DOJI CANDLESTICK
Doji adalah petanda market sedang dalam indecision atau neutral kerana tiada yang dominan dalam pasaran. Ia juga petanda bakal berlakunya breakout dalam masa terdekat samada akibat dari pengeluaran data ekonomi ataupun kerana kurangnya volume trading pada waktu itu akibat dari bank cuti ataupun cuti umum seperti perayaan keagamaan ataupun cuti hujung tahun.
Bentuk-bentuk doji
Terdapat banyak bentuk doji namun untuk kali ini saya akan fokuskan kepada dua sahaja iaitu harami cross dan star pattern.
Juga akan dikupas adalah, trading breakout Doji di penghujung artikel ini.
Penerangan ringkas
Candlestick doji kerap muncul ketika market sedang kurang aktif dan memberikan peluang entry kepada trader yang sedang menunggu peluang.
Pattern-pattern doji ini menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam pasaran berdasarkan panjang shadow dan closing price.
INFO RINGKAS:
- OPEN DAN CLOSED PRICE dikedudukan yang sama atau harga buka dan tutup adalah sama
- Petanda market neutral
- Breakout atau reversal bakal berlaku
Candlestick Doji terbentuk dalam uptrend atau bullish dan juga downtrend ataupun bearish.
Candle Doji mempuyai dua maksud iaitu, trend bakal berubah atau reversal dan juga bermaksud continuation trend.
DOJI HARAMI CROSS PATTERN
Doji jenis ini terbentuk dari 1 candle bullish ataupun bearish kemudian terdapat 1 candle doji di dalamnya(di antara high dan low.
Candle ketiga adalah entry point di mana entry tersebut adalah reversal.
- Jika uptrend, maka entry adalah sell
- Jika downtrend maka entry adalah buy
Candle Doji harami cross terbentuk di harga bawah, ia petanda kepada reversal trend iaitu dari downtrend kepada uptrend.
Selain reversal, candle doji harami ini juga bermaksud trend continuation iaitu jika dalam downtrend, kemudian pattern ini terbentuk di mana 1 candle bullish diikuti candle doji harami, maka entry yang valid adalah sell kerana selari dengan trend ketika itu, iaitu downtrend.
DOJI STAR PATTERN
Candle Doji ini adalah formasi dari 3 candle di mana doji akan terletak di tengah-tengah dan berada di atas ataupun bawah.
Candle doji star adalah signal kepada reversal iaitu;
- Uptrend yang hilang momentum ketika sedang dalam kenaikan dan berubah kepada downtrend
- Downtrend yang hilang momentum ketika dalam penurunan dan berubah kepada uptend
Trend bergerak downtrend hinggalah doji terbentuk. Selepas doji, candle bullish terbentuk sebagai hint kemasukan buyers atau bullish market selepas neutral.
Trend berada dalam uptrend kemudian terhenti seketika apabila candle Doji terbentuk lalu candle bearish closed seleaps Doji tersebut. Trend kemudiannya bertukar kepada downtrend kerana candle bearish yang terbentuk telah memberi hint uptrend sudah kehilangan momentum.
Doji Breakout
Selain trading reversal, Doji juga boleh digunakan untuk trading breakout. Ini kerana market neutral tidak semestinya bermaksud reversal. Apa yang penting adalah candle kedua selepas candle Doji itu apa dan arah akan bergantung pada candle itu.
Tidak dinafikan tidak semua candle Doji adalah tepat. Oleh altenatif untuk trade Doji diperlukan. Anda boleh gunakan kaedah breakout sebagai panduan.
Baca : Candle Break
Untuk tujuan ini, high dan low pada candle Doji akan bertindak sebagai SNR.
Seterusnya anda hanya perlu ikuti arah di mana berlakunya breakout. Jika resistance maka anda akan buy. Jika support, anda akan sell.
Contoh jika dalam uptrend:
Di atas adalah contoh bagaimana anda boleh jadikan high dan low candle Doji sebagai panduan SNR.
Di atas adalah contoh buy setup di mana candle break resistance high candle Doji.
Jika candle kedua selepas Doji break support atau low, ia akan membentuk Doji star pattern. Oleh itu, entry anda adalah sell.
Contoh jika dalam downtrend:
Trend berada dalam downtrend kemudian candle doji terbentuk. Jika break resistance anda akan exit sell anda ataupun anda akan membuat entry buy.
Candle break resistance Doji. Ini adalah petanda ia akan berlaku reversal. Oleh itu anda boleh exit manual sell trade terdahulu anda. Jika anda bercadang untuk entry maka plan entry anda adalah buy berdasarkan situasi ini.
Jika candle selepas Doji adalah bearish dan break support, ini petanda anda masih boleh hold sell anda atau, anda boleh tambah entry sell selepas candle break ini siap.
Candle break Doji low atau support. Ia menjadi confirmation terbaik untuk trade reversal. Trend berubah kepada downtrend selepas itu.
Candle Doji tidak semestinya akan bermaksud reversal dari uptrend ke downtrend dan sebaliknya. Ia juga boleh jadi hint atau peluang entry breakout samada untuk reentry (menambah position) mahupun untuk entry berdasarkan trend tersebut.
Rumusan
Candle Doji boleh membantu anda mengesan market breakout mahupun reversal.
Candle Doji memberikan hint reversal bakal berlaku dalam masa terdekat, oleh itu ia boleh dijadikan panduan untuk exit trade anda secara manual walaupun belum sampai ke target profit anda.
High dan Low candle Doji boleh digunakan sebagai panduan breakout jika candle kedua selepas Doji melepasi high atau low ini.
Trading breakout boleh membantu mengelakkan trade pada false Doji signal di mana ia bukanlah menjadi reversal sebaliknya masih meneruskan trend asalnya.
Akhir kata..
Apa pendapat anda artikel kali ini? Sila tinggalkan komen jika anda mempunyai pendapat yang ingin dikongsikan. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda.
-ADMIN-
10/06/20