FOKUS UTAMA DALAM BULAN JULAI
Bulan lepas saya ada kongsikan mengenai GBPUSD. Bulan ini kita akan followup perkembangan terkini pair ini untuk melihat kemanakah ia akan pergi seterusnya. Satu pair tambahan adalah, USDJPY. Pair ini sangat bullish pada bulan lepas dan mungkinkah bulan ini akan meneruskan pergerakan tersebut?
Post terdahulu : klik sini
Seperti biasa, analisa ini adalah top-down analysis bermula dari Monthly hinggalah D1.
GBPUSD
GBPUSD MONTHLY
Sedikit imbas kembali – GBPUSD break 1.40000 level dan closed di bawahnya. Candle bulan lepas closed sebagai bearish dan hampir melebihi candle bulan sebelumnya. Berdasarkan situasi ini, pair ini dalam keadaan bearish kerana ia telah retrace dari pembukaan harga awal bulan ia telah turun hingga ke harga bukaan bulan lepas.
Dari perbandingan dua candle monthly ini ia memberikan signal kepada selling ataupun U-Turn pasaran dari uptrend kepada downtrend. Akan tetapi major trend masih uptrend lagi dan belum ada tanda-tanda kukuh ia telah pergi ke long term sell. Penurunan ini mungkin akan mencecah ratusan pips dan merupakan peluang terbaik untuk trade bulan ini.
Seterusnya kita pergi ke TF Weekly pula.
GBPUSD WEEKLY
Berdasarkan situasi di Weekly, kita dapat lihat 1 candle bearish engulfing break 1.40000 level diikuti candle retest dan reject dan candle bearish seterusnya.
1.40000 kini menjadi strong resistance level. Retest area ini kemudian jika berlaku pullback – ia adalah petanda baik untuk sell pada bulan ini. Akan tetapi jika break, resistance berikutnya iaitu 1.42000 adalah area penting untuk sell jika terbentuk di situ. Ia juga merupakan harga resistance bulan Jun dan Mei tahun ini.
Candle Weekly minggu lepas bearish namun mempunyai shadow panjang dan closed di atas candle purata 2 minggu sebelumnya. Ini memberikan hint minggu ini ia patut ada kenaikan ataupun retracement. Oleh itu 1.40000 adalah key resistance penting untuk TP area jika buying berlaku minggu ini.
GBPUSD D1(Daily)
Candle D1 pada jumaat lepas(selepas NFP) closed sebagai reversal candle di mana ia hampir break cande sebelumnya. Ini cukup memberikan signal untuk buy pada hari ini(isnin). TP area adalah di 1.40000 dan close manual jika terbentuknya sell signal lebih awal di H4 ataupun H1.
Trading plan
Berdasarkan bulan lepas, plan bulan ini adalah sell. Oleh itu key resistance penting bulan ini ;
- 1.4000
- 1.4192/1.4200
Key Support(menjadi point selling jika break)
- 1.3796
- 1.3700
Invalid sell jika price break dan pullback atas 1.4000 dan 1.42000(uptrend). Jika ia berlaku ini petanda bahawa long term uptrend kembali semula selepas retracement bulan lepas.
Sell juga dikira trigger jika break dan pullback di bawah 1.3700.
USDJPY
USDJPY MONTHLY
Pair ini sangat bullish bulan lepas kerana pullback dari major DTL yang break 3 bulan sebelumnya. Candle bulan lepas meneruskan uptrend selepas candle bulan Mei closed sebagai rejection di atas TL tersebut selepas retest.
Candle bulan lepas ditutup lebih tinggi berbanding candle 3 bulan sebelumnya.
USDJPY WEEKLY
Minggu lepas pair ini berpatah-balik semasa NFP menandakan majoriti trader yang sudah membuat buy sepanjang bulan mula menutup posisi masing-masing. Oleh itu price turun sedikit dan membentuk shadow panjang. Akan tetapi candle 2 minggu terakhir ditutup lebih tinggi berbanding candle pada bulan april iaitu di atas 110.643.
Ini akan menjadi key support penting untuk bulan ini di mana jika price rejected di atas area ini, buy akan dibuat.
USDJPY D1(Daily)
Dua candle terakhir pada jumaat dan khamis minggu lepas memberikan hint dan signal kepada selling untuk minggu ini. Terdapat kemungkinan tinggi area-area major support akan di-retest oleh price dalam bulan ini dan buy akan dibuat jika rejection berlaku di salah-satu area support ini.
3 major support utama iaitu 110.64, 110.47 dan 110.25.
Trading plan
Berdasarkan bulan lepas, plan bulan ini adalah buy. Oleh itu, key support adalah seperti berikut ;
- 110.64
- 110.47
- 110.25
Buy akan dibuat jika berlaku rejection di atas salah-satu level di atas. Invalid buy jika price pullback bawah 110.64 dan 110.47. Area ini jika pullback ia akan membentuk stuktur downtrend.
Akhir kata…
Membuat plan lebih awal akan membantu memudahkan plan sepanjang bulan dan minggu yang mendatang. Cara analisa ini adalah lebih kepada professional trading di mana fokus utama adalah mengurangkan masa di hadapan chart dan juga mengurangkan aktiviti trading yang kerap agar mengurangkan risiko kerugian jangka panjang, memastikan anda dalam mental yang sihat serta konsisten profitable dalam masa yang lama.
Anda berminat untuk belajar teknik analisa seperti ini? Sila join membership di sini.
ADMIN
05/07/21