
ANALISA GOLD MINGGU KE-1 JUN 2025
Pada minggu lepas gold bergerak sideways dan plan buy tidak berjaya trigger kerana tak mencukupi syarat. Namun buy pada harga lebih rendah trigger dan sudahpun dikongsikan dalam telegram percuma pullback.
Selepas dari signal entry tersebut, tiada lagi peluang yang memberikan potensi profit selain stopout/hit BE sahaja.
Analisa terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-5-may-2025-kembali-bullish/
Untuk selanjutnya, kita akan lihat apa yang berlaku di D1 dan H4 serta apakah plan yang sesuai menurut situasi ini. Pada minggu hadapan pula adalah minggu pertama setiap bulan di mana data NFP akan dikeluarkan. Ia akan memberi impak kepada matawang yang didagangkan bersama USD termasuklah emas.
Tanpa membuang masa, berikut analisa untuk minggu hadapan.
XAUUSD D1
Berdasarkan D1 kita dapat lihat gold bergerak dalam satu downtrend channel. Ini memberikan petunjuk gold sebenarnya dalam downtrend. Cuma untuk mengukuhkan arahnya, berberapa perkara perlu dipertimbangkan iaitu;

Untuk uptrend:
Perlu break Downtrendline atau upper channel dan juga perlu break dan berada di atas 3327.26. Price juga perlu break atas 3400.00.
Untuk downtrend:
Wajib break major support 3245.76 dan juga EMA50 di Daily. Price juga perlu break dan closed lower di bawah 3200.00.
Selanjutnya kita lihat H4 agar dapat cari mana-mana zon SNR tersembunyi yang mungkin mempengaruhi trade plan minggu hadapan.
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, potensi besar adalah jika price break bawah 3245.76 dan juga 3213.77. Area tambahan ini tidak kelihatan jika dilihat di D1. Berdasarkan tabiat gold sebelum ini, jika kawasan ini tidak berjaya ditembusi, ia akan kembali reversal.

Oleh itu apa yang kita boleh simpulkan di sini adalah, strong selling adalah jika break hidden SNR di 3213.77 dan strong buying jika break 3359.25.
Secara logiknya, sell akan gagal jika price gagal tembusi 3213.77 dan 3245.76, ia adalah kawasan support dan akan terus menyokong uptrend. Maka yang demikian, kita hanya akan fokuskan selling di bawah ini(swing entry) dan selagi tak break, kita hanya akan scalping sahaja di atasnya.
Jika ada tanda-tanda reversal, kita akan dapat lihat bullish candle akan mula bergerak di atas 3245.76.
MINGGU HADAPAN MINGGU HIGH RISK, PERLUKAH MENCARI ENTRY
Pada saya, fokus utama saya adalah sell namun saya perlukan price break dan pullback di bawah paras 3200.00 dan juga 3213.77. Buat masa ini secara keseluruhannya trend bergerak dalam sideways. Sebab itulah agak sukar untuk tentukan plan tetap samada perlu fokus sell sahaja atau buy sahaja.
Dalam satu sudut ia nampak masih uptrend sebab masih ada major support tidak jauh dari price semasa. Namun dari sudut lain pula ia bergerak dalam downtrend channel.
Untuk buy, saya hanya akan utamakan swing buy jika break dan pullback di luar channel dan price close di atas 3359.25.
Kesimpulan
Untuk berdepan dalam situasi ini, adalah lebih baik stay away ataupun ambil pendekatan tunggu dan lihat sahaja. Ia lebih selamat berbanding anda layan perasaan FOMO dan terlalu mencari entry sehingga memaksa apa yang tak sepatutnya.
Apa-apapun jika ada update entry, saya akan update di group telegram. Bagi yang ingin berkomunikasi terus bersama saya, boleh chat dengan saya melalui username @pullbackX di telegram.
Sekian,
ADMIN
01/06/25