AUDUSD bearish! Key support 0.7678 sebagai hala-tuju?
Salam traders!
Sekarang kita menyaksikan AUDUSD berlegar-legar di atas RBS area(resistance become support) setelah membuat breakout pada bulan julai 2017. Ia seakan memberikan petunjuk bahawa pair ini hendak naik lebih tinggi namun setelah uptrend lebih kurang 2 bulan lebih, akhirnya ia mula menurun dan pada minggu ini kita dapat lihat ia berterusan downtrend setelah berada di bawah SnR 0.78814.
AUDUSD jatuh lebih 160 pips dari 0.7881 dan kini kelihatan hendak menguji semula RBS 0.7678. Next clue arah trend bergantung pada dua kritikal level ini iaitu 0.7737 dan 0.7678
Buy trade?
SITUASI 1 – MEDIUM TERM ANALYSIS DAILY – Kita boleh melihat potensi buy berdasarkan daily chart esok(khamis) ataupun jumaat.
Jika rejected pada 0.7737 dan candle rejection pin bar terbentuk, maka khamis kemungkinan besar akan mula uptrend dan price mungkin tidak akan turun ke 0.7678. Tetapi jika hari ini(rabu), price terus turun ke 0.7678 tetapi candle esoknya closed sebagai rejection(akan dilihat pada jumaat) maka kenaikan akan berlaku jumaat ini.
SITUASI 2 – LONG TERM ANALYSIS WEEKLY – Berdasarkan gambar di atas saya merumuskan bahawa, untuk buy, price perlulah berada di #1 iaitu break semula di atas 0.7737. Untuk buy trade, seeloknya terbentuk rejection candle atau reversal candle buy di timeframe weekly ataupun daily.
>>> Open Live Account <<<
Untuk situasi ini saya percaya price akan sedikit sideways/bounce di kawasan 0.7737 ataupun 0.7678. Ini mungkin perlukan 2 minggu untuk membentuk signal jika dilihat pada weekly chart. Jadi bermaksud jika betul hendak naik, kita akan melihat trend buy akan berlaku pada 05 november 2017.
Sell trade?
Trade buy adalah invalid sekiranya price terus menjunam di bawah 0.7678 kemudian membentuk pullback pattern. Price atau candle wajib closed di bawah #2 dalam gambar iaitu di bawah 0.7678
Ringkasan
Trading pair yang sedang menguji semula broken snr ni agak mencabar sedikit. Oleh itu merujuk pada timeframe lebih besar adalah digalakkan agar tidak terkena pada false signal atau false break. Ini mungkin akan merugikan modal anda.
Bagi yang ingin belajar lebih lanjut bolehlah login ke membership area untuk belajar kaedah marking SnR dan Price action untuk rujukan kepada entry point trade ini.
MEMBER’S AREA LOGIN – Klik Sini
ADMIN
25/10/17