Kenapa akaun forex cepat sangat “hangus?”

Salam..

Akaun forex cepat hangus? dalam bahasa lainnya margin cepat habis atau margin call… maksudnya cepat sangat mengecil gara-gara kerugian melampau..

Mari kita check apa antara punca-punca utama kepada masalah ini..

 

10 SEBAB PALING PUAKA DALAM TRADING

  1. Tidak berdisiplin
  2. Suka trade ikut emosi
  3. Tiada kawalan money management(MM)
  4. Entry ikut suka tanpa kewarasan akal
  5. Main lot besar, tertipu dengan spike
  6. Rasa tak puas-hati selagi tak cover loss
  7. Marah dan Geram dengan broker
  8. Menyalahkan broker atas kesalahan sendiri
  9. Tamak bila profit dengan membuka posisi dengan banyaknya
  10. Trade dulu analsia kemudian

Get Adobe Flash player

1- Tidak bersiplin

– Trade main hentam. Dah ada peraturan tapi sendiri langgar.. Bengang. Bila loss mengamuk sendiri dan maki-hamun komputer sorang2. Broker disalahkan.

2- Suka trade ikut emosi

– Suatu perasaan yang dipanggil, ‘rasa-rasa’.. dan juga ‘rasa seronok’ klu nak trade. Excited mcm bangsat. lalu open la trade.. hahaha..

3- Tiada kawalan MM

– Trade saja la ikut suka. Tak kawal risk langsung

4- Entry ikut suka, akal x waras semasa trade

– Masuk saja bila mau masuk tapi x ada asas/sebab kenapa mesti masuk trade. Pastu loss pun sesuka hati.

5- Main lot besar, ikut-ikut spike, konon nak rembat pips kecik tapi lot dinosaurus.(last2 kena baham bapak dinosaur market 5.3 trillion).

– Buka-buka jer chart, tetiba ada sebatang candle yang bergerak laju macam nak terkeluar dari screen komputer! Cepat masuk lot gergasi ikut candle itu. Oh!! tiba-tiba freeze seketika charts.. akhirnya ia pun reverse meninggalkan anda sorang2 kerugian tahap kritikal.

6- Rasa tak puas-hati selagi x cover loss

– Rasa x puas hati. nak cepat cover ni nak cepattt… rasa nak bawa gaduh jer market ni sbb suka2 jer buat loss(padahal salah sendiri tapi salahkan org lain. lbh teruk, salahkan benda x bernyawa).

Baca >>  BREAKOUT DAN PULLBACK POWERFUL STRATEGY

7- Marah dan Geram dengan broker

-Server lembab sbg alasan. loss itu dikatakan puncanya broker. hehehe… btul ke? entah la…

8- Menyalahkan broker atas salah sendiri

-Sendiri trade tapi salahkan orang lain. klu kita x open trade xkan itu salah broker klu kita yg open trade dan loss?.

9- Tamak bila profit, buka lot banyak2..overdose sampai berbuih mulut mcm sawan.

– “Price mcm mau gerak jauh ni. bagus ni.. peluanggg bagus ni. lepas ni withdraw beli 1 Gallardo…” last2 buka 100 layer tapi market reverse.. habis MC. baru terduduk kat kerusi. hampa. mata jd besar. rasa x percaya apa yg baru sahaja dilihat.

10- Trade dahulu, Analisa kemudian.

– Open trade dlu ok. pastu baru kelam-kabut sumbat apa yg patut sbg pnyokong kpd trade td. bengang tahap bebal. bila market x gerak sprti yg dibuka masih lg x trima kenyataan. last2 floating tnpa kesudahan.

Ok la sampai sini dlu. malas nak story panjang-panjang..

Yang selebihnya korang tambah sendirilah yer..

sekian,

admin

 

Translate »