TEKNIK FIBONACCI PALING MUDAH: CUSTOM SETTING FIBONACCI YANG WAJIB ANDA KETAHUI
Tidak lengkaplah bagi seseorang trader itu tanpa mempelajari ataupun mengetahui mengenai fibonacci. Fibonacci adalah salah-satu keajaiban alam dalam bentuk matematik di mana ia wujud dan boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk seperti kedudukan gunung-ganang, bentuk spiral siput, bunga malah pada manusia itu sendiri mempunyai kiraan fibonacci sendiri! Tak percaya, cubalah google sendiri.
Fibonacci merupakan tools yang boleh dikira sebagai ajaib dalam forecasting ataupun analisa teknikal. Ia bukan sahaja dalam perdagangan forex, malah juga saham dan apa juga analisa yang melibatkan charts.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Di sebabkan popularitinya yang begitu tinggi dikalangan trader, terdapat satu masalah yang sering menjadi kebingunan trader itu sendiri, iaitu bagaimana nak ada sambungan fibonacci retracement yang tepat? Adakah dari bawah ke atas atau atas ke bawah? Kali ini saya akan kongsikan satu setting mudah yang membolehkan anda menyambungkannya tanpa risau betul atau salah sambungan anda itu.
Fibonacci default setting
Melalui artikel saya ini saya telah tunjukkan bagaimana untuk membuat sambungan fibo dan bila hendak menggunakannya. Namun selain dari cara di atas, sebenarnya terdapat cara lain penggunaan fibo ini dan mempunyai cara setting yang agak berbeza berbanding asalnya.
Lihat foto di atas, terdapat dua fibonacci yang berbeza. Di sebelah kiri adalah fibonacci asal dan sebelah kanan adalah fibonacci yang sudah diubah settingnya. Jika anda perasan, kedudukan retracement level adalah berbeza bermula dari 23.6 hinggalah 61.8. Ia kelihatan agak terbalik.
Cara penggunaan adalah masih sama namun fibonacci yang kedua(custom) adalah berbeza dari segi cara penggunaan.
Menyelesaikan kebingungan sambungan fibo retracement dengan menambah 76.4
Level retracement adalah sama walaupun tarik terbalik atas bawah, bawah atas??
Walaupun terbalik namun kedudukan level retracement tetap sama untuk 38.2, 50.0 dan 61.8
Perhatikan kedudukan yang ditandakan.. ia adalah sama kecuali 23.6 sahaja.
Jadi, cara penyelesaiannya adalah tambahkan level 76.4 pada fibo anda. Maka semua level retracement akan sama.
Sekarang tiada lagi masalah konfius nak tarik fibo. Yang penting adalah semua level sudah ada.
Kini masalah sambungan sudah selesai bagi anda yang menggunakan kaedah fibonacci retracement untuk entry dan exit anda. Selanjutnya saya akan kupas mengenai kaedah fibonacci bersama extension level. Kaedah ini memerlukan anda menyambungkan secara betul agar mendapatkan level extension sesuai dengan trend yang anda trading ketika itu.
BACA : RAHSIA MULTI-TIMEFRAME
Hidden level fibonacci yang anda perlu tahu
Sebelum anda mengubah sepenuhnya fibonacci anda, terdapat berberapa level penting yang tidak dipaparkan(hidden level) pada fibonacci asal. Level-level ini kita akan masukkan secara manual sebagai sebahagian dari custom fibonacci ini.
PENTING!!! Sebelum kita lanjutkan topik ini, perlu saya ingatkan bahawa dengan menggunakan setting ini, cara sambungan fibo anda adalah dari bawah ke atas untuk uptrend dan dari atas ke bawah untuk downtrend.
Antara hidden level yang dimaksudkan adalah;
- 127.2
- 138.2(optional)
- 200.0
- 76.4(sudah diterangkan sebelum ini)
Note: Level 138.2 adalah optional iaitu pilihan jika anda gunakan 127.2 maka anda boleh abaikan 138.2 ini atau jika anda menggunakan 138.2 ini anda boleh abaikan 127.2.
Halaman 1/3