NAK BUAT DUIT DARI FOREX TAPI TAK TAHU TRADE? -7 TIPS INI AKAN BANTU ANDA BUAT DUIT WALAUPUN ANDA TIDAK TAHU TRADE
“RAHSIA BUAT DUIT FOREX DIBONGKAR! –7 TIPS INI BANTU ANDA BUAT DUIT WALAUPUN ANDA TIDAK TAHU TRADE.”
Banyak cara untuk buat duit dari forex tanpa trade forex sekalipun! -Dijamin 100%
Salam traders!
Forex adalah perniagaan! Dengan nilai dagangan kini mencecah lebih 5 trillion sehari pada ketika artikel ini ditulis, ianya adalah pasaran kewangan yang terbesar di dunia. Ia bukan sekadar itu sahaja malah ia juga mencipta banyak peluang perniagaan berkembang bersamanya.
Selain trading, ada banyak lagi peluang perniagaan yang boleh diceburi walaupun anda tidak tahu satu apapun mengenai trading ini. Akan tetapi adalah satu bonus jika tahu semuanya, kan?
7 tips berikut akan bantu anda buat duit dari forex walaupun anda tidak tahu trade:
- Affiliate broker
- Introducing Broker(IB) dan Master Introducing Broker(MIB)
- Affiliate education forex
- Copytrading/AutoCopytrade
- USD reseller/Local depositor transfer
- Seminar
- Freelancer
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
#1. AFFILIATE
Menyertai Affiliate adalah cara paling mudah untuk menjana wang melalui forex. Kini hampir semua broker baru menawarkan program affiliate ini secara terus kepada pelanggan mereka dan ianya adalah percuma. Ini adalah kerana ‘kuasa’ pemasaran affiliate ini ternyata banyak membantu broker baru berkembang kerana terdapatnya perkongsian profit yang menguntungkan bagi kedua-dua pihak(win-win situation). Trader boleh jana wang sampingan yang boleh digunakan untuk trade malah boleh dikeluarkan(withdraw) jika mahu.
Program affiliate ini popular kerana broker bukan saja jimat kos pengiklanan malah ia sangat efektif. Dalam ruang cabinet akan disediakan satu pautan kepada laman affiliate di mana pengguna atau trader boleh lihat link affiliate mereka dan boleh mula mempromosikan link itu kepada prospek mereka.
Bagaimana ia berfungsi?
Mendaftarkan client baru tidak akan memberikan komisyen, sebaliknya apabila client tersebut membuat/melakukan trade, di sinilah anda akan terima komisyen tidak kira trade client tersebut untung ataupun rugi. Komisyen yang anda akan terima adalah dalam US Dollar atau USD.
Pengiraan komisyen ini berbeza-beza bagi setiap broker. Ada yang guna pips contohnya jika 0.5 pips komisyen, jika client bawah anda trade 1 lot standard iaitu 10usd/1pips, anda akan dapat komisyen USD5 untuk trade tersebut. Ada juga yang gunakan istilah % dari spread. Contohnya 70% komisyen per-trade.
Semakin ramai client maka semakin banyak jugalah komisyen berbondong-bondong masuk.
Perhatian: Sila rujuk broker tersebut terlebih dahulu untuk maklumat lebih lanjut sebab admin pun pening nak kira. hehehe..
Jana wang dari program affiliate ini terbahagi kepada dua;
- Bina rangkaian trader di bawah akaun affiliate anda
- Buka akaun trading pasangan atau keluarga anda di bawah sendiri
Bina rangkaian
Membina rangkaian adalah sama dengan cara membina rangkaian dalam multi-level-marketing(MLM) di mana anda akan perkenalkan broker yang anda sertai melalui link affiliate yang disediakan oleh broker yang anda wakili kepada rakan-rakan, keluarga dan juga prospek baru.
Mereka akan mendaftar melalui link tersebut dan setelah selesai, mereka ini akan tertera di dalam senarai prospek anda.
Istilah lain affiliate juga adalah partnership..
Buka akaun trading pasangan atau keluarga di bawah link affiliate sendiri
Cara ini adalah yang paling popular di kalangan trader yang ingin membuat ‘extra money.’ Bagi trader yang profitable, ini adalah umpama wang bonus! Bagi yang tidak mahir tidak mengapa, mungkin anda punya rakan atau keluarga yang profitable, anda boleh mengajak mereka untuk ‘bekerja’ untuk anda dengan mendaftarkan akaun trading di bawah affiliate anda. ๐
Ada sesetengah broker tidak mensyaratkan trader itu untuk membuka akaun trading pasangan(isteri/suami) atau keluarga di bawah link sendiri. Setiap trade akan memberikan komisyen kepada anda. Pastikan anda merujuk kepada broker terlebih dahulu kerana ada broker tidak membenarkan hal ini. Akaun anda mungkin akan di’suspend’ dan komisyen mungkin akan dibatalkan.
Mendaftar akaun affiliate ini adalah percuma dan anda akan dibekalkan dengan link affiliate seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini. Ada juga broker yang menyediakan banner dan custom link untuk anda. Setelah mendaftar, anda perlulah verify akaun anda seperti upload dokumen pengenalan dan alamat. Antara fungsi lain cabinet affiliate ini ialah anda untuk melihat komisyen, rangkaian dan lain-lain berkaitan.
Bagi yang pakar dalam pemasaran online, ini pastinya peluang anda untuk menjana wang tanpa modal!
Disebabkan rangkaian trading ini seakan MLM(atau mungkin serupa..) maka komisyen yang anda terima juga adalah berperingkat-peringkat.
1). Contoh di bawah adalah link affiliate yang broker sediakan:
Merasakan link terlalu panjang? Anda boleh pendekkan melalui web ini dan ini.
2). Contoh banner yang disediakan oleh broker:
3). Custom link affiliate:
Komisyen affiliate
Anda boleh jejak perkembangan komisyen anda melalui cabinet yang disedikan. Pendaftaran yang ramai serta akaun client yang aktif akan memungkinkan anda untuk menjana lebih banyak komisyen secara pasif(tidak buat apa-apa, duit tetap masuk).
Akan tetapi nilai komisyen ni berbeza mengikut level client. Sila rujuk broker masing-masing untuk maklumat lanjut.
Melalui cabinet ini anda boleh lihat siapakah yang aktif trading dan siapa tidak aktif. Anda boleh menghubungi mereka melalui maklumat yang tertera dan berikan bantuan jika mereka perlukan.
Di bawah ini antara broker yang menyediakan program affiliate menarik:
Link Partnership MFM Securities : Klik Sini
Link Partnership XM : Klik sini
#2. INTRODUCING BROKER DAN MASTER INTRODUCING BROKER
Lebih kurang seperti affiliate namun menjadi IB mempunyai kelebihan lebih sikit berbanding menjadi affiliater. Menjadi IB bagi sesebuah broker itu mempunyai kelebihan seperti mempunyai trainning centre, local usd reseller dan juga bonus tambahan jika mencapai sales target bulanan. Komisyen IB/MIB juga lebih besar berbanding affiliaters.
IB dan MIB adalah orang tengah antara client dan broker.
IB dan MIB juga bertanggungjawab membantu client sebagai orang tengah untuk menyampaikan permasalahan berkaitan akaun trading, deposit/withdrawal dan juga menyampaikan maklumat-maklumat penting dari broker mengenai seminar ataupun tawaran khas.
Anda mempunyai minat atau berpengetahuan dalam membina network? Anda boleh semak ruangan partnership di website broker mengenai panduan untuk memohon menjadi IB. Nak memohon menjadi IB pada zaman sekarang adalah sangat mudah kerana banyaknya broker-broker baru yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Jika kembali ke tahun mula-mula admin nak menceburi forex iaitu sekitar 2008-2009, syaratnya adalah ketat di mana anda mestilah mempunyai sales puluhan ribu USD sebulan dan paling wajib, rangkaian client yang ramai dari 100 orang hinggalah ribuan orang.
Sales yang dimaksudkan adalah client yang membuat deposit ke live account. IB yang buat sales besar bermaksud mempunya rangkaian yang mempunyai jumlah deposit yang besar/banyak.
#3. AFFILIATE EDUCATION FOREX
Perkembangan pesat perdagangan forex juga secara tidak langsung berkembang jugalah permintaan kepada pembelajaran ilmu-ilmu kewangan dan ilmu analisa teknikal/fundamental.
Banyak pembelajaran ditawarkan dalam bentuk buku fizikal, elektronik(ebook pdf), seminar dan dvd/video yang boleh didapati secara online dan juga offline(kedai buku).
Contoh laman affiliate luar negara, clickbank.com:
Selain menyertai affiliate broker untuk membina rangkaian pelanggan untuk menjana wang komisyen, anda juga boleh menceburi affiliate education forex. Anda akan dibekalkan banner dan link affiliate untuk membuat jualan dan seterusnya menjana komisyen apabila produk terjual.
Banner atau link affiliate jualan boleh dipromosikan di laman sosial atau pada laman website lain.
Komisyen adalah dalam % dari harga produk. Ada yang menawarkan hingga 60% komisyen, maka jika produk bernilai 100USD, 60USD adalah komisyen jualan anda untuk 1 produk itu. Semakin banyak jualan, maka banyaklah komisyen anda.
#4. COPYTRADING/AUTOCOPYTRADE
Copytrading atau Copytrade atau juga nama lainnya Autocopytrade, adalah satu fenomena popular pada zaman ini. Ia mudah dan tidak memerlukan anda untuk tahu banyak dalam trading. Jika perlu, IB broker akan bantu anda buka akaun dan bantu anda untuk membuat deposit. Seterusnya anda hanya perlu cari trader untuk anda follow atau copy.
Dalam copytrade ada yang dipanggil sebagai leader dan ada yang dipanggil sebagai manager. Akaun yang copy(tiru,peniru) pula ada yang dipanggil copier ataupun follower. Istilah ini akan berbeza mengikut broker.
Copytrade ini seakan sama dengan robot trading atau dikenali sebagai EA(expert advisor) namun ia berbeza dari segi cara berfungsi dan keuntungan kerana copytrade ini lebih kepada fund managing oleh manusia dan bukannya automatik trading seperti robot.
Robot(EA) mempunyai kelemahan tersendiri dan berisiko tinggi -sejak ia memerlukan pengetahuan sampingan dalam teknikal trading, maka admin tidak mengesyorkan EA sebagai cara altenatif membuat duit tanpa pengetahuan kukuh mengenai teknikal trading.
PRO DAN CONTRA COPYTRADING
Pro @ Kelebihan:
Trader profitable, anda juga akan profitable. Bagi trader yang sangat bagus dalam pengurusan kewangan dan risiko, anda pasti akan mempunyai kelebihan ‘pelaburan’ yang menguntungkan untuk jangka panjang. Anda tidak perlu membayar mahal-mahal kepada trader ini untuk ‘manage’kan akaun anda kerana profit sharing atau yuran langganan minimum akan dipotong /dikenakan dari keuntungan trade yang dibuat.
Con @ Kekurangan:
Risiko adalah sama seperti trading manual walaupun bukan anda yang trade. Masalah utama adalah apabila trader yang anda follow itu adalah risk taker. Apabila akaun trader itu margin call atau rugi besar, akaun anda juga akan turut rugi sekali. Risk taker ini biasanya hendak cepat menggandakan akaun, mungkin akaun anda juga akan berganda-ganda dalam masa singkat tetapi singkat juga kehilangannya jika trader tersebut membuat kesilapan.
Satu kelebihan yang pasti dari copytrading ini tak lainnya, -wang anda selamat dan tidak akan dilarikan oleh scammer kerana wang anda kekal dalam akaun trading anda dan boleh withdraw bila-bila masa yang anda mahu(asalkan tidak margin call-lah).. Kalau bagi wang dekat orang lain untuk manage, silap-silap habis wang dilarikannya. ๐
Tips jana wang dari copytrading
Tidak dinafikan untuk yang ini anda perlu sedikit pengetahuan mengenai money dan risk management iaitu bagaimana untuk menentukan seseorang itu trader yang ‘selamat’ atau berisiko tinggi. Namun tidak perlu risau kalau tidak tahu mengenai teknikal chart kerana ia tidak berkaitan langung.
Yang pastinya trader terbaik dan selamat itu adalah yang menggunakan Stoploss dan tidak mempunyai Drawdown terlalu tinggi.
#5. CREDIT RESELLER
Credit reseller adalah bermaksud menjual semula USD dalam bentuk credit/wang digital. Credit USD ini kemudiannya akan didepositkan ke dalam akaun trading oleh trader untuk tujuan trading. USD ini akan didapatkan dengan cara dibeli dari penjual(reseller) dari pelbagai latar belakang penyedia. Antara penyedia yang popular di Malaysia adalah Neteller, Perfect Money, Fasapay, dan Skrill.
Istilah lain Reseller adalah Exchanger.
Selain membeli dari laman yang dinyatakan di atas, membeli credit melalui IB juga boleh dibuat. Ia lebih dikenali sebagai local transfer atau local depositor. Pembeli/ trader akan memindahkan wang melalui bank tempatan kepada bank IB kemudian IB akan pindahkan USD ke cabinet ataupun ke akaun trading pembeli/trader tadi.
Urusan yang sama juga dalam proses pengeluaran dana(withdrawal). Akan tetapi undang-undang terkini kerajaan Malaysia(pada tarikh artikel ini ditulis) adalah melarang untuk sebarang kutipan deposit ini. Oleh itu risiko adalah tanggungan sendiri.
Menjana wang melalui credit reseller
Seperti perniagaan lain, jual credit ini juga perlukan modal namun modal tersebut adalah minimum dan anda boleh mulakan di bawah 1K USD @ RM4,300++. Apa yang diperlukan adalah mempunyai akaun di salah satu penyedia yang saya telah sebutkan, verify akaun anda dan anda sudah sedia untuk berniaga.
Urusan jual-beli adalah kepada sesama penyedia sahaja iaitu Neteller jual/beli kepada Neteller, Fasapay kepada Fasapay sahaja.
Cara nak berniaga dan buat untung? anda boleh membeli USD dari mana-mana *penjual yang ingin menjual USD mereka dan anda boleh menjualkannya kepada pembeli lain yang berminat untuk membeli.
*Penjual yang dimaksudkan adalah trader yang ingin ‘mencairkan’ USD mereka kepada ringgit.
Saya berikan contoh jual beli menggunakan Neteller:
- Beli: 1usd = RM4.20
- Jual: 1usd = RM4.30
Note: Rate jual beli akan berbeza mengikut individu.
Senario #1-
Anda beli RM4.20 untuk 1 USD.
Penjual iaitu Encik Thor akan transfer USD ke akaun Neteller anda dan anda akan transfer Ringgit ke local bank penjual tadi iaitu Encik Thor. Contoh, anda beli 1,000 USD dari penjual, maka anda akan transfer RM4,200 ke akaun bank Encik Thor tadi.
Senario #2-
Anda jual RM4.30 untuk 1 USD.
USD1,000 tadi pula akan anda jual kepada pembeli lain, iaitu Encik Loki. Encik Loki akan transfer RM4,300 ke bank tempatan anda berdasarkan rate yang ditetapkan oleh anda.
Dari jual beli di atas dengan En.Thor dan En.Loki, anda untung RM100 hasil dari perbezaan harga beli murah dan jual mahal.
NOTE: Setiap urusan jual-beli akan melibatkan caj dari pihak penyedia. Sila rujuk penyedia masing-masing.
#6. Seminar
Seminar forex tidak semestinya menceritakan mengenai teknik atau strategi trading -ia lebih dari itu. Jika anda seorang yang pakar dalam menyampaikan motivasi mahupun pemasaran, anda juga boleh mengadakan seminar berbayar untuk tujuan ini.
Oleh kerana forex trading ini adalah bidang perniagaan yang luas dan tidak tertumpu pada trading sahaja, ia juga tertumpu pada psikologi/mindset, motivasi dan juga keperluan pengetahuan pemasaran bagi IB/MIB/Affiliaters, maka ini adalah peluang terbaik untuk anda menjana wang!
Ingat, tidak semua trader itu lahir dengan kemahiran psikologi, dan tidak juga semua IB/MIB/Affiliaters itu semestinya tahu mengenai pemasaran(terutamanya yang masih baru), mereka ini akan mencari mentor untuk membantu mereka. Oleh itu mereka ini perlukan kepakaran dan pengetahuan anda.
Seminar ini tidak semestinya mengenai motivasi atau pemasaran sahaja. Ia juga merangkumi bidang lain seperti leadership, team building dan branding(social media).
#7. FREELANCER
Anda punyai pengetahuan mengenai coding/programming? Jika YA, anda boleh jadi freelancer untuk menciptakan robot ataupun indicator khas untuk trader lain. Anda boleh mempromosikan perkhidmatan anda di laman sosial facebook ataupun instagram kerana ramai trader menggunakan platform perkongsian laman sosial ini untuk berkongsi pengalaman, analisa dan trading masing-masing.
Jika tidak pasti bagaimana hendak bermula, anda bolehlah mendaftar sebagai freelancer dari freelancer.com
Memandangkan ini adalah website dari luar negara maka kemungkinan untuk anda dapat client dari luar negara juga tinggi. Jika anda mahu mencuba pasaran tempatan sahaja anda bolehlah cuba promosikan perkhidmatan anda di laman facebook atau instagram anda.
Permintaan pasaran
Ada sesetengah trader mempunyai pengetahuan tertentu dalam trading dan memerlukan programmer untuk ciptakan Expert Advisor(EA) untuk mereka, maka ini peluang anda. Selain EA, ada juga yang ingin mempunyai custom indicator sendiri dengan fungsi yang tersendiri mengikut kefahaman trader tersebut. Antara trading system popular seperti basket trading dan currency strength meter.
Anda boleh caj dari USD50 hingga USD100 untuk 1 EA ataupun indikator yang dihasilkan!
Selain programming untuk EA atau Indikator..
Jika anda mahir dalam bidang lain seperti menghasilkan website, anda juga boleh bekerja sebagai designer untuk website tersebut. Jika anda mahir dalam bidang grafik pula anda boleh hasilkan rekaan grafik bagi mereka yang inginkan rekaan tertentu untuk iklan banner website mahupun profile header facebook page mereka. ๐
Zaman sekarang ni hampir semua IB/MIB/Affiliater mahupun penjual education forex memerlukan pereka grafik dan website untuk memasarkan perkhidmatan mereka -dan ini adalah peluang anda untuk menjana wang dari forex walaupun anda tidak tahu untuk trade!
Kesimpulan
Demikianlah 7 tips bagaimana untuk menjana wang melalui perniagaan FOREX ini. Jika anda merasakan anda boleh memanfaatkan peluang ini apa salahnya mencuba. Siapa tahu kalau anda boleh menjana wang lebih banyak dari salah-satu tips di atas..bahkan lebih banyak dari apa yang dibuat oleh IB mahupun trader yang berpengalaman. ๐ ๐
Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda.
Sekian dari saya.
ADMIN
09/11/17