TEKNIK SCALPING GJ

Untuk perkongsian kali ini saya akan dedahkan teknik scalping khas untuk single pair GBPJPY atau singkatannya GJ.

Teknik ini adalah berdasarkan reversal trend, oleh itu kita akan melihat potensi entry berdasarkan trend yang sudah bergerak jauh tinggi ataupun jatuh jauh ke bawah.

Jika trend menurun, maka kita akan mencari potensi buy begitu juga jika trend menaik maka kita akan lihat potensi sell.

KENAPA GJ?

Pair ini mempunyai range yang besar jika berlaku breakout mahupun reversal. Oleh itu ia sangat sesuai untuk scalping. Range yang besar berikan potensi pips walaupun mempunyai spread yang juga besar.

Teknik ini khas untuk single pair sahaja iaitu GJ sahaja. Kelebihannya di sini adalah anda akan lebih fokus dan entry hanya bila perlu sahaja selain memudahkan anda menguruskan akaun anda untuk take profit dan kawalan risk ketika kerugian.

Jika anda trading single pair, anda akan trade secara layer untuk maksimakan potensi anda dan jika anda dalam kerugian, anda hanya perlu uruskan losses itu sahaja berbanding jika anda trade multi pair dan berdepan terlalu banyak loss.

Kesimpulannya, single pair, lebih ringkas.

INDIKATOR

Indikator yang digunakan adalah;

  • OSMA default
  • CCI 50

Note: Maklumat tambahan mengenai OsMa boleh didapati di sini >> https://pullbackforextrading.com/osma-indikator-reversal-terbaik/

TOOLS

Tools yang digunakan adalah;

  • Trendline
  • Fibonacci

Kegunaan trendline adalah untuk mendapatkan entry point manakala fibonacci adalah untuk takeprofit.

Belajar trendline : https://pullbackforextrading.com/4-tips-belajar-trendline-peringkat-advanced/

Fibonacci : https://pullbackforextrading.com/teknik-wajib-fibo-tahun-2022-cara-take-profit-ini-tidak-ramai-yang-tahu/

TEKNIK ENTRY

Entry point akan dicari berdasarkan reversal trend. Oleh itu jika sesuatu pair itu trending naik, maka kita akan cari sell. Jika ia trending turun, kita akan mencari buy.

Baca >>  BBMA SCALPING

Timeframe

Untuk mendapatkan timing entry, dua timeframe akan digunakan iaitu;

  • H4 untuk trade setup
  • H1 untuk entry

Untuk entry, kaedah trendline breakout akan digunakan. Kaedah ini boleh digunakan terus di H4 ataupun H1. Candle break adalah confirmation utama untuk membuat entry. Sila baca di sini mengenai candle break >> https://pullbackforextrading.com/teknik-candle-break/

Setup Chart anda

Chart anda mesti kelihatan seperti berikut;

Fungsi-fungsi setiap chart;

Indikator akan disetkan pada timeframe H4 sahaja. Manakala di H1 hanya chart kosong.

Tujuannya adalah seperti berikut;

  • H4 untuk kenalpasti trend dan setup
  • H1 untuk entry berdasarkan candle break

Anda boleh gunakan single chart sahaja iaitu di H4 sahaja kerana H1 masih ada risiko candle false break.

Trade setup

Untuk trade setup di H4 berikut kriteria yang anda perlu sediakan dalam checklist anda;

  1. Divergence reversal trend dengan confirmation dua indikator
  2. Sambungan trendline dan candle break untuk entry

Divergence

Reversal divergence dikenalpasti melalui perbezaan high low pada chart dan juga high low pada indikator.

Divergence yang terbentuk ini adalah petanda trend bakal berubah arahnya. Divergence yang terbentuk mestilah yang nyata sahaja.

Contoh buy:

Penerangan:

Divergence terbentuk pada chart di mana price membuat lower-low diikuti Osma dan CCI 50 yang membentuk divergence juga. CCI50 membentuk lower-high dan bertentangan dengan lower-low pada chart. Ini memberikan confirmation trend akan berubah arah.

Note: dalam waktu tertentu adakalanya OsMa tidak membentuk divergence dan adakalanya CCI juga tidak membentuk divergence berlawanan dengan chart tetapi ia masih valid jika salah-satunya masih membentuk reversal divergence. Inilah sebabnya kenapa menggunakan dua indikator untuk kesan reversal divergence.

Contoh sell:

Penerangan:

Reversal divergence terbentuk apabila price membuat higher-high diikuti OsMa membentuk higher-low dan juga CCI50 membentuk higher-low. Oleh itu ia memberikan hint bahawa perubahan trend bakal berlaku dalam masa terdekat.

Fungsi utama divergence

Anda akan mengenal-pasti setup dahulu melalui pembentukan divergence. Seterusnya barulah mencari peluang entry berdasarkan candle break.

Baca >>  GBPJPY JATUH LEBIH 170 PIPS MINGGU LEPAS SEPERTI DIJANGKA

Tiada divergence, tiada trade setup. Maka no trade-lah ya..

Confirmation Entry

Confirmation entry adalah berdasarkan candle break pada trendline yang berlaku di H4 mahupun H1. H1 akan berikan confirmation lebih awal berbanding H4. Oleh itu sambungan boleh dibuat pada H1 dan H4. Lihat contoh buy setup di bawah:

Di atas adalah contoh di mana jika anda entry berdasarkan H1 anda akan berpeluang dapatkan price lebih baik berbanding di H4. Anggaran entry +spread adalah sekitar 161.779 manakala jika ikut H4 adalah di 162.03.

Perbezaannya adalah 25pips!

25 pips ini sangatlah berharga terutamanya jika anda trade lot besar.

Fibo TP

Selain untuk entry, TF H1 juga berfungsi untuk exit point berdasarkan kaedah fibo TP.

Contoh entry, SL dan TP area

Untuk stoploss, ia akan ditetapkan berdasarkan last swing entry yang menjadi sambungan fibonacci fibo TP.

SL, TP dan fibo adalah disetkan di H1 kerana ia akan berikan ketepatan exit anda samada untuk SL atau TP.

Jika anda mahu menggunakan H4 untuk fibo TP dan juga SL, kaedah sama masih digunakan cuma H4 mungkin akan sedikit makan masa untuk TP selain jika reversal tersebut tidak kukuh atau cuma market correction, ia berisiko untuk kembali ke trend asal dan trade anda akan mengena pada stoploss.

Dalam teori Elliott Waves, anda berkemungkinan berada dalam fasa wave ke-4, oleh itu penurunan atau correction hanya dalam trend kecil sahaja sebelum ia kembali naik. Oleh itu jika anda menggunakan H1 untuk exit, trade anda mungkin akan exit tepat waktunya berbanding exit di H4.

Exit pada H4 boleh jadi sesuatu yang high rewarding tapi boleh jadi juga high risky.

STRATEGY MONEY MANAGEMENT

Money management atau pengurusan kewangan untuk teknik ini terbahagi kepada 3 iaitu;

  • Martingale
  • Layer pyramiding
  • High risk lot besar
Baca >>  [UPDATE] GBPJPY

Martingale

Adalah kaedah di mana entry akan dibuat secara lawan arah iaitu entry buy akan dibuat selagi price turun. Jika sell pula, entry akan dibuat selagi price naik.

Sila baca sini untuk maklumat lanjut >> https://pullbackforextrading.com/teknik-entry-layer-minachi/

Layer pyramiding

Kaedah ini bermaksud anda membuka entry berberapa lot kemudian menambah lagi entry apabila price rally ke TP anda.

Anda boleh baca di sini >> https://pullbackforextrading.com/strategi-entry-piramid/

High risk lot besar

Entry cara ini adalah kategori full margin iaitu membuka lot besar sekaligus dengan memanfaatkan leverage besar dan modal yang kecil mahupun besar. Modal ini pula adalah dari jenis sanggup rugi dan bersedia untuk margin call atau mendapatkan gain besar sekelip mata jika ia berhasil.

Anda boleh download jadual leverage dan MM di sini >> https://pullbackforextrading.com/ebookMM

Exit strategi terbaik?

Anda boleh exit pada scalping trade 10 atau 20 pips. Anda juga boleh ubah strategi exit anda dari H1 kepada M15 untuk exit lebih awal. TP level bolehlah ditetapkan samada di 161.8 ataupun di 200.0.

AKHIR KATA

Teknik yang sama ini juga boleh digunakan untuk pair lain seperti GBPAUD(GA) dan juga Gold(XAUUSD). Pair major lain seperti EURUSD dan GBPUSD juga sesuai tetapi lebih disarankan menggunakan teknik ini untuk GJ, GA ataupun Gold sahaja.

Jika anda ingin menggunakan pada Gold, anda boleh ubah dari H4 tersebut kepada H1 untuk mencari trade setup. Ini kerana Gold sangatlah high range dan sangat sesuai untuk menggunakan teknik ini di situ. Apa-apapun sila gunakan pada demo acc terlebih dahulu untuk dapatkan kefahaman anda.

Jika anda mahu gunakan pada live acc, bolehlah membuka akaun live tanpa risiko dengan modal permulaan $30 percuma.

Semoga perkongsian ini akan membantu anda sukses dalam trading dan seterusnya mencapai kebebasan kewangan. Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, silakan kongsi bersama rakan anda.

Salam kejayaan!

ADMIN
09/07/22

Leave a Reply

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com