Candlestick ‘kurang selamat’ jika trade tanpa kawalan Risk!
Hello traders!
Candlestick adalah ciptaan jepun pada suatu masa dahulu untuk mentafsir arah pasaran beras. Candlestick juga boleh menggambarkan pelbagai ‘sifat’ tertentu didalam pasaran iaitu seperti reversal, continuation dan tak kurang juga false break dan violation pattern. Huhu.. macam-macam.
Adakalanya tertanya-tanya juga kenapa macam tu.. Well, seperkara yang perlu diingat, tak semua pattern itu menjadi(valid), sebab itulah wujudnya stoploss..
ehem!! apa? sy ulang, “tak semua pattern itu menjadi(valid), sebab itulah wujudnya stoploss..” -Oh ok, tak semua menjadi so sebab tu adanya stoploss.. supaya klu tak menjadi atleast kita ada stoploss untuk kawal kerugian. Ada betul juga atau mungkin saja tidak.
Tak semua pattern itu menjadi(valid), sebab itulah wujudnya stoploss..
KENAPA TIDAK?
saya percaya mungkin saja itu suatu manipulasi. Dimana kita semua telah pelajari pattern-pattern tertentu untuk mentafsirkan sesuatu keadaan. saya bagi contoh pin bar, yang bermaksud reversal. -Adakah ia semudah itu? -sudah tentu tidak.
What the heck?? Manipulasi? saya percaya wujudnya manipulasi dalam pasaran kerana itulah 95% trader gagal dalam 3 bulan pertama trading mereka. Kegagalan trader adalah keuntungan buat manipulator ini. Dan mereka yang dimaksudkan ini adalah trader-trader besar seperti bank, hedge fund dan big player seperti soros dan warren buffet. Mereka ini tidak mengawal pasaran ini tetapi dengan pengaruh yang mereka ada, mereka boleh buat spekulasi untuk menaikkan dan menjatuhkan matawang.
Teknikal analisis gabungan.
Teknikal analisis semestinya lebih dari sekadar membaca candlestick pattern. Ia biasanya digabungkan dengan berberapa siri teknik yang lain. antaranya support dan resistance, indikator teknikal mahupun gabungan bersama fundamental.
Tapi bagaimana jika benar penyataan tadi?
Mungkin pendapat saya ini silap tapi mungkin saja ia benar. So andaikatalah ia benar, maka apa perlu dilakukan?
Saya berbalik kepada asas trading iaitu, money management dan psikologi trading. -Jika kta menggunakan aturan MM yang baik, sudah pasti tiada masalah untuk berdepan kerugian mahupun floating loss sehinggalah kita consider bahawa sesuatu pattern itu sudah broken dan tak patut digunakan lagi. I mean, rujuk pada gambar di atas memang nampak dah kita perlu cutloss posisi di atas sebab munculnya candle bullish engulfing setelah kita membuka posisi sell kerana munculnya reversal candle seakan sell.
Jadi apakah dia MM dan psikology yg betul dalam trading?
– Gunakan risiko serendah mungkin. -ini baik untuk jangka panjang memandangkan kita tidak 100% tepat dalam membuat keputusan trading, maka mengawal risiko itu penting bagi mengelakkan kerugian besar.
Psikology trading apakah yang sesuai?
– Sesuai? sudah tentu sekali paling asasnya adalah betulkan dahulu mindset. Jangan anggap forex sebagai skim cepat kaya hanya sebab anda terlihat seseorang yang kaya melalui forex. Ia semestinya bukan semudah itu kerana forex sebagai bisnes telah wujud pelbagai cabang perniagaan dan ia lebih dari sekadar trading. Mungkin saja individu itu adalah IB ataupun seorang cikgu forex yang menjana keuntungan dari kelas dan penjualan service berkaitan forex. siapa tahukan..
kedua, kawal tamak dan takut anda. harus percaya bahawa tiada siapa yang tahu akan arah market ini. Jadi kita tidak mahu kalah pada awal perjalanan dan sudah pasti juga tidak mahu takut untuk meneruskan perjalanan lantaran terlalu banyak kerugian.
so kesimpulan di sini adalah, gunakan MM yang baik dan psikologi yang terbaik sudah pasti anda boleh berdepan dan mngatasi masalah ini.
sampai disini dahulu,
yang benar,
admin.