[KISAH BENAR] SAYA KENA TIPU OLEH NEWBIE
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada semua pembaca budiman yang saya hormati sekalian..
Penulisan kali ini bukanlah mengenai perkongsian teknik atau strategi tetapi lebih kepada hendak kongsikan perkara yang saya fikir boleh membantu anda membuat penilaian semula tahap penglibatan anda dalam dunia trading ini dan jika anda pembaca yang baru hendak menceburi bidang ini saya minta supaya berfikir sedalamnya sebelum menceburinya agar tidak menjadi seperti individu yang saya bakal ceritakan dalam artikel kali ini.
Pertemuan membawa padah…
Saya bertemu dengan seorang pakcik yang agak newbie(bagi saya lah..) dan agak boleh tahan temberangnya. hehehe.. Saya gelar orang ini sebagai ‘noob trader’ dan saya akan jelaskan dalam artikel ini kenapa saya menggelarnya begitu.
Pertemuan ini sebenarnya diaturkan oleh si trader ini kerana kononnya terdesak perlukan bantuan untuk selesaikan masalah tradingnya… Atas dasar hendak menolong saya pun bersetuju untuk bertemu. Yelah, nampak macam orang banyak masalah, rasa kesian pulak.. lagipun mendesak sangat nak berjumpa, nak juga tahu apa halnya.. Tak sangka pertemuan ini menjadi pertemuan yang akan saya sesali seumur hidup!
Dijadikan cerita saya bertemu dengan si noob trader ini pada jam 9:45 malam disebuah restoran melayu 24 jam yang agak popular di tempat saya dan saya cuba menjadikan pertemuan itu agak santai dan bersahaja agar si trader noob ini tidaklah segan nak berkongsi cerita dan mungkin saya boleh kongsikan teknik saya yang mungkin boleh menyelesaikan masalahnya.
Saya memulakan perbualan dengan bertanyakan mengenai pengalaman si trader noob ini. Dengan nada bangganya dia berkata sudah lebih 5 ke 6 tahun trading tetapi banyak loss dan belum pernah withdraw lagi.
Bangsat…! Saya agak hairan, bagaimana itu boleh jadi pengalaman yang membanggakan pula?… kalau sudah 6 tahun jadi tukang depo dan peng-kaya IB dan Broker apa la dia buat tu? hahahaha.. tergelak saya dalam hati. Dalam hati je lah. Kalau saya ketawa kuat-kuat nanti dia marah pulak…
Dilanjutkan cerita saya pun tanya lagi apa teknik yang dia pakai. Katanya dia guna teknik ‘serabut indikator'(nama teknik dirahsiakan) dan dia kurang faham pasal entry dan exit teknik tu. Saya bengang sekali lagi. Dalam hati saya berkata, ”apa pula nak digunakan teknik macam tu kalau ia lebih kepada membingungkan dan menyusahkan saja? hahaha… lawak la orang ni..” Saya kemudiannya bertanya mengenai waktu entry, adakah dia mempunyai rule tertentu bila nak masuk, katanya tiada. Dia masuk ikut suka dia dan pada bila dia rasa nak masuk. Aduh apa dia fikir ni? Dia fikir ni macam jual pisang gorengkah.?
Kadang saya agak pelik tapi ini bukan benda baru, -trader menggunakan teknik yang dia sendiri tidak faham..mungkin dia cuma terikut-ikut kawan dia. hahaha.. Lawak jenis apakah ini?… Saya cuba membidas mengenai entry sesuka hati itu dengan cuba meminta dia tunjukkan pada waktu bila, tahun bila dan bulan bila akan ada entry sepanjang masa? Senyum-senyum dia geleng kepala dan mengatakan ”tiada pula sepanjang masa akan trending..apatah lagi entry,” Dia tahu bukan sepanjang masa nak entry tapi masih buat-buat bodoh. Takpe, masih awal lagi nak buat kesimpulan mengenai dia.
Saya tanyakan lagi adakah dia sudah kawal MM sebelum entry? Dia dengan semberono dia menjawab, dia suka ‘main besar.’ Katanya high risk high return. Mau cepat grow akaun katanya. Saya tanya berapa besar sudah pernah grow. Dengan sengih-sengih katanya belum pernah, malah lebih cepat MC duluan sebelum grow... Dia kemudiannya ketawa dan saya pun join ketawa.. Saya sebenarnya ketawakan dia cuma dia saja tidak sedar.. hahaha…!
Merasakan cukup mengetahui punca masalahnya, saya pun tanyakan si trader noob ini mengenai naked trading, -candlestick, SNR, trendline dan fibo…?
Dia kemudian mengangguk kata faham. Siap mengajarkan saya lagi mengenai semua topik tu menandakan dia sangat tahu dan faham. Situasi tu bertukar kedudukan seketika seolah-olah sayalah yang cari dia dan belajar dari dia. Kemudian saya tanya lagi, ”tahu tak candlestick pattern?..” Dia menjawab dengan penuh konfiden, “sudah tentulah tahu..“
Saya tanya lagi, “tahu tak macamana nak guna candle-candle tu?” Dia jawab lagi dia tahu sambil bercerita berberapa pattern seperti engulfing, pin bar..inside bar… bercerita macam pro, menandakan dia sudah tahu apa yang saya tahu dan saya tak perlu lagi ajar dia macam budak tadika.
So dari keadaan ini saya fikir baik saya kongsikan terus bagaimana saya menggunakan kesemua tools tersebut mengikut cara saya. Memandangkan tadi dia sudah ‘bersetuju’ bahawa bukan sepanjang masa market ini trending dan ada entry, oleh itu saya pun bagitahu bahawa teknik saya ini agak ambil masa untuk dapatkan entry kerana saya memantau sesuatu price level di timeframe monthly pada Weekly dan Daily. Kadang ada entry, kadang tiada. Dia kemudian menyampuk. “So tiada konsisten la teknik kau ni..?” Panas juga dengar komen dia ni tapi saya cuba cool sambil menjawab, “saya belum habis cerita lagi..”
Belum pun saya sempat habiskan topik itu, si trader noob ini pun tanyakan statement trading pula. Aik…?? WTF ni orang tau…
Cepat pula nak ke situ nampak macam tidak yakin saja. Terkejut saya mendengar pertanyaan itu dan tanpa membuang masa saya pun tunjukkan 2 jenis akaun live; 1 akaun swing slow risk slow return(sudah berusia lebih 2 tahun dengan gain +25%), 1 akaun high risk high return yang sukses(kurang setahun, gain +400%)… SS yang terkini, dan bukannya yang dah lapuk berkarat 5 tahun lepas… tapi malangnya………
Si trader noob ini nampak agak tidak kagum dengan akaun yang slow return tersebut kerana entry yang agak jarang ada, malah pulangan juga agak perlahan dan sikit. Mungkin dia sempat mati dulu sebelum sempat menikmati profit hasil slow gain tu. Ada logiknya juga tu sebab kalaulah dia depo $10 usd, setahun 20% berapa gain lah sangatkan?…. saya kata $10 usd sebab saya nampak akaun live dia cuma berbaki $5 usd sahaja…samada itu baki selepas MC atau itu sahaja dia mampu depo. sorry to say lah..!
Dalam fikiran saya mungkin dia hanya akan kagum kalau akaun yang naik beribu ganda percent dalam masa singkat berbanding akaun yang perlahan tapi bertahan bertahun-tahun. Maklumlah dia kan spesis high risk high return katanya tadi.. puihhh…!
Akaun yang satu lagi, high risk high return, dia nampak seolah-oleh tiada kesan atas alasan yang sama, iaitu ia sama dengan akaun slow gain sebab saya hanya ubah money dan risk management berdasarkan entry setup yang sama. Jika anda kurang faham, saya ringkaskan seperti ini, katalah dalam bulan ini saya cuma boleh dapat 4 entry yang betul-betul high probability, maka akaun slow gain saya akan trade dengan small volume, maka 1 akaun lagi saya akan trade high risk volume atau bahasa popularnya full margin.
Respon spontan dia melihat akaun saya tu macam seolah-olah dia dah biasa buat 1000% gain walhal 100% gain pun tak pernah.
Saya kemudiannya menjelaskan entry-entry yang saya buat dan mengaitkannya dengan strategy yang saya gunakan. Si noob ini kemudiannya nampak agak keboringan, separuh mati menahan menguap dan nampak macam seolah-olah sudah di’tipu’ oleh upline MLM untuk membeli prodak yang dia tidak perlukan. Dia pun mula sibuk bermain handphone dan membuat panggilan yang sebenarnya nampak tak real dan saja dibuat-buat. Dia agak tak memberi tumpuan dengan perbualan dan kelihatan resah macam beruk termakan belacan, kelihatan macam nak larikan diri pun ada, mungkin takut diculik agaknya.. hahaha… Dia lupa yang dialah permulaannya beriya-iya nak jumpa.
Perbualan ini akhirnya segera dihentikan kononnya si noob ini tiba-tiba sibuk dan hendak beredar segera kerana ada hal penting yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya lalu dia pun beredar begitu sahaja dengan penuh tak beradab dan membuang masa saya.
Demikianlah cerita pertemuan tersebut. Berberapa point berikut saya senaraikan untuk renungan bersama;
- Kalau sudah bertahun-tahun scalping tak berkesan, maka itulah tandanya perlu berhenti scalping dan gunakan kaedah swing.
- Kalau slow gain pun susah, jangan mimpi nak faster gain.
- Belajar dulu basic market tapi tahu basic market tak bermakna sudah boleh kuasai teknik indikator.
- Tahu basic trading bukan bermakna anda tahu semuanya dan tak semestinya orang lain yang guna basic tu tak betul, cuma mungkin strategi sahaja berbeza. Fikirkan, jika dia boleh profit dan anda tidak, bukankah jelas disitu ada yang tak kena..??
- 5 tahun atau 10 tahun sekalipun tak menjamin anda tahu semuanya pasal market. Sila berfikiran terbuka untuk kaedah lain jika kaedah yang digunakan itu lebih banyak loss dari untung. Banyak loss sudah tentulah maksudnya tak bagus oi…!
- Anda mampu letak modal banyak mana sekalipun, jika tiada ilmu anda tetap bukan siapa-siapa dan market ini takkan ada belas-kasihan. Anda hanya akan rugi dan terus rugi sampailah tiada lagi wang yang boleh anda depositkan.
- Jangan buang masa orang lain untuk ajar anda kalau anda tiada komitmen dan kesungguhan nak belajar.
- Nak tuntut ilmu perlu adab, dan adab ini boleh dipelajari percuma sahaja. Google pun boleh. Free saja. tak caya?
Akhir kata,
Anda mahu berada lama dalam industri ini, anda perlukan mindset yang betul dan jangan sekali-kali bersandarkan ingin cepat kaya dan mahu jalan mudah untuk semua hal. Ini kerana tiada jalan mudah untuk berjaya kecuali anda hanya bakal menjadi mangsa skim-skim penipuan saja kerana satu-satunya yang menjanjikan benda mudah bulan dan bintang ini hanyalah si penipu sahaja.
Ni belum lagi menyentuh bab-bab rule entry, disiplin dan mindset. Tapi ye la, dari cara dia bercakap nampak sangat bab mindset pun sudah gagal. hahahaha… saya berani kata orang macam ni kalau dia hidup 100 tahun lagi dan jika dia masih dalam bidang ni maka dia akan kekal seperti mana dia sekarang.
alahai tertipunya saya!
sekian,
ADMIN
22/09/19
Penafian: Sesetengah jalan cerita diubah demi menjaga nama baik orang yang terlibat walaupun menyusahkan saya.. hahahaha… Tapi point2 penting tidak diubah agar menjadi pengajaran kita semua.