
ANALISA GOLD FEBUARI 2026 MINGGU KE-1
Gold mencatatkan ATH baharu apabila ia naik tinggi menghampiri 5600.00 dalam sehari namun malangnya dalam masa yang sama juga ia jatuh teruk. Kejatuhan berlaku lagi pada keesokannya iaitu jumaat dan kekal hingga market close.
Pada minggu pertama ini, kita tidak akan cuba meramal atau meneka ke mana ia akan pergi namun kita akan lihat area-area berpotensi untuk ia pullback, seterusnya menjadi potensi entry kita. Analisa sebelum ini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-januari-minggu-ke-4/
Gold kini kembali di bawah 5000.00.
XAUUSD D1
Di timeframe ini kita akan kenalpasti major turning point untuk gold. Saya melihat potensi berdasarkan SND setup yang boleh dilihat dengan nyata di sini.

Area berpotensi untuk buy dip dikenal-pasti di 4596.69. Area SND ini akan menjadi entry point jika terbentuknya rejection. Ia lebih baik sikit jika dibandingkan H4 yang nampak agak banyak area untuk entry namun agak berisiko tinggi untuk stop out andaikata ia tak kukuh.
Memandangkan gold sangat volatile waktu ini, kurangkan entry dan fokuskan 1 atau 2 akan membantu bukan sahaja untuk survive malah elakkan kerugian besar dan emosi semasa trading.
Minggu pertama setiap bulan ada minggu NFP, oleh itu ia sangat berisiko tinggi. Ia mungkin membuat price naik, mungkin turun atau mungkin tak ke mana-mana. Memandangkan major trend masih naik, oleh itu penurunan ini mungkin saja peluang untuk buy dip pada harga termurah dan menguntungkan sekiranya ia kembali rally naik. Oleh itu fokus saya hanya satu, iaitu buy sahaja.
Seperti biasa, update akan menyusul di telegram. Pastikan anda sudah subscribe dan kita jumpa di sana!
ADMIN
01/02/26




