying tanpa stoploss di area 4K ini. Bulan oktober sudah menghampiri penghujungnya, oleh itu bermacam-macam kemungkinan boleh berlaku.
Jika tidak pasti, elakkan entry. Jika mahu scalping, sila follow channel telegram kami!
Update akan menyusul di telegram…
ADMIN
25/10/26
