BOLLINGER M15 SCALPING
Market bergerak 24 jam sehari dan 5 hari seminggu – pasti anda tertanya-tanya apakah kaedah yang cantik untuk memanfaatkan pergerakan market ini? – terutamanya secara intraday – Mesti ada memikirkan kaedah terbaik pastinya scalping di timeframe kecil. Akan tetapi, soalan cepu-emas, apakah kaedah yang sesuai?
Disebabkan meningkatnya bilangan trader selaras dengan bertambahnya kemajuan teknologi yang kini boleh dimiliki pada harga terendah selain dengan bertambahnya juga broker-broker forex yang baharu, oleh itu memiliki kaedah yang boleh berikan trader profit secara harian adalah sesuatu yang sangat dicari-cari.
Ingin menjawab persoalan-persoalan popular trader baru dan lama, kali ini saya hendak kongsikan kaedah scalping yang anda boleh setup di smartphone anda dan anda boleh trade dengan menggunakan modal kecil atau sederhana sahaja.
Topik kali ini merangkumi bukan sahaja teknik entry/exit, malah juga meliputi kriteria pemilihan pair dan juga market timing iaitu pada waktu bilakah sepatutnya mengambil manfaat pergerakan aktif market? -semuanya akan dikongsi secara ringkas dalam bahasa mudah difahami. InshaAllah.
Disclaimer –
Teknik ini bukanlah 100% milik admin. Oleh itu anda bebas menggunakannya termasuk mengedarkan dan menerbitkan semula asalkan bukan untuk tujuan menjual.
INDIKATOR DIPERLUKAN
Anda perlukan berberapa indikator penting untuk teknik scalping ini. Antaranya;
- Bollinger bands(default) – ubah warna ikut cara anda
- MA – Ubah setting kepada period 3, method Exponential, dan sila apply to close.
- Awesome Oscillator – default setting
Di atas adalah contoh screenshot setting indikator pada MT4 anda. Anda juga boleh setting indikator ini pada MT5 juga.
STRATEGY
Untuk strategi menggunakan teknik ini anda perlu menepati syarat-syarat tertentu untuk membuat buy dan sell. Konsep utama adalah breakout.
Untuk asas mengenai bollinger bands ini anda boleh baca di halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/bollinger-band/
Untuk mula mencari setup, anda akan merujuk pada pair yang anda hendak trade.
- Jika pair USD maka anda akan cari peluang sebelah malam.
- Jika pair JPY, anda boleh cari entry sebelah pagi
- Jika pair GBP dan EUR, sebelah petang
Waktu sesuai;
PAIR | WAKTU AKTIF |
---|---|
USDJPY, EURJPY, GBPJPY, AUDJPY, NZDJPY | 6-9 AM |
EURUSD, USDCHF, GBPUSD, | 3-11 PM |
XAUUSD | 2PM-11PM |
Di atas adalah sekadar panduan sahaja. Market aktif mungkin akan berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan semasa pada waktu itu.
Waktu market kurang aktif adalah bermula dari jam 12 tengah malam hinggalah jam 5 pagi. Oleh itu elakkan membuat entry pada waktu-waktu ini kerana dikhuatiri akan terperangkap dalam market slow dan berisiko floating loss.
Stoploss
Stoploss adalah di upper band jika anda sell dan lower band jika anda buy. Atau, cutloss boleh dibuat jika price break upper/lower band.
ENTRY STRATEGIES
Untuk teknik entry berikut saya senaraikan syarat entry dan syarat exit menggunakan teknik ini.
Syarat entry buy;
- Candle dan EMA 3 break atas middle band.
- AO membentuk bar hijau
- Entry dibuat selepas candle close dan breakout confirmed.
Syarat entry sell;
- Candle dan EMA 3 break bawah middle band.
- AO membentuk bar merah.
- Entry dibuat selepas candle close dan breakout confirmed.
EXIT STRATEGIES
Untuk exit strategy, terdapat 3(tiga) cara iaitu;
- AO membentuk bar berlawanan arah. Jika anda buy, exit jika AO membentuk bar merah. Jika anda sell pula, exit jika AO membentuk bar hijau.
- Exit berdasarkan SNR terdekat.
- Exit ikut angka pips tertentu seperti 10 pips, 20 pips.
Exit strategy #1 –
Untuk exit trade cara ini anda akan biarkan price bergerak dahulu hinggalah munculnya bar lawan arah dari AO. Sila close setelah bar itu confirmed.
Exit strategy #2 –
Untuk exit cara ini anda perlukan kemahiran mengenalpasti Support dan Resistance. Anda boleh ke pautan ini untuk belajar mengenai topik SNR >> https://pullbackforextrading.com/?s=support+resistance
Exit strategy #3 –
Exit cara ini sangat sesuai bagi yang suka membuat entry layer dengan TP sekitar 5-10 pips per-entry.
Jika anda trading pada market aktif, peluang untuk mendapat profit di bawah 20 pips biasanya akan tercapai.
Antara pair yang boleh berikan anda potensi pips yang banyak adalah GBPUSD, GBPJPY, GBPAUD dan Emas(XAUUSD).
Akan tetapi semakin besar range sesuatu pair maka besar juga risiko yang anda hadapi, oleh itu pastikan anda menggunakan modal yang sanggup kerugian sahaja dan jangan trade guna wang pinjam atau hutang.
Pair yang kurang berikan potensi pips banyak adalah pair yang mempunyai range kecil seperti EURGBP, AUDNZD dan juga cross pair yang mempunyai spread besar.
AKHIR KATA
Pastikan anda membuat backtest terlebih dahulu dan praktis banyak-banyak teknik ini samada di akaun demo ataupun akaun bersaiz kecil.
Kekalkan fokus anda, tak perlu ubah-suai teknik ini kecuali anda memang sudah mahir dalam mencari entry dan exit.
Anda juga boleh mencuba teknik ini menggunakan modal percuma dari broker XM untuk client baru.
Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini,.
Hingga berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.
ADMIN
16/11/21