BEST PERFOMANCE 04~06 JUN 2018
BEST PERFOMANCE 04~06 JUN 2018
Catatan trading yang sempat saya rekodkan dalam tempoh minggu lepas berdasarkan teknik yang saya kongsikan di sini.
Berberapa pilihan pair berikut adalah berdasarkan signal yang dihasilkan pada candle weekly yang menjadi clue trend kepada minggu ini.
NOTE: Saya hanya akan mengulas mengenai trend, signal dan entry sahaja. Exit point tidak dinyatakan kerana ia adalah subjektif dan saya lebih suka untuk biarkan anda tentukan bagaimana anda hendak exit bersesuaian dengan kesanggupan risiko anda. Kesemua rekod ini dibuat sehingga rabu sahaja dan adalah bersifat hypothetical. Semua yang dipaparkan adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata.
EURUSD
Eurusd closed sebagai pin bar pada weekly candle untuk sepanjang minggu 28 mei ~ 01 jun. Minggu terakhir dan bersambung pada bulan berikutnya iaitu pada waktu yang sama terdapatnya berita Non-farm employment change adalah berisiko tinggi. Tindakan yang selamat adalah mengabaikan trade pada waktu berisiko seperti ini.
Eurusd berada dalam keadaan downtrend untuk suatu tempoh yang agak lama iaitu pada bulan mei. Pin bar pada weekly candle memberikan hint awal bulan jun ini akan berlakunya correction pada trend ini.
Pin bar pada weekly memberikan petanda bahawa trend akan berubah kepada uptrend. Oleh itu buy trade akan dibuat.
EMA 21 sangat sesuai dijadikan panduan untuk melihat arah trend semasa pada lower timeframe untuk menyertai buyers yang membuka posisi buy berdasarkan candlestick weekly(pin bar). Saya membuka dua posisi buy apabila price closing semula di atas EMA21 ini sebagai petanda ia membuat pullback.
GBPUSD
Pair ini juga telah downtrend dalam sepanjang dua bulan lepas dan kini telah terbentuk candle reversal pada weekly sama seperti eurusd.
Perubahan arah ini petanda correction bakal berlaku dan kemugkinan ia bakal dilanjutkan kepada minggu berikutnya adalah tinggi.
Opening price adalah tinggi pada mulanya namun ia membuat kejatuhan seketika sebelum meneruskan kenaikan apabila bounce di atas 61.8 fibo level. Entry dibuat apabila candle retrace sedikit(rujuk gambar).
AUDJPY
Pair ini sampai ke support level, false break kemudian pullback semula di atas support. terdapat dua pin bar terbentuk dan kali kedua ini price akhirnya naik.
Saya kekal bullish untuk pair ini memandangkan price masih kekas di atas support. Trade buy sebelum ini masih kekal ada dan belum ditutup. Oleh itu pada H4 reentry buy akan dibuat.
Kenaikan pair ini sangat cantik dan cuma membuat sekali retracement sahaja. Apabila terbentuknya candle signal/reject, reentry buy dibuat.
EURJPY
Bulan jun ini menyaksikan kebanyakan pair closed sebagai pin bar pada weekly memberikan petanda perubahan trend dari downtrend kepada uptrend. Eurjpy juga turut memberikan hint yang sama.
Pin bar weekly memberikan hint trade yang perlu dibuat adalah buy. Oleh itu pada h4 entry buy akan dibuat.
Price sentuh EMA21 kemudian pullback. Mulanya ia kelihatan hendak mencari 76.4 sebagai support namun reaksi price pada EMA memberikan petanda ia akan naik dan tidak akan sampai ke support tersebut. Tidak semua entry perlukan confirmation candlestick pattern. Adakalanya hanya perlu berpandukan pada SNR sahaja. SNR pula adalah terbahagi kepada dua, dinamik dan statik.
USDJPY
Pair terakhir yang saya ingin ulas adalah usdjpy. Pair ini juga turut memberikan signal minggu ini akan berlaku kenaikan.
Signal terbentuk di atas EMA21 petanda ia dalam continuation uptrend seperti pada trend bulan lepas.
Usdjpy tidak jauh beza dengan Eurjpy di mana ia mencuba untuk mencari support 76.4 tetapi akhirnya ia pullback atas ema21 dan kembali uptrend. Buy trade dibuat di atas ema21 ini.
Kesimpulan
3 kesimpulan penting yang boleh dipelajari pada post kali ini adalah;
1). Hujung bulan dan NFP dalam minggu yang sama adalah high risk. Pair yang tengah trending boleh closed sebagai reversal dan akan terus reverse minggu berikutnya.
2). Bagi perhatian pada dinamik SNR seperti EMA21 pada H4 sebagai panduan entry kerana kemungkinan price untuk tidak menyentuh SNR statik seperti fibo retracement level adalah tinggi terutamanya dalam correction trend.
3). Entry tidak semestinya perlu rujuk candlestick signal pattern kerana pemahaman closing price atas support atau bawah resistance juga penting dalam menentukan entry anda.
Sekian.
ADMIN
10/06/18