Analisa Teknikal Audusd
Analisis teknikal untuk audusd.
Analisa ini bermula dari TF yg lebih besar iaitu W1,D1 dan 4H.
Bermula dari timeframe weekly, kita dapat lihat candle bullish engulfing terbentuk setelah price berjaya breakout dari resistance.
Pada minggu lepas, price telah membuat retracement dan kemudiannya telah naik semula.
Berdasarkan setup fibonacci, price masih lagi menuju ke target 161.8.
timeframe D1 : Price bergerak ranging dan akhirnya naik semula ke resistance.
Jika price berada di atas resistance(breakout), kita akan melihat price akan menuju ke target 161.8 fibonacci extension level.
timeframe 4H : Price semakin menghampiri target 161.8 dan ada kebarangkalian berlakunya false break ataupun bull trap sekiranya price telah mencapai target dan gagal untuk tembusi resistance 161.8 tersebut.
Kesimpulan:
Trend adalah up dan masih menuju ke extension 161.8. Jika price break 161.8 tersebut dan kekal berada di atas iaitu tiadanya tanda-tanda reversal candle pada level tersebut, ini petanda bahawa anda patut elakkan dari sell pair ini. Namun jika terdapatnya reversal candle pada resistance 161.8 tersebut, entry sell akan trigger.
Reversal candle kita boleh rujuk pada TF D1 ataupun TF 4H. Selain itu, kita juga boleh jadikan panduan entry berdasarkan bentuk-bentuk fractal yang terhasil dari susunan candle reversal. sila download sini mengenai fractal.
Bagi yang ingin mempelajari lebih lanjut mengenai strategi fibonacci dan S&R ini bolehlah ke laman ini untuk maklumat lebih lanjut.