STOPLOSS KECIL VS STOPLOSS BESAR – BILA WAKTU SESUAI MENGGUNAKANNYA
Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera kepada semua pembaca, pencari ilmu dan pengkaji ilmu sekalian..
-
Candlestick dan SNR
-
Stoploss besar(protective stoploss)
-
Stoploss kecil
Artikel kali ini saya ingin kongsikan kepada anda mengenai stoploss. Stoploss adalah cara pengkawalan risiko dalam trading bertujuan meng-hadkan risiko yang terdedah semasa live trading.
Umumnya kita mengetahui bahawa FOREX, SAHAM dan KOMODITI adalah perdagangan dan pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Sebagai trader, adalah menjadi kewajiban trader itu mengawal risiko ini agar tidak kerugian melampau.
Berikut saya tuliskan kepada anda dua perkara mengenai stoploss, iaitu stoploss besar dan kecil yang anda perlu ketahui.
Candlestick dan SNR
Candlestick dan SNR adalah dua elemen penting dalam live trading merupakan asas kepada price action trading di mana SNR merupakan harga penting yang menjadi panduan kepada trader untuk kenal-pasti trend, entry dan exit. Manakala candle pula adalah untuk tafsirkan keadaan sesuatu pair dan apa yang berlaku dalam pasaran.
Pembentukan candlestick di sesuatu SNR memberikan tarsiran penting kepada trader.
Baca segala yang anda perlu tahu mengenai SNR di sini.
Berikut ringkasan mengenai candlestick dan SNR.
- Candlestick pattern sebagai cara memahami apa yang berlaku dalam pasaran untuk tentukan reversal dan continuation trend
- Fakta support dan resistance – fungsi support, fungsi resistance dan apabila ia bertukar fungsi SBR dan RBS serta kaitannya dengan candlestick dalam menentukan entry/exit.
- Dengan menggabungkan keduanya trader boleh kenal-pasti kedudukan STOPLOSS serta memahami false break, fakeout dan Stoploss Hunting.
Nota vs Live berbeza
Dalam nota kita diajarkan dan diberikan contoh yang agak sempurna dan mudah difahami tetapi dalam live market ia selalunya berbeza umpama trade demo VS live.
Stoploss hunt
Dalam trading sering berlaku sesuatu yg dipanggil sebagai Stoploss Hunt. Ini bermaksud akan adanya false first signal dan akan adanya 2nd shadow panjang cuba melepasi signal pertama, hit SL dan barulah ia gerak ke arah yang di-trade.
Stoploss hunt juga ada kaitan dengan trend yang belum lagi mahu bergerak ke arah yang trader itu sasarkan. Ada juga yang mengaitkannya dengan kerja kotor broker untuk merugikan trader. Kebenarannya masih dalam perdebatan kerana masih belum ada bukti kukuh mengenainya. Mungkin ia benar?…
Berdasarkan gambar di atas, signal kedua adalah stoploss hunt sedangkan sebenarnya trend bergerak sepertimana signal pertama.
Dua solusi yang anda boleh buat;
- Tiada Stoploss
- Protective Stoploss
Tiada SL mungkin idea bagus tetapi fikirkan, jika ia bergerak ke arah berlawanan dan berterusan seperti dalam gambar di bawah apa akan anda buat? Terus berharap atau…..?
Tiada stoploss bermaksud keseluruhan modal andalah menjadi stoploss. Ingat, orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang kegagalannya.
BACA : 5 TEKNIK STOPLOSS EFEKTIF
Stoploss besar(protective stoploss)
Stoploss besar bukanlah bermaksud anda akan meletakkan stoploss tanpa asas utama seperti meletakkan jumlah stoploss mengikut rasa-rasa atau perasaan anda.
Stoploss besar tidak bermaksud anda akan letakkan secara tetap(fixed) seperti 100 pip, 150 pip atau 200 pip.
Jika SL anda sebesar itu bagaimana pula dengan TP anda? Takkanlah 10 pip pula kan?
BACA : PELAJARI REWARD RATIO
Menetapkan Reward Ratio tanpa fibonacci
Cara menetapkan reward ratio tanpa fibonacci adalah mudah iaitu kenal-pasti berapa nilai stoploss kemudian anda hanya perlu pilih 1:1 atau 1:2.
BACA : FIBONACCI ZIGZAG
Menetapkan Stoploss besar
SL besar ini sebenarnya berkait terus dengan SNR. Bermaksud anda jika menggunakan betul-betul SNR dalam trading, anda tidak mungkin akan letakkan sesuka hati nilai SL anda.
Untuk mengelakkan dari terkejut besar semasa live trading, anda perlu gunakan sepenuhnya fungsi SNR di mana dalam sesuatu trend, pasti akan ada retest level-level SNR ini dan jika anda meletakkan di kedudukan yang salah, trade anda akan stopout awal sebelum trade itu menjadi.
Oleh itu anda perlu letakkan SL yang besar yang terdapat pada waktu itu. Jadi, bukanlah meletakkan nilai SL itu ikut sesuka hati pula.
Berdasarkan gambar di atas, gambaran entry adalah di garisan merah dengan jangkaan bahawa trend akan turun jauh.
Di atas kawasan entry adalah SNR yang menjadi kemungkinan akan berlaku retest sebelum berlakunya kejatuhan. Kawasan SNR ini adalah kawasan kemungkinan akan diletakkan stoploss. Jika gagal tembusi resistance terdekat ini maka price akan jatuh semula. Jika terdapatnya stoploss di kawasan ini, maka SL itu sudah pasti mengena.
Akan tetapi, sila beri perhatian juga pada resistance lain yang terdekat di kawasan itu, kerana break resistance terdekat mungkin menyebabkan price retest ke resistance berikutnya dan jika gagal lagi, maka barulah ia akan turun.
Adakalanya retest ini juga serupa stoploss hunt kerana di kawasan-kawasan SNR inilah terletaknya stoploss trader.
Stoploss hunt ini selain dikaitkan broker bucketshop, ada juga mengaitkannya dengan manipulasi bank.
Mungkin ia logik sebab kita diajarkan untuk trade cara sebegini dan ia juga diketahui oleh trader besar, bagaimana jika mereka manipulasi keadaan ini untuk faedah mereka kerana berdasarkan berita semasa, memang ada bank yang disaman kerana berbuat demikian. KLIK SINI untuk pautan berita.
SL yang selamat
SL yang selamat mungkin perlu jauh sikit dari SNR terdekat dengan candle signal terdekat. Perhatikan SNR yang jauh sikit dari SNR terdekat maka letaklah SL anda di situ.
Jika tiada lagi SNR terdekat kecuali cuma 1 sahaja, pastikan SL anda jauh 10 atau 20 pip dari SNR itu. Pentingnya kedudukan SL yang tepat ini agar tak stopout awal. Lihat di bawah;
Berdasarkan gambar di atas signal kedua terbentuk selepas menyentuh hujung shadow signal pertama. Ia dikira signal kedua apabila ia membentuk morning star dan hasilnya price naik tinggi.
BACA : STRATEGY ENTRY
Stoploss kecil
Anda telah pelajari mengenai SL besar, dan kini anda perlu ketahui kenapa dan bilakah perlu menggunakan SL kecil. Strategi ini sangat penting untuk digabungkan dengan money management untuk hasil maksima.
Anda boleh download ebook percuma money management untuk trading full margin di sini.
Matlamat utama:
- Trade lot besar
- Memastikan akaun mempunyai baki selepas hit SL
- Ingin gandakan akaun dalam masa singkat
Strategy SL kecil ini sering saya gunakan apabila trading modal kecil. Modal kecil, leverage besar dan trade lot yang besar.
Antara perkara penting menggunakan kaedah ini adalah leverage besar, dan modal yang kecil.
Baki akaun selepas SL untuk next round..
Selepas hit SL pastikan akaun mempunyai baki. Baki ini akan digunakan sepenuhnya untuk trade berikutnya.
Trading perlulah maintain agar dapat gandakan akaun dalam masa singkat.
Bila waktu sesuai menggunakan SL kecil?
Elemen-elemen berikut boleh dipertimbangkan untuk kelebihan anda dalam trading.
- Fakeout candle
- Candle selepas SL hunt
- Breakout dan Pullback
Fakeout candle adalah bermaksud false break di sesuatu SNR dan berakhir sebagai signal reversal. Ini petanda jelas bahawa arah tersebutlah yang tepat sebenarnya. Jika menjumpai keadaan ini saya akan entry lot yang besar dan menggunakan SL kecil tanpa mengikuti rule SL besar di atas.
Candle selepas SL Hunt, anda sudah pelajari di bahagian pertama artikel ini mengenai kedudukan SNR yang mungkin akan berlaku retest. Anda boleh manfaatkan keadaan ini dengan membuat entry pada kawasan itu. Akan tetapi anda hanya valid membuat entry ini jika anda dapati berlakunya retest di kawasan itu lalu terbentuknya signal sahaja.
Jika anda dapati signal entry anda adalah candle retest selepas signal pertama, jangan ragu-ragu untuk entry dengan minima SL.
Breakout dan Pullback adalah antara elemen price action yang diajarkan dalam membership premium pullback, adalah antara entry setup kegemaran saya untuk entry lot besar dan stoploss kecil.
Daripada setup ini secara jelas dengan mudah anda boleh menghasilkan keuntungan yang sangat banyak dengan hanya meletakkan risiko yang sangat kecil berdasarkan stoploss anda.
Seperti yang anda lihat, kaedah ini sangatlah high reward dengan anda tak perlu risikokan terlalu banyak pada SL. Apa yang perlu adalah anda kenal-pasti dahulu arah pair itu dan cari setup di atas.
Akhir kata…
Teruskan membuat kajian dan latihan anda untuk strategi ini kerana seringkali trader baru membuat kesilapan dengan mengabaikan hal berkaitan SL ini yang sebenarnya memainkan peranan kritikal dalam live trading kerana trading tanpa SL ini umpama terjun dari udara tanpa payung terjun kemudian mengharapkan landing dengan selamat.
UNTUK BULAN INI SAHAJA: Berminat untuk pelajari lebih lengkap kesemua strategi di atas dan join signal live trade? KLIK SINI untuk menyertai sekarang.
ADMIN
23/06/19
PENAFIAN: Tulisan dan perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis semasa live trading. Oleh itu strategi ini bukanlah teori atau pendapat tetapi ia adalah ilmu yang sudah diuji pada live market sejak 2011 hingga kini. Penulisan ini adalah untuk perkongsian ilmu sahaja dan bukanlah bertujuan sebagai nasihat pelaburan.