
Bagaimana Ingin Jadikan Klien Anda Sumber Pendapatan Jangka Panjang?
Dalam dunia dagangan, ramai yang beranggapan kejayaan sebagai Introducing Broker (IB) bergantung kepada bilangan klien yang berjaya didaftarkan. Realitinya, pendapatan sebenar datang daripada klien yang terus aktif berdagang.
Sebagai IB, peranan anda bukan sekadar menarik klien baharu, tetapi juga memastikan mereka kekal aktif dan setia berdagang. Lagi lama mereka berdagang, lebih tinggi komisen yang anda akan terima.
Jadi, bagaimana anda boleh mengekalkan klien dan menjadikan mereka sebagai sumber pendapatan jangka panjang? Jom ketahui strategi yang anda boleh lakukan!
Dalam artikel ini kita akan pelajari:
- Langkah untuk Tingkatkan Prestasi Affiliate Anda
- Promosi Level Up yang luar biasa
Langkah untuk Tingkatkan Prestasi Affiliate Anda
1. Fokus kepada Klien Berkualiti
Meningkatkan jumlah pendaftaran adalah penting, tetapi lebih penting untuk mengutamakan kualiti klien. Sebagai affiliate, semestinya anda tidak mahu klien yang hanya mendaftar untuk mendapatkan bonus, kemudian berhenti selepas beberapa dagangan.
Jadi, untuk memastikan klien sentiasa berkualiti dan “up-to-date”, kongsikan kandungan bermanfaat seperti panduan dagangan dan analisis pasaran, serta tonjolkan kelebihan platform seperti spread rendah, pelaksanaan pantas dan sokongan efisien untuk memberi semangat kepada klien anda.
2. Manfaatkan Promosi yang Ditawarkan oleh Broker
Sebagai pedagang, semestinya mereka akan menghargai promosi yang menarik. Jika broker anda sering mengadakan promosi yang menarik, inilah peluang anda untuk mengajak mereka sertai dan memanfaatkan peluang dalam promosi-promosi ini! Contohnya seperti XM yang sentiasa menawarkan promosi luar biasa.
3. Berikan Sokongan Berterusan
Hubungan baik yang berterusan dengan klien bukan sahaja meningkatkan kesetiaan, malah membantu mereka berkembang dalam dagangan — dan secara tidak langsung, meningkatkan pendapatan anda.
Contoh sokongan yang boleh diberikan:
- Gunakan saluran seperti Telegram atau WhatsApp untuk berkongsi analisis harian dan tips dagangan.
- Tawarkan kandungan istimewa seperti strategi ringkas, analisis mingguan atau panduan pengurusan risiko.
- Anjurkan sesi Q&A atau webinar peribadi untuk memberi ruang kepada klien anda bertanya soalan, berinteraksi dan membina keyakinan dalam dagangan.
Promosi Level Up yang Luar Biasa!
Jika anda masih mencari cara untuk tingkatkan prestasi afiliasi anda, ini masa terbaik untuk anda bertindak! Kini XM muncul dengan Promosi Level Up khas untuk Rakan Niaga XM yang menawarkan hadiah tunai sehingga $10,000 bermula 4 mac hingga 30 April ini sahaja!
Bagaimana ia berfungsi?
- Rujuk klien baharu dari Malaysia.
- Galakkan klien anda berdagang untuk kumpul Lots Points.
Anda akan mendapat ganjaran tunai mengikut tahap yang dicapai—dan setiap peserta yang capai sasaran akan menang! Tidak ada had pemenang – semua yang capai sasaran akan menerima hadiah masing-masing.
Jom ‘Level Up’ Permainan Afiliasi Anda!
Affiliate yang berjaya bukan sekadar hebat menarik klien, tetapi bijak mengekalkan klien yang kekal aktif dan setia. Dengan strategi yang konsisten dan promosi yang menarik, anda bukan sahaja dapat menjana pendapatan tetap — malah membina komuniti dagangan yang berjaya.
Jadi, jom ‘Level Up’ strategi anda hari ini dan cipta sumber pendapatan jangka panjang yang lebih stabil!
#XM #XMMalaysia #LevelUpPromo #No1Choice #15YearsXM