JANA PROFIT BESAR MELALUI COWABUNGA TRADING SYSTEM

Print Friendly, PDF & Email

Teknik yang bakal anda pelajari ini adalah salah-satu teknik trading yang agak klasik berdasarkan multi timeframe strategi. Teknik ini menggunakan timeframe 4H untuk analisa arah pasaran dan kemudiannya entry pada timeframe M15.

Ia berbeza sedikit dengan strategi yang dikongsikan sebelum ini pada halaman ini kerana strategi kali ini menggunakan indikator teknikal untuk panduan setup.

Jana USD besar

Anda seorang risk taker? Teknik ini sesuai untuk trader yang mengambil risk untuk pulangan besar. Anda hanya perlukan masa yang tepat dan sesuai sahaja untuk mendapatkan peluang.

gambar hiasan

Asal-usul teknik ini

Saya tidak ketahui secara jelas siapa mengasaskan teknik ini. Ia adalah dalam kategori open source di mana sesiapa pun bebas menggunakannya.

Nama Cowabunga juga agak misteri dan unik tetapi tidak tahu apa maksud di sebalik nama ini. Sesiapa yang ada info mengenai teknik ini bolehlah share di ruang komen ya. 🙂

Sedikit info mengenai teknik(trading system) ini…

Teknik ini adalah trend following strategy. Trend atau trade setup akan dikenal-pasti pada timeframe 4H. Entry akan dibuat pada M15 berdasarkan trend/trade setup tersebut.

Nota penting;

  • Jika H4 uptrend, maka entry adalah buy sahaja di M15
  • Jika H4 downtrend, maka entry adalah sell sahaja di M15

Simple bukan? Ok jom kita pergi ke huraian selanjutnya.

S.O.P Trading System

image : forexstrategiesresources

Pair yang sesuai

Major pair USDJPY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, EURJPY dan GBPJPY.

Broker yang menawarkan spread terendah akan menjadi kelebihan. XM menawarkan Ultra low spread untuk anda!

Indikator yang digunakan

Trading system ini menggunakan dua jenis timeframe iaitu H4 dan juga M15. Setiap timeframe ini mempunyai indikator masing-masing.

Baca >>  PENDING ORDER - 5 Tips Dapatkan entry lebih baik dan efektif

Setting asal

Saya lebih memilih untuk menggunakan default setting namun anda boleh gunakan setting asal teknik ini iaitu;

  • RSI setkan kepada period 9
  • Stochastic 10,3,3

Indikator untuk 4H timeframe

  • EXPONENTIAL MOVING AVERAGE 5 apply to Close(RED)
  • EXPONENTIAL MOVING AVERAGE 10 apply to Close(BLUE)
  • RSI set to period 14
  • Stochastic set to 5,3,3

Indikator untuk M15 timeframe

  • EXPONENTIAL MOVING AVERAGE 5 apply to Close(RED)
  • EXPONENTIAL MOVING AVERAGE 10 apply to Close(BLUE)
  • RSI set to period 14
  • Stochastic set to 5,3,3
  • MACD default setting. Ubah warna ikut pilihan anda.

Belajar MACD untuk beginner – klik sini

NOTE: Tambahkan level 50 untuk RSI.

Entry Rule

Syarat entry adalah kedua-dua timeframe ini mestilah searah, kemudian barulah entry akan dibuat. Entry yang terbaik pula adalah jika dipermulaan trend sahaja.

Buy Setup

Untuk kenal-pasti trend di H4, berikut peraturannya;

  • EMA 5 bersilang dan berada di atas EMA 10
  • RSI di atas 50
  • Stoch membentuk buy signal ataupun menuju ke atas

Entry Rule

Tunggu sehingga cukup syarat berikut barulah entry.

  • EMA 5 bersilang dengan EMA 10
  • RSI di atas 50
  • Stoch membentuk signal buy
  • MACD membentuk signal reversal buy

Sell Setup

Syarat downtrend di H4;

  • EMA 5 bersilang dengan EMA 10
  • RSI di bawah 50
  • Stoch menuju ke bawah/membentuk sell signal

Entry Rule

Entry akan dibuat jika semua syarat signal sell dipenuhi;

  • EMA 5 bersilang dengan EMA 10
  • RSI di bawah 50
  • Stoch membentuk sell signal/menuju ke bawah
  • MACD membentuk signal reversal sell

Exit Strategies

Anda boleh exit trade berdasarkan scalping 10 ke 20 pips dan entry secara layer.

Stoploss

SL diletakkan berdasarkan swing high atau low terdekat untuk entry buy dan sell anda.

Last swing low terdekat untuk SL buy.

Last swing high terdekat untuk SL sell.

Baca >>  NZDCAD jatuh lebih 315 pip dalam seminggu

Akhir kata

Semoga perkongsian kali ini akan memantapkan lagi latihan anda dalam perdagangan anda. Kaedah trading seperti ini sangat sesuai bagi mereka yang berlatih disiplin dan mahukan trading secara sistematik.

Jika anda merasakan posting ini bermanfaat, silakan kongsi dengan rakan-rakan anda di laman sosial. Siapa tahu kalau ada yang berjaya mengubah nasibnya walaupun hanya menggunakan kaedah seperti ini.

Sekian dahulu dari saya..

ADMIN
21/05/21

Credit idea asal –
forexstrategiesresources
forextradingstrategies4u.com

Comments

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.