BAGAIMANA JIKA GABUNGKAN TRENDLINE DENGAN FRACTALS
Trendline adalah salah satu tools analisa teknikal yang penting dan digunapakai oleh professional trader seluruh dunia. Namun menyambungkan trendline mungkin agak sukar bagi pemula yang baru nak mengkaji dan mencuba kaedah ini. Penyambungan trendline yang betul adalah penting bagi memastikan keberkesanan penggunaannya.
Oleh itu penggunaan trendline ini sangat perlukan anda untuk kenalpasti di manakah poin-poin sambungan tersebut.
Dalam artikel kali ini saya akan tunjukkan bagaimana indikator fractal boleh membantu anda mencari dan membuat sambungan trendline tersebut. Saya juga akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk melukis channel dan bagaimana menyambungkan fractal tersebut.
Hasil dari pembelajaran ini adalah anda akan faham bagaimana untuk aplikasikan kaedah ini dan seterusnya membantu anda untuk memasuki pasaran dengan lebih baik.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Indikator Fractals
Indikator ini adalah salah-satu siri indikator yang dibina oleh Bill Williams untuk menganalisa pasaran berdasarkan pola-pola bentuk tertentu berdasarkan 5 susunan candle di mana candle di tengah melebihi dua candle sebelum dan selepasnya.
Fractal akan muncul pada candle ditengah-tengah tersebut.
Dalam sesuatu trend, akan lebih banyak fractal terbentuk. Ia dalam keadaan trend menaik dan juga menurun. Melalui fractal ini, trendline boleh disambungkan.
Fractal adalah untuk breakout trend di mana candle yang melepasi fractal sebelumnya dikira sebagai suatu breakout dan juga entry(dalam keadaan tertentu).
Fractal breakout strategy
Entry point adalah berdasarkan breakout fractal up dan fractal down. Untuk buy, candle perlu break fractal up manakala untuk sell candle perlu break fractal down.
Signal buying – terbentuk apabila candle break up fractal dan close di atasnya. Candle break sah jika candle tersebut close di luar fractal. Entry akan dibuat pada candle selepas candle break.
Signal selling – terbentuk apabila candle break down fractal dan close di bawahnya. Candle entry adalah candle selepas candle break.
Trendline(TL)
Trendline akan disambungkan berdasarkan fractal-fractal yang terbentuk ini. Melalui cara ini kita hanya akan melihat sambungan yang perlu sahaja memandakan terlalu banyak poin yang boleh disambungkan trendline tersebut, oleh itu kita akan filter semuanya melalui fractal ini dan hanya fokuskan pada candle-candle yang terbentuk fractal sahaja.
TL dan Fractal(sambungan)
Sambungan adalah berdasarkan rule asal trendline iaitu untuk uptrend dari point low kepada high manakala untuk downtrend dari high kepada low.
TL Fractal channel
Dalam situasi market trending, anda boleh gunakan fractal yang sedia terbentuk untuk melukis channel.
Kedudukan fractal pada candle tertinggi dan terendah dapat dijadikan panduan untuk menyambungkan atau melukis trendline.
Penambungan trend untuk downtrend lebih mudah dengan adanya fractal.
Strategy TL Fractal Breakout
Keliru sambungan mana nak guna? Boleh rujuk pada fractal yang terbentuk. Entry boleh dibuat jika breakout berlaku.
Confirmation kedua
Break TL sebagai confirmation pertama, break fractal pula boleh jadi confirmation kedua anda.
Bagaimana untuk lihat confirmation kedua?
Sila baca semula panduan yang saya tulis di atas mengenai rule entry fractal breakout.
Jika anda mahu entry lebih confident bolehlah melihat confirmation kedua untuk entry. Market ini umumnya tidak akan terus menerus rally macam kereta lumba jika waktu tersebut tiada news release. Ia akan bounce dahulu selepas breakout kemudian barulah meneruskan trend baru tersebut.
Lihat contoh buy pula;
Sambungan TL dibuat pada up fractal yang terbentuk dalam structure downtrend. Breakout berlaku kemudian confirmation kedua juga berlaku.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, market akan bounce dahulu sebelum ia meneruskan perjalanan. Bagi trader yang sangat berhati-hati dalam membuat entry, teknik confirmation kedua sangat sesuai untuk anda.
Timeframe(TF)
Anda sudah mengetahui kaedah ini namun persoalan yang timbul adalah….TF apakah yang sesuai??
Jawapannya mudah – ia boleh dibuat pada semua timeframe asalkan anda tahu apa yang anda buat. Bagi yang belum mahir membaca trend, disarankan bermula pada timeframe besar dahulu.
Permulaan analisis?
Major TF yang anda akan jadikan rujukan permulaan analisis atau trend adalah di TF Weekly. Langkah seterusnya adalah membuka TF yang lebih rendah untuk ulang proses melukis TL.
Anda boleh gunakan secara terus pada timefram pilihan anda seperti H1 ataupun H4.
Beza TF kecil dan besar
Fractal tidak banyak terbentuk di TF besar berbanding TF kecil., Oleh itu ia akan memudahkan anda untuk mencari sambungan trendline dan juga fractal.
Menggunakan TL+Fractal untuk Trend Following System
Untuk kaedah ini, first sekali anda perlu kenal-pasti dahulu overall trend di major TF seperti D1. Seterusnya cari trend retracement, sambungkan TL ikut fractal dan entry jika breakout berlaku.
Kaedah ringkas kenalpasti trend adalah berdasarkan TL breakout. Untuk ini anda akan melakukan kaedah berulang, iaitu, sepertimana anda gunakan di TF D1, anda juga akan gunakan kaedah berulang di TF lebih kecil.
Saya bagi contoh untuk TF D1 dan H4.
TF D1 akan bagi arah trend, dan H4 kita akan ikuti trend tersebut.
GBPAUD D1:
Downtrendline break, oleh itu trend adalah bullish/uptrend. Untuk buy anda perlu kaedah sama berlaku atau terbentuk. Lihat contoh di bawah;
Step berikutnya adalah, kita ulang perkara yang sama iaitu H4 perlu breakout pula lagi.
GBPAUD H4:
Di H4 kita hanya perlu tunggu proses yang sama berlaku dan entry apabila kesemua syarat entry dipenuhi. Simple bukan?
GBPCAD D1:
Pada TF D1 uptrendline sudah break, ini petanda trend sudah berubah kepada bearish/downtrend. Oleh itu di H4 cari proses yang sama untuk mencari entry sell.
Di H4 proses yang sama iaitu menyambungkan TL dengan fractal untuk dapatkan potensi entry. Jika break maka entry anda sudah trigger.
Adakah boleh jika gunakan di H1 atau yang lebih rendah?
Jawapannya boleh tetapi anda mungkin akan berdepan dengan false breakout. Berbeza dengan H4, anda mungkin akan berjumpa dengan false break tetapi tidaklah sekerap di H1 dan ke bawah. Ini bermakna dari 10 trade mungkin ada 2 atau 3 sahaja loss.
Jika di H1 dan ke bawah, anda mungkin mendapat sehingga 15 ke 20 entry tetapi risiko false break juga akan lebih banyak.
Buat backtest anda
Strategi ini sudah anda ketahui, oleh itu kini sudah menjadi keperluan anda untuk backtest dan uji kaedah ini berdasarkan data-data lepas.
Tujuan backtest tu janganlah untuk cari holy grail supaya anda boleh entry setiap hari, semua win no loss. Ini kerana anda hanya akan jumpainya di demo account sahaja dan bukannya pada real-live trading.
Sampaikanlah ilmu ini
Adalah rugi jika anda tahu tapi tak menyampaikan kepada orang lain. Saya yakin ilmu ini akan berkembang dan akan menjadi lebih baik selagi mana ia dikongsikan…atau sekurang-kurangnya pun anda akan mendapat kebaikan kerana menyampaikan ilmu pengetahuan ini.
Okey lah, sampai di sini dahulu.
Credit: google images, istockphoto, tradingview
ADMIN
03/03/23
2 Replies to “BAGAIMANA JIKA GABUNGKAN TRENDLINE DENGAN FRACTALS”
Comments are closed.