Analisa teknikal GBPUSD 30 julai 2015
Permulaan analisis
Saya akan membuat analisa ini bermula dari timeframe monthly seterusnya weekly, daily dan 4H. Berberapa faktor yang akan menjadi rujukan di sini adalah support resistance dan candlestick reversal pattern. Closing candle pada bulan ini akan menjadi petunjuk arah untuk bulan depan.
Marking
Marking pada major Key S&R adalah pada Monthly dan akan menjadi rujukan pada timeframe yang lebih kecil.
Entry Mengenai Marking : Klik Sini.
Candlestick formation/signal
Candlestick akan dijadikan rujukan untuk membaca clue market berdasarkan reaksi candle pattern pada sesuatu key S&R.
Entry mengenai Candlestick Reversal Pattern : Sila Baca Sini
*Perhatian : Analisa ini hanyalah untuk rujukan semata-mata dan untuk tujuan pembelajaran sahaja.
Bermula pada Monthly timeframe, kita dapat lihat rejection berlaku pada sepanjang bulan ini hingga candle membentuk pin bar, akan tetapi ia hanya akan ‘confirm’ sebagai pin bar dan candle baru akan terbentuk pada 1HB bulan bulan berikutnya(ogos). Berdasarkan candle ini saya tafsirkan trend kemungkinan besar akan naik namun syaratnya mestilah candle bulan depan wajib melimpasi candle bulan ini.
Seterusnya pada timeframe Weekly pula kita dapat lihat di sini kedudukan candle yang agak ranging atau ‘consolidation’ ataupun kita boleh katakan ia sebenarnya dalam keadaan neutral di mana tiada secara jelas dominasi dalam market samada bull atau bear. Price masih lagi berada di atas key level 1.5500 dan trend masih lagi up. Breakout pada luar zon ranging ini akan memberikan clue seterusnya samada buy atau sell.
Timeframe berikutnya adalah Daily(D1) di mana di sini kelihatan rejection pada resistance yang membawa kepada signal sell. Ia secara tidak langsung memberikan petanda bahawa trend akan turun dan akan menguji key level terdekat iaitu 1.5500.
Timeframe H4 akan dijadikan panduan entry. Kriteria entry adalah berdasarkan candle reversal signal. 2 kaedah entry yang kita akan gunakan adalah;
1. Retrace dan Pullback
2. Breakout dan Pullback
Untuk belajar lebih lanjut teknik ini dan menyertai live trade harian, sila klik sini.