
APA YANG CIKGU K AJARKAN KEKAL RELEVEN HINGGA HARI INI | SEJARAH NAMA BLOG
Artikel kali ini off-topic sikit dan tak berkenaan dengan analisis ataupun perkongsian strategi. Tapi kali ini saya nak kongsikan sedikit kisah disebalik blog ini, dari mana datangnya nama pullback dan siapa cikgu forex pertama saya. Setiap orang pastinya mempunyai sejarah dan kisah masing-masing, dan ini adalah kisah saya.
Perkenalkan cikgu K(nama dirahsiakan), cikgu forex pertama saya yang mengajarkan teknik price action dan fokus pada satu single pair iaitu EURUSD sahaja. Teknik ini asalnya adalah teknik bounce & breakout, banyak memfokuskan range harian pair eurusd untuk scalping harian dan sudah tentu, untuk jana wang setiap hari bergantung setup itu. Selepas berberapa tahun, saya dapati inilah sebenarnya teknik yang sebetulnya perlu diketahui oleh sesiapa yang ingin menjadi trader forex tanpa perlu lagi mencampur-adukkannya dengan kaedah lain.
Cikgu K ni sangat humble orangnya namun mempunyai skill trading yang boleh tahan walaupun hanya memfokuskan satu single pair sahaja. Dalam seminggu beliau boleh memperoleh keuntungan ribuan, belasan hinggalah puluhan ribu ringgit dengan hanya trading eurusd.
Teknik ini, berdasarkan kajian saya, ia bukanlah originalnya dari cikgu K tapi sebenarnya dari sifu beliau juga yang lebih dikenali dengan nama samaran NN(nama dirahsiakan..hehehe).. Sifu NN ini adalah trader yang menggunakan Elliott Waves sebagai kaedah utama beliau.
Jadi, sifu NN ini dulu terkenal dengan teknik scalping pada pair USDCAD. Pair usdcad dan eurusd ini dua-dua dalam range yang kecil dan sangat bagus dengan teknik bounce breakout ini. Teknik ini telah diperhalusi dan digabungkan lagi dengan teknik teknik yang diajarkan dalam suatu kominiti forex trading yang boleh dikatakan antara terawal juga dalam negara ini(Malaysia). Komuniti tersebut adalah MOCFX. Antara teknik atau kaedah mereka yang popular adalah Minachi, teknik 2, teknik PD dan lain-lain lagi. Khabarnya komuniti ini sudah diwujudkan, kalau tidak silap seawal 2006 atau 2007 lagi. Broker yang mereka bawa adalah Easyforex.
Teknik yang diajarkan cikgu K:
- Bounce dan breakout
- Repeating history price action
- Minachi/martingale
- Pullback entry
- Fibonacci retracement scalping
- Stochastic confirmation
- NFP news trading
- Intraday scalping SNR(M15)
Dulu nak belajar semua ni kena bayar sekitar RM500 ke RM1,500. Tapi saya belajar free saja sebab saya sanggup tempah flight terbang dari tempat saya ke rumah cikgu K di KL. hehehe..!!
Kenapa saya menulis semua ini?
Saya sudah seperti ‘orang lama’ dalam dunia trading ini dan sudah tiba masanya saya berkongsi cerita saya untuk tatapan pembaca baharu dan juga pembaca setia blog saya ini. Dalam artikel ini sedikit sebanyak saya kongsikan pengalaman saya dan apakah asal-usul kenapa teknik yang saya gunakan dan siapakah yang mengajarkan saya.
Saya bukanlah dari background bidang ini, 100% dari belajar sendiri dan dari orang lain. Ilmu boleh dipelajari, yang penting pastikan dari cikgu yang betul, jangan cari jalan mudah dan paling penting betulkan niat dan mindset, inshaAllah pasti boleh.
PERKENALAN
Saya tak pernah ceritakan kisah ini walaupun dalam blog ini, tapi rasanya sudah sampai masanya saya menceritakan kisah saya dan bagaimana saya bermula dalam dunia trading ini. Saya sudah mulai kenal trading ini sejak 2007 dan 2008 lagi tetapi bukanlah melalui seminar atau kelas, tapi selepas berjumpa berberapa orang scammer di Sabah yang mengaku sudah membuat untung puluhan ribu. hahaha… namun sebenarnya mereka ini terlibat dengan skim-skim pelaburan dan ada di antaranya hanyalah ejen kutip duit sahaja. Dalam negara kita, kutip duit pelaburan atau deposit ini adalah salah disisi undang-undang. haha.. Pada tahun yang sama, teknik indikator kuasaforex juga terkenal di kalangan trader-trader tempatan.
Di pendekkan cerita, masuk tahun 2010, saya kenal cikgu K melalui laman sosial facebook dan beliau menawarkan kelas personal kepada saya. Saya dijemput untuk bertemu di rumah beliau untuk belajar secara face to face. Yuran saya bayar dan dikembalikan semula oleh Cikgu K di rumah beliau. Sebenarnya duit untung beliau lebih banyak, oleh itu tiada keperluan untuk ambil yuran kelas lagi. 🙂
Di situ(rumah beliau) saya berpeluang untuk belajar sendiri bagaimana beliau trade dan membuat untung. Juga dalam masa yang sama bagaimana untuk buat risk management dan kenapa hanya memilih satu single pair. Teringat waktu tu cikgu K menunjukkan wang berberapa ikat wang tunai yang agak tebal dan hanya disimpan di rumah. Cikgu K juga trading hanya berbekalkan laptop dan hanya duduk santai diruang tamu dan sekali sekala mengajak saya keluar bersama keluarga beliau untuk pergi makan. Pada waktu itu, saya masih lagi bujang.
Tagline cikgu, “sekali imbas, sudah tahu jantan betina ikan dalam air.” Sebenarnya cikgu merujuk kepada sekali kita melihat chart, kita sudah tahu plan dan selok belok yang kita perlu buat. Berdasarkan apa yang saya tahu hari ini, ini adalah merujuk kepada money dan risk management untuk sesuatu setup kerana berdasarkan stuktur trend itu, kita boleh tahu sebenarnya kita di mana dalam trend itu.
NAMA BLOG INI ADALAH DARI TEKNIK ENTRY YANG DIAJARKAN
Bagi yang pernah terfikir atau tertanya-tanya kenapa nama blog ini ‘pullbackforextrading’ dan kenapa adanya perkataan ‘pullback’ itu sendiri, jawapannya adalah kerana entry pullback adalah entry yang cikgu K ajarkan kepada saya. Teknik entry pada retracement selalu cikgu K sebut sebagai pullback.
Pada 2012, saya bercadang untuk membeli domain untuk setup sebuah website untuk sharing teknik dan signal, maka idea mengenai nama pullback forex trading itu pun muncul dalam kepala dan saya jadikan nama kepada blog ini. Oleh itu lahirlah pullbackforextrading.com sebagai nama domain blog atau website ini.
Yup, nama blog ini sebenarnya didedikasikan dari ilmu pertama yang saya pelajari. 🙂
RELEVEN KE HARI INI
Teknik yang cikgu K ajarkan adalah 100% price action dan keutamaan beliau adalah naked chart. Oleh itu ia kekal releven ke hari ini. Berbanding sesetengah teknik indikator, kaedah bounce dan breakout adalah price action sebenar yang saya percaya tidak mungkin boleh digantikan dengan sesuatu yang lain. Price akan bertindak balas di sesuatu SNR, maka bounce dan breakout ini pasti akan berlaku, dan sejarah pergerakan akan berulang. Bounce bermaksud gagal menembusinya, dan breakout bermaksud berjaya menembusinya. Bounce bermaksud sesuatu SNR itu kuat dan breakout bermaksud momentum pergerakan price telah berjaya menembusi kawasan SNR kuat itu.
Area bounce ini menandakan ia SNR valid dan menjadi trade setup apabila price ke area itu. Hanya dengan memantau area ini sahaja kita sudah tahu apa plan yang hendak dibuat nanti.

Kaedah minachi pula atau entry martingale adalah kaedah yang popular dan masih digunakan hingga ke hari ini. Namun kaedah ini saya jarang gunakan memandangkan saya kini lebih kepada day trading dan bukan scalping, oleh itu saya tak menggunakan kaedah asal, sebaliknya hanya mengubah stuktur money managementnya sahaja.
Teknik lain bukanlah tidak releven, tapi ia tak konsisten dengan kondisi market yang berubah-ubah ni. Tapi yang kekal releven adalah price action kerana ia menggambarkan apa yang berlaku dalam market. Indikator pula hanya reflect apa yang sedang berlaku dan menghasilkan signal. Salah faham mengenai indikator teknikal pada saya adalah punca kenapa ia tak releven dan bukanlah indi itu sendiri. Belajar price action ini umpama kita belajar membina enjin kereta kita berbanding kita belajar menggunakan enjin yang siap dipasang.
Cikgu K banyak ajarkan tentang sejarah selalu berulang, ini sebenarnya selari dengan sikap manusia yang suka mengulang-ulang tabiat, oleh itu sesuatu sejarah memang akan berulang dan dalam chart, kita akan biasa melihat sesuatu pola atau pattern akan berulang-ulang seperti head and shoulder, double top/bottom, rejection di sesuatu support dan resistance.. Semua ini adalah pegulangan sejarah. Tapi apa yang cikgu K ajar sedikit berbeza iaitu pengulangan sejarah berdasarkan tabiat atau pattern-pattern terdahulu iaitu kembali ke tahun-tahun sebelumnya.
Bounce dan breakout pula adalah reaksi price action di sesuatu snr level yang berkaitan terus dengan sejarah lalu di snr itu. Saya masih ingat, cikgu K cakap, semakin kerap price bounce di sesuatu SNR itu dan jika break, itulah kekuatan trend waktu itu. Inilah yang dikatakan, sekali imbas sudah tahu jantan betina ikan dalam air. Sekali imbas, tahu sudah di mana area-area penting price action dan apa yang perlu dibuat. Jika tembus sesuatu support dan resistance apa yang akan berlaku dan apa yang perlu dibuat.
Saya akan ulas lebih lanjut lagi teknik-teknik yang diajarkan ini di artikel akan datang.
TERIMA KASIH CIKGU!
Terima kasih cikgu kerana ilmu yang diajarkan menjadi pelita yang menerangi sepanjang perjanan kerjaya saya sebagai trader. Walaupun hari ini kita sudah tidak bertegur kerana konflik terdahulu, tapi saya sentiasa doakan kejayaan dan kebahagiaan cikgu dan keluarga cikgu selalu.
Jujurnya hingga hari ini kami sudah tidak lagi berhubung dan jauh sekali untuk bercakap. Kenangan lalu hanya menjadi sejarah namun kebaikan cikgu dan keikhlasan cikgu akan saya kenang sampai bila-bila.
Andaikata cikgu menjumpai blog ini, saya cuma ingin katakan, terima kasih, ilmu cikgu releven sampai hari ini(inshaAllah juga sampai bila-bila!) dan sangat banyak memudahkan trading saya.
Sehingga berjumpa di artikel berikutnya!
PS: Ilmu cikgu saya tetap gunakan, namun seperti orang lain, saya juga gabungkannya dengan strategi lain, dari cikgu yang lain pulak, sesuai dengan personaliti saya. hihihi…
ADMIN
25/02/25