Belajar dan Berdagang: Apa yang Perlu Anda Ketahui Sebelum Mula Berdagang
Dunia dagangan sangat kompleks dan penuh dengan cabaran. Oleh itu, sangat penting untuk sentiasa mencari ilmu pengetahuan dan kefahaman yang kukuh tentang prinsip, konsep dan cara untuk berdagang dengan tepat sebelum mula berdagang.
Terdapat pelbagai risiko yang boleh dialami oleh pedagang jika tidak mempunyai pemahaman yang kukuh sebelum bermula. Contohnya, pedagang berisiko untuk kehilangan wang yang digunakan untuk melabur. Lebih merisaukan jika wang yang digunakan merupakan wang yang disimpan dalam masa yang lama sebagai tabung kecemasan dan akibat tidak mempunyai ilmu yang cukup, wang simpanan ini boleh hilang sekelip mata. Oleh itu, sangat penting untuk mendapatkan ilmu dagangan yang berkualiti dan dari sumber yang dipercayai supaya masalah yang tidak diingini tidak berlaku pada masa akan datang
Teknik Asas yang Perlu Diketahui
Terdapat pelbagai maklumat penting yang wajib diketahui oleh para pedagang, terutamanya kepada pedagang yang baru ingin bermula. Contoh-contoh teknik asas tersebut adalah:
- Analisis Asas
Analisis asas adalah teknik yang diperlukan untuk meneliti faktor ekonomi, kewangan dan politik yang dapat memberi kesan kepada harga pasaran. Contoh aspek-aspek asas ini adalah seperti kadar faedah, inflasi, pertumbuhan ekonomi, peristiwa politik dan lain-lain lagi. Teknik ini sangat penting untuk membantu pedagang mengetahui arah potensi pergerakan harga pasaran.
- Analisis Teknikal
Analisis teknikal adalah salah satu teknik yang turut diperlukan supaya pedagang dapat membaca dan memahami carta harga pasaran. Dengan analisis teknikal, pedagang dapat merancang strategi dan memahami trend carta dengan lebih baik berdasarkan carta pergerakan harga pasaran.
- Pengurusan Risiko
Seperti yang diketahui, dunia dagangan penuh dengan risiko dan cabaran. Oleh itu, penting untuk pedagang mempunyai teknik pengurusan risiko dengan baik untuk mengurangkan impak negatif. Contoh teknik pengurusan risiko termasuk mengetahui cara untuk meletakkan paras harga untuk Stop Loss (SL) dan Take Profit (TP) dengan betul.
- Strategi Dagangan
Untuk memastikan dagangan yang berkesan, pedagang perlu mempunyai strategi dagangan yang teliti dan bijak. Strategi dagangan termasuk mengetahui masa yang betul untuk membuka posisi membeli dan menjual. Dengan adanya strategi dagangan, pedagang boleh mengurangkan risiko sekaligus dapat membuat dagangan yang menguntungkan.
Berdasarkan teknik-teknik asas yang dibincangkan ini, boleh dinyatakan bahawa pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dalam dunia dagangan. Namun, penting untuk memastikan maklumat yang diperolehi dari sumber yang sahih dan diyakini. Salah satu cara untuk mendapatkan maklumat yang tepat ini adalah menerusi broker dagangan yang menyediakan ruang pendidikan.
Platform Dagangan yang Menyediakan Pendidikan
Terdapat banyak platform dagangan atau broker yang tersedia di laman sesawang. Akan tetapi tidak banyak broker yang mementingkan pendidikan kepada para pelanggan mereka. Salah satu broker yang disyorkan dengan pendidikan secara percuma dan tanpa had adalah XM menerusi Ruang Lanjutan Melayu
Ruang Lanjutan Melayu XM
XM merupakan broker yang sangat komited dalam memberi pendidikan terbaik kepada para pelanggan mereka. Ruang Lanjutan Melayu ini membolehkan para pelanggan XM mengikuti perbincangan instruktor-instruktor pakar mengenai topik dagangan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 1PM ke 9PM secara langsung di laman rasmi XM. Berikut merupakan kelebihan Ruang Lanjutan Melayu ini:
- Menampilkan instruktor-instruktor dari latar belakang yang hebat seperti instruktor pakar, Zulle Razak dan instruktor Tradepedia, Imran Zailani.
- Diberi pendedahan yang mendalam mengenai topik-topik dagangan secara langsung.
- Berpeluang untuk berkomunikasi dan bertanya secara langsung kepada instruktor-instruktor jika terdapat kekeliruan.
- Belajar mengenai konsep penting dalam dagangan termasuk asas dagangan, analisis teknikal dan banyak lagi.
- Mendapat tip-tip yang bermanfaat untuk membantu pedagang dalam merancang strategi dagangan akan datang.
- Disediakan khas secara percuma dan tanpa had kepada semua pelanggan XM.
Dengan mengikuti e-pendidikan XM ini, pelanggan dapat mengukuhkan lagi pemahaman dan mengurus strategi dagangan dengan lebih bijak pada masa akan datang.
Mula dengan Akaun Demo
Praktis merupakan satu cara terbaik untuk melatih kemahiran sekaligus memberi pengalaman dalam dunia dagangan. Jika anda ingin mendapatkan pengalaman serta memahami pasaran dengan lebih baik, anda boleh berlatih menggunakan akaun demo menggunakan wang virtual terlebih dahulu sebelum mula berdagang dengan wang sebenar.
Anda boleh membuka sehingga 5 Akaun Demo XMdan menuntut wang virtual sehingga $100,000. Pengguna Akaun Demo XM juga berpeluang untuk menyertai pelbagai pertandingan demo yang menawarkan ganjaran yang menarik.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dunia dagangan dan pendidikan sentiasa berkait rapat. Oleh itu, untuk menjadi pedagang yang berjaya, anda perlulah mendapatkan pemahaman yang tepat dan kukuh terlebih dahulu.
Jika anda telah bersedia untuk memulakan perjalanan dagangan sebenar, anda boleh cuba Membuka Akaun Nyata XM dan menuntut Deposit Bonus $50 sebagai pelanggan baru. Tawaran Deposit Bonus $50 ini adalah satu tanda aluan kepada pedagang baru XM untuk memulakan langkah pertama dagangan sebenar bersama XM.