Ciri-Ciri Asas Candlestick dalam Dagangan yang Anda Perlu Tahu
Candlestick dan dagangan sentiasa berkait antara satu sama lain. Ini kerana candlestick adalah alat utama dalam pasaran kewangan yang memberi gambaran visual tentang pergerakan harga dari semasa ke semasa. Artikel dari XM ini akan menerangkan lebih lanjut tentang ciri-ciri asas candlestick.
Kenapa carta ini dipanggil sebagai ‘Candlestick’?
Candlestick membawa maksud “batang lilin” yang merujuk kepada visual carta itu sendiri yang mempunyai bentuk seperti lilin dan sumbunya. Carta ini dicipta oleh pedagang beras Jepun, Munehisa Homma sejak abad ke-17.
Jom kita terokai ciri-ciri asas yang terdapat pada candlestick ini dan bagaimana elemen-elemen ini bergabung untuk memberi pandangan terhadap trend pasaran.
Ciri-Ciri Asas Candlestick Yang Perlu Anda Tahu
1. Badan (Body):
Bahagian body yang terdapat pada candlestick adalah kawasan persegi yang menunjukkan julat harga antara Harga Pembukaan (Open Price) dan Harga Penutupan (Close Price) dalam tempoh tertentu. Terdapat dua petanda yang boleh dibaca berdasarkan saiz candlestick ini:
- Body Besar: Saiz body candlestick yang besar bermakna terdapat jurang yang ketara antara harga pembukaan dan penutupan, menandakan pasaran dalam satu arah dominan yang jelas.
- Body Kecil: Sebaliknya saiz body yang kecil menunjukkan bahawa harga pembukaan dan penutupan hampir sama dan keadaan pasaran yang kurang jelas.
2. Kepala atau Bayang (Shadow):
Shadow dalam candlestick adalah garis yang memanjang dari atas dan bawah badan candlestick. Ia memberi petunjuk tentang harga tertinggi dan terendah dalam tempoh masa tertentu.
Terdapat dua jenis shadow yang patut kita perhatikan:
- Shadow Atas (Upper Shadow): Ini merupakan garis yang menjulur dari bahagian atas candlestick. Shadow ini biasanya muncul apabila pembeli cuba mendorong harga ke paras tertinggi, tetapi penjual kemudian menolak harga ke bawah.
- Shadow Bawah (Lower Shadow): Ini adalah garis yang menjulur dari bahagian bawah candlestick, menunjukkan harga terendah yang dicapai. Ia berlaku apabila penjual menolak harga ke bawah, tetapi pembeli akhirnya berjaya mengembalikannya ke atas.
3. Warna:
Warna candlestick dalam analisis pasaran adalah seperti petunjuk warna yang memberi kita gambaran tentang apa yang berlaku dalam tempoh masa tertentu.
Terdapat 2 warna dalam candlestick yang wajib anda tahu:
- Candlestick Hijau: Candlestick hijau membawa sentimen pasaran yang positif kerana trend harga telah naik dari Harga Pembukaan ke Harga Penutupan. Ini membawa mesej pasaran dalam keadaan bullish atau menaik.
- Candlestick Merah: Candlestick merah menunjukkan trend pasaran dalam keadaan negatif kerana harga telah turun dari Harga Pembukaan ke Harga Penutupan. Ini menunjukkan pasaran dalam keadaan bearish atau menurun.
Jom Belajar Ilmu Dagangan Secara Percuma dengan XM!
Memahami makna bagi setiap komponen candlestick dalam analisis pasaran dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang pasaran kewangan yang dinamik. Oleh itu, penting untuk belajar dan memahami ciri-ciri asas ini untuk berdagang dengan lebih bijak.
Sertai Ruang Lanjutan Melayu XM setiap Isnin hingga Jumaat (dari pukul 1PM hingga 9PM) sekarang jika anda ingin belajar secara PERCUMA di bawah bimbingan instruktor pakar XM. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk berkomunikasi dan tanya soalan dagangan anda secara langsung!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Buka Akaun XMdan mulakan pendidikan tanpa had anda sekarang.