CARA UNTUK MEMILIH PLATFORM DAGANGAN YANG TEPAT DAN BOLEH DIPERCAYAI
erdapat pelbagai pilihan platform dagangan atau broker yang disenaraikan dalam laman sesawang, namun persoalannya yang manakah anda perlu pilih? Jangan risau! Artikel ini akan memberi ulasan dan ciri-ciri yang boleh membantu anda memilih broker atau platform untuk mula berdagang.
Broker yang Dipercayai
Apabila ingin melabur dalam mana-mana platform dagangan, anda perlu memastikan bahawa platform tersebut merupakan platform yang diiktiraf dan dikawal selia untuk menjamin keselamatan dan kepercayaan anda. Kepercayaan merupakan teras utama dalam dunia dagangan yang dinamik dan kompleks ini kerana ia melibatkan risiko yang agak tinggi.
Apakah ciri-ciri yang perlu anda perhatikan untuk memastikan broker tersebut boleh dipercayai?
i) Tempoh Operasi Broker
Tempoh operasi dapat menunjukkan kestabilan serta pengalaman broker tersebut dalam industri kewangan global yang kompetitif ini. Jadi, semakin lama broker tersebut beroperasi, semakin stabil reputasi dan pengalaman mereka. XM merupakan salah satu broker yang telah beroperasi di peringkat global sejak 2009 lagi. Kini, XM telah mempunyai lebih 10 juta pelanggan dari lebih 190 negara. Rekod ini membuktikan XM antara broker yang dipercayai dan boleh mengendalikan pelanggan mereka dengan baik.
ii) Broker yang Memenangi Banyak Anugerah
Jumlah anugerah yang dimenangi oleh sesuatu platform dagangan dapat menunjukkan kecemerlangan dan prestasi yang telah berjaya dicapai sepanjang mereka beroperasi. Anugerah yang diterima juga membuktikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan. XM telah menerima banyak anugerah sepanjang tempoh perkhidmatan dan yang terkini memperolehi kemenangan yang ke-15 dan ke-16 dari Capital Finance International Magazine (CFI.co) bagi anugerah Broker Forex Cemerlang Peringkat Global dan Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Peringkat Global.
iii) Broker yang Dikawal Selia
Memilih broker yang dikawal selia adalah langkah yang bijak untuk memulakan perjalanan dagangan anda kerana ia boleh memastikan bahawa dana dan kepentingan anda sentiasa dilindungi semasa menjalankan aktiviti perdagangan dalam talian. Contoh lesen yang diterima oleh platform dagangan XM adalah dari CySEC (Cyprus), ASIC (Australia) dan banyak lagi. Ini dapat memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa dana mereka dilindungi dan operasi broker ini berada di bawah panduan undang-undang yang ketat.
Kesimpulan
Jika anda ingin bermula dengan platform dagangan yang menepati ciri-ciri berikut, anda boleh bermula dengan platform dagangan yang kami cadangkan iaitu XM. Selain menepati ciri-ciri yang ditetapkan, anda juga boleh menuntut $50 Dana Dagangan secara percuma apabila mendaftar akaun kali pertama dengan XM.
Jadi, apa yang anda tunggu lagi?
Jom mulakan perjalanan dagangan anda sekarang!