ANALISA GOLD MINGGU PERTAMA SEPT 2024
Gold ditutup sideways pada jumaat lepas pada hari terakhir untuk bulan ogos lepas. Kini bulan baharu sudah datang dan candle monthly sudah melengkapkan sifatnya. Untuk keseluruhan bulan lepas, gold ditutup bullish dan ditutup sebagai all time high(ATH) melepasi paras 2500.00.
Secara umumnya trend adalah bullish dan bias juga bullish namun terdapat sedikit cabaran di sini iaitu kita di fasa minggu pertama dan data NFP akan dikeluarkan pada jumaat minggu pertama.
Artikel terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-4-ogos-2024-bullish/
Minggu pertama bukanlah minggu terbaik berdagang kerana berisiko berlakunya fasa permulaan correction lagi-lagi jika candle sebelumnya ditutup lebih tinggi tanpa berlaku lagi correction. Ini bermaksud walaupun bias buy, tapi selling masih boleh berlaku. Waktu terbaik adalah pada minggu kedua kerana minggu pertama sudah tinggalkan clue arah pasaran berdasarkan apa yang berlaku pada minggu pertama tersebut.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Di timeframe daily, kelihatan susunan candle yang menunjukkan trend sideways. Namun ia berada di atas paras 2500.00 menandakan ia masih mencuba untuk naik lagi namun jika gagal dan ia ditutup rendah dari kumpulan candle tersebut maka bull trap akan terbentuk di situ.
Jika gold break 2523.12, maka ada possible ia akan naik lebih tinggi. Target terdekat adalah 2550.00. Jika berjaya melepasi harga ini maka 2600.00 adalah sasaran seterusnya. Sasaran ini adalah berdasarkan angka genap sahaja namun adakah ia akan tepat ke situ atau tak masih bergantung apa yang akan berlaku pada waktu tersebut.
XAUUSD H4
Di H4, harga bergerak sideways di atas 2500.00 memberikan petanda breakout bakal berlaku jika harga keluar dari zon sideways ini.
Jika bear trap terbentuk dengan price break low, entry sell boleh dibuat jika pullback atau rejection candle terbentuk. Area low 2483.00 perlu ditembusi dahulu dan membentuk stuktur downtrend untuk selling itu sah.
Selain itu harga 2500.00 juga adalah sebagai panduan selling jika pullback berlaku di sini sekiranya 2483.00 ditembusi. Target untuk selling ini adalah di 2447.89.
Namun jika price membuat new high lagi, entry buy adalah ketika ia pullback di atas weekly high 2523.12. Bermakna area ini perlu menjadi RBS dahulu untuk ia menjadi panduan buy.
Target adalah di 2550.00 dan 2600.00.
Update akan menyusul di group telegram. Sila klik sini untuk join.
ADMIN
01/09/24
kredit: tradingview