Candlestick – Memahami arah pasaran berdasarkan closing candle terakhir
Salam all traders!
Fokus utama artikel kali ini adalah untuk memberi pendedahan serta mengajar anda bagaimana untuk mentafsir secara ringkas dan mudah arah pasaran hanya dengan melihat closing price.
Closing price sebagai petunjuk arah pasaran anda!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sebelum kita lanjutkan topik menarik ini, kita fahamkan apa yang ada dalam stuktur candlestick.
Stuktur dalam candlestick
Candlestick adalah terdiri daripada open, high, low dan close yang membentuk price action. Candlestick mempunyai pelbagai pattern. Opening dan Closing candle mempunyai tafsiran tersendiri.
Opening sebagai permulaan pasaran. Closing adalah penghujung pasaran. Memahami closing price pasaran membantu memahami arah pasaran.
New high adalah dikira berdasarkan situasi candle yang closing lebih tinggi dari candle sebelumnya. New low pula adalah apabila candle berikutnya lebih rendah dari candle sebelumnya.
Timeframe untuk analisa arah(candle terakhir)
Untuk membuat analisa atau mentafsir arah pasaran, sila gunakan timeframe yang besar seperti Monthly, Weekly ataupun Daily.
Jika anda swing trader, bolehlah menggunakan Monthly atau Weekly. Jika anda daytrader, gunakan timeframe Daily(D1).
Timeframe Monthly boleh digunakan untuk mentafsir arah seluruh bulan berdasarkan closing bulan lepas manakala Weekly pula untuk mentafsir arah minggu berikutnya berdasarkan closing minggu sebelumnya.
Sila gunakan candle terakhir bulan lepas(monthly chart) ataupun candle minggu lepas(weekly chart).
Untuk artikel ini fokus kita adalah candle terakhir semalam iaitu di timeframe Daily(D1).
Mentafsir arah pasaran berdasarkan closing candlestick
Saya mengambil contoh timeframe daily. Setiap 1 candle akan merujuk kepada 1 hari. Jadi, dengan menggunakan candlestick kita boleh tafsirkan apa yang berlaku semalam dan apa kesannya pada hari ini.
Candlestick untuk menentukan arah pasaran.
Untuk menentukan arah hanya berpandukan closing candle, anda perlukan candle dalam trending market. Ini bermaksud sila abaikan pair yang berada dalam market sideways.
Candle perlu closing lebih tinggi atau lebih rendah berbanding candle sebelumnya ataupun candle-candle yang terdahulu. Ini bermakna anda melihat pada keadaan market breakout dan membuat new high atau new low.
Gold menunjukan trend menaik dalam sebulan dan trend ini berterusan selama berberapa bulan berikutnya. Bagaimana nak tahu bulan berikutnya naik lagi? Jawapannya adalah pada bulan sebelumnya ia membuat new high! Hinggalah candle reversal pin bar terbentuk, maka berakhirlah uptrend tersebut.
Candle breakout
Untuk breakout, anda boleh rujuk pada body candle sebelumnya. Jika candle berikutnya close lebih tinggi atau lebih rendah berbanding body candle sebelumnya, ikutilah arah itu. Shadow candle juga boleh dijadikan panduan untuk lihat arah pasaran dengan syarat candle breakout mestilah secara jelas close lebih jauh dari shadow atau body candle sebelumnya. Pilih mana yang lebih mudah anda fahami dan sila banyakkan praktis untuk dapatkan kefahaman anda.
Rumusan:
- New high bermaksud trend adalah uptrend
- New low bermaksud trend adalah downtrend
Untuk downtrend – fokus sell sahaja
Untuk uptrend – fokus buy sahaja
Memfokuskan 1 arah entry adalah lebih mudah berbanding buy dan sell. Mudah bukanlah bermaksud mudah profit tetapi ia lebih kepada memudahkan operasi trading anda berbanding hendak tukar-tukar plan kejap buy kejap sell.
Fokus 1 jenis entry juga memudahkan anda mendapatkan entry sebaik mungkin samada sell high atau buy low dan menambah entry(layer) apabila price bergerak lawan arah anda agar mendapatkan entry sebaik mungkin.
Cara entry ini juga dikenali sebagai martingale.
Downtrend:
TAFSIRAN : Harga semalam ditutup lebih rendah berbanding hari ini. Jadi pada hari ini price masih berterusan untuk turun. Candle breakout juga break low pada 2 hari sebelumnya. Ini memberi petanda jelas bahawa trend kuat kepada sell.
Fokus sell sahaja akan membantu anda sukses pada waktu ini. Bayangkan apa jadi jika anda buy?
Uptrend:
TAFSIRAN: di atas adalah contoh candle break yang secara jelas melepasi harga tinggi sebelumnya. Ini memberikan arah kepada uptrend dan fokus adalah buy sahaja. 2 candle selepas candle break ini adalah bearish. Namun walaupun ia membuat penurunan, ia adalah peluang terbaik untuk dapatkan entry buy low setiap kali price turun.
Strategi entry martingale di sini membantu anda mendapatkan entry terbaik semasa market retracement.
Akhir kata
Semoga perkongsian ringkas ini membantu anda memahami bagaimana menggunakan candlestick bukan sekadar untuk mendapatkan entry.
Candlestick juga sesuai digunakan untuk menentukan arah pasaran.
Untuk mempelajari lebih lanjut mengenai strategi entry, bolehlah ke halaman yang ini pula >> https://pullbackforextrading.com/advance-fx-strategy/
Di halaman ini anda akan belajar lebih banyak topik menarik dan paling penting, ianya percuma!
Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama rakan anda.
sekian,
admin
09/06/14
thank you for the information
welcome sir.