RELATIVE STRENGTH INDEX
RELATIVE STRENGTH INDEX(RSI)
HIGHLIGHT:
-
RSI REVERSAL
-
RSI UNTUK ANALISA TREND
Relative Strength Index, atau lebih popularnya RSI, adalah indikator yang amat popular dikalangan penganalisa teknikal yang dicipta oleh J.Welles Wilder.
RSI ini hampir sama dengan Stochastic oscillator di mana ia digunakan untuk mengesan kondisi pasaran overbought dan oversold.
RSI REVERSAL
Bacaan RSI ini bermula dari 0 hingga 100. Pada default setting, bacaan 30 adalah oversol dan bacaan pada 70 adalah overbought.
Perhatikan apabila bacaan RSI di atas atau tepat pada 70, price menurun dan apabila bacaan RSI pada 30, price akan menaik.
RSI UNTUK ANALISA TREND
Selain kegunaan untuk mengenal-pasti reversal berdasarkan overbought dan oversold, RSI juga boleh digunakan untuk mengenal-pasti dan menjadi confirmation arah trend pasaran.
Untuk tujuan ini anda hanya perlu tambah level 50 pada RSI anda.
Untuk menggunakan RSI dengan efektif dalam mengenal-pasti trend, gunakan pada timeframe D1 ke atas untuk kenal-pasti trend jangka panjang. Setelah itu anda bolehlah trade trend tersebut di timeframe yang lebih kecil untuk entry pullback.
Sesuatu permulaan perubahan trend adalah apabila RSI mula-mula cross level 50, dan dari situ anda boleh mula trade di permulaan trend.
Rumusan
RSI adalah indikator yang digunakan untuk kenal-pasti reversal trend berdasarkan overbought dan oversold.
RSI juga berfungsi untuk kenal-pasti perubahan trend melalui level 50 iaitu di atas level 50 trend adalah uptrend dan di bawah level 50 adalah downtrend.
ADMIN